Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
2 comments:
Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah dan juga salam perkenalan. Sudah lama nampak id Dewi Sukma ni di laman KarnaDya (di blog Pezul tu Dewi yang ini jugakah?). Baru hari ini dapat url blog lalu dapatlah menegur. Boleh saya add link blog Dewi di blog saya?
Mualaikumsalam, hai Oshun... terima kasih krn sudi log ke sini. Happy sgt! Hmm... mmg seronoklah bersembang di website KarnaDya sbb hubungan di atr kita saling rapat & mesra spt sudah kenal lama...
Dewi juga dah sll baca N3 di blog Oshun & rakan2 yg lain. Secara tidak langsung, sedikit-sebanyak diri kita sudah dikenali. Nak add link tu... no probs at all. Thanks anyway & semoga sukses di segala arena hidupmu!
Post a Comment