" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
10 February 2011
19 May 2010
PEMBELIAN BUKU SECARA ONLINE
t!nt@
dS
di
Wednesday, May 19, 2010
0
Ul@s@n
gEnrE: Novel n Novelis, tips
29 April 2010
Tips Jimat Air
- Periksa paip untuk kebocoran.
- Tutup air sementara berus gigi atau basuh tangan.
- Guna mesin basuh bila muatan penuh sahaja.
Gunakan baldi untuk membasuh kereta. - Siram pokok pada waktu malam bagi mengelakkan pemelawapan.
t!nt@
dS
di
Thursday, April 29, 2010
0
Ul@s@n
gEnrE: tips
22 December 2009
2112
Salam semua, rakan-rakan yang sangat DS rindui! Lamanya tak tampal N3 baru.. sebetulnya DS sibuk dengan karnival sukan yang baru-baru ini diadakan di MRSM, Muar dari 17.12.2009 hingga 20.12.2009. DS menyertai acara karom wakil pasukan ibu pejabat. Setelah berhempas pulas (cehwah!) akhirnya, pasukan DS dapat tempat ke3 manakala kontigen ibu pejabat masih lagi mengekalkan kejuaraan untuk peringkat keseluruhan. Dah buat di Muar tu, dapatlah DS singgah ke kampung mentua. Cik abang DS bersama anak-anak juga berada di Muar dan kami pulang ke JB pada Ahad malam.
Tarikh 21 Disember sangat istimewa kerana merupakan hari ulang tahun perkahwinan DS. Alhamdulillah, sepanjang 13 tahun ini, kami sangat bahagia. Apatah lagi, dikurniakan 3 orang cahaya mata yang sihat tubuh badannya, sempurna akal fikirannya dan manja-manja belaka. Semoga Allah SWT menyatukan jiwa kami dunia dan akhirat sebagaimana petikan kata-kata yang DS tampal di sini...
Mungkin juga 13 tahun masih terlalu muda. Perjalanan hidup masih panjang, takdir Ilahi tidak terduga oleh akal fikiran. Apa-apa pun jua bentuk rintangan yang bakal mendatang, DS pohon kepada Allah SWT agar diri kami suami-isteri tetap tabah dan redha.
DS nak ambil peluang di sini untuk menyampaikan penghargaan kepada suami DS yang baik hati, penyayang dan sangat memahami terutama ketika perhatian DS lebih tertumpu kepada dunia penulisan. Malah, dah banyak kali juga dia mengorbankan masanya untuk menghantar DS ke bengkel penulisan dan pesta buku di PWTC.09 December 2009
05 December 2009
Mabuk FB
Salam. Dah lama juga tak coret-coret di ruang ini. Semuanya gara-gara FB! Begitulah teruknya penangan FB ini kepada diri DS hingga payah nak tinggalkan pc. Setiap detik asyik ingat FB. Kalau boleh ke mana-mana nak berkepit dengan FB. Sanggup tak makan atau minum, malah tak rasa lapar pun! Tahu-tahu dah petang, nak balik kerja pun rasa bercinta! Padahal, baru sebulan aje DS aktifkan diri dengan FB!
Virus FB ini sungguh dahsyat malah telah menular ke setiap orang dengan begitu cepat. Sana-sini orang bercakap tentang FB. Jika tak ada FB, konon tak bestlah! DS terpanggil nak daftar FB pun sebab jiran baru DS tu yang ajak. Anak DS sendiri pun suruh! Siapa lagi kalau bukan Aiman.
Jangan tak percaya, minggu ini DS cukup terpukul bila tiba-tiba access ke FB kena block. Bukan setakat itu aje, YM, gmail, yahoo mail, ebuddy, meebo dan segala macam benda yang bersangkutan dengan aktiviti buang masa dan tak berfaedah telah ditarik balik oleh pihak IT! Bayangkan...
Maka, kawan-kawan jangan gusar sekiranya DS tidak muncul di mana-mana. Dunia ini ibarat roda, ada masa di atas, ada masa di bawah. Redha aje. Sebenarnya DS taklah taksub sangat dengan FB dll, namun tak dapat dinafikan laman-laman web ini amat penting dalam mengeratkan ukhwah. Sebagai contoh, baru-baru ini DS bertemu kembali geng-geng sekolah yang terpisah lebih 20 tahun!
Dari situ, kami boleh berbicara dan berkongsi cerita di samping mengetahui perkembangan hidup antara satu sama lain tak kiralah tentang akademik, kerjaya mahupun famili. Yang lebih seronok, mereka bagaikan tak percaya DS ni dah bergelar penulis!
Apabila kita melangkah ke era siber, semua maklumat dah tersedia di hujung jari. Lebih mudah rasanya untuk kita berhubungan dengan lebih mesra di alam maya berbanding di alam realiti memandangkan perhubungan berlainan jenis agak terbatas dan sangat tak digalakkan dalam agama.
Okey, apa-apapun DS tetap bersyukur kerana masih boleh melayan FB dll di rumah meski masa tidak cukup. DS akan cuba luangkan sedikit masa untuk membalas mesej dan melawat FB kawan-kawan pula.
Akhir kata, DS nak ucap 'Selamat pengantin baru kepada puteri Kak Aina Emir, Laila Hana. Semoga berbahagia dunia dan akhirat.'
t!nt@
dS
di
Saturday, December 05, 2009
0
Ul@s@n
gEnrE: dunia realiti, Famili, Frenz, Jiran Tetangga, My Memory, tips
01 December 2009
Surah al-Ikhlas
Keberkatan surah al-Ikhlas
.
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akankeluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, merekaakan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi merekayang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepadaSaiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apayang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satusendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surahAl-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnyaQul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itutertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayapmalaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adamitu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.…
Wallahu a’lam
t!nt@
dS
di
Tuesday, December 01, 2009
0
Ul@s@n
gEnrE: tips
26 November 2009
Salam Aidil Adha 1430H

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Salam semua. Alahai sedih aje sang lembu itu... dah bersedia ke nak kena korban? Ingat tak peristiwa Nabi Ibrahim mendapat mimpi agar menyembelih anaknya sendiri?Macam mana pulak dengan diri kita sendiri? Dalam hidup ini, kita tak dapat lari daripada pengorbanan terutama melibatkan perasaan. Lebih-lebih lagi seorang perempuan, kan?
Mungkin, kita akan berhadapan dengan beberapa pilihan tapi tak mampu atau punyai kuasa untuk buat keputusan sendiri seperti soal jodoh dan sebagainya. Bila dah begitu, kita akan anggap semuanya takdir Ilahi dan telah pun ditulis di Loh Mahfuz, wallahu'alam.
Pengorbanan seorang perempuan tak habis di situ aje. Jika dapat suami yang cerewet, pemarah dan ego, sebagai isteri yang baik kita kenalah akur dan redha. Begitu juga setelah dikurniakan anak. Untuk membesarkan anak bukan perkara mudah. Nak marah, salah. Nak didiamkan aje pun, nanti memakan diri.
Pendek kata, pengorbanan seorang perempuan terlalu BESAR dalam pembangunan sesebuah keluarga apatah lagi jika perempuan tersebut berkerjaya. DS pernah dengar syarahan, orang perempuan akan dijamin syurga jika taat kepada agama dan juga taat kepada suami. Ya, mudah-mudahan... Insya-Allah!
Sempena Aidil Adha esok, DS ambil peluang untuk mengucapkan selamat kepada semua muslimin dan muslimat yang sedang menunaikan ibadat haji di Baitullah. Tahun ini, sekali lagi DS menyumbangkan 1 bahagian dalam ibadat korban, alhamdulillah!
t!nt@
dS
di
Thursday, November 26, 2009
0
Ul@s@n
gEnrE: dunia realiti, E-kad, Famili, tips
20 August 2009
RAMADHAN AL MUBARAK
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA... AMIN!
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali."
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja mahu pun yang disengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
t!nt@
dS
di
Thursday, August 20, 2009
0
Ul@s@n
gEnrE: tips
12 August 2009
Salam Ramadhan 1430H
Salam semua! Kurang 10 hari, Ramadhan bakal mengunjungi kita. Bagaimana agaknya perasaan adik-adik kita ya? Terutama yang masih kecil tu, sama-sama menghitung hari, huh! Tak sabar-sabar nak berpuasa sama. Hmm... Jangan indah khabar dari rupa, ada pulak yang puasa yang-yang-yuk, pagi-pagi buka periuk! Kihkihkih!
Setiap daripada kita tentu ada nostalgia masing-masing, yang indah dan tak kurang yang sedih, disebat cikgu atau pun emak-ayah akibat tidak berpuasa! Err... DS sendiri tidak suka memaksa, apatah lagi Afifah ada sakit gastrik. Pun demikian, DS akan turut memberi galakan dengan menyediakan ganjaran berbentuk 'duit raya' seandainya dia berjaya puasa cukup.
Tahun ini, Insyirah bakal menyertai kami berpuasa namun, tak pastilah dia akan bangun sahur ke tak? Sebab dia paling susah nak bangun pagi... Hmm?
Izinkan DS tampal iklan ini untuk rakan-rakan tersayang, jika ingin merasai pengalaman baru, indah lagi menginsafkan silalah meluangkan masa emasmu itu! Nescaya, perjalanan hidupmu akan terasa lebih bermakna! Wallahualam...
t!nt@
dS
di
Wednesday, August 12, 2009
0
Ul@s@n
gEnrE: dunia realiti, Famili, Frenz, tips
25 May 2009
Kursus Pengurusan Masa
As Salam.
Sibuknya! Minggu lepas DS mengikuti kursus anjuran BMR, Effective Time Management. Sejujurnya, kursus ini memang DS tunggu-tunggu sebab berkaitan dengan pengurusan masa. Sepanjang dua hari, DS didedahkan dengan pelbagai konsep dan teknik untuk menguruskan masa dengan bijak.
En. Muz, pengajar yang bertugas sangat peramah, berdedikasi dan berpengalaman luas. Beliau tidak lokek berkongsi cerita mengenai dirinya sendiri sewaktu kecil-kecil dahulu. Tentang sikap ketegasan ayahnya yang mahu setiap anak-anaknya mencatat segala aktiviti di papan hitam.
Tentu saja papan hitam itu dijadikan sebagai panduan agar memudahkan tugas ayahnya untuk mengambil mereka dari sekolah pada bila-bila masa.
Seperkara lagi, sebagai individu yang sentiasa sibuk dengan kerjaya dan keluarga, kita digalakkan menggunakan diari/planner/to do list. Tak kiralah samada di dalam bentuk manual atau program seperti di PC atau HP. Lebih baik jika disetkan sekali alarm agar kita juga sentiasa alert dengan rancangan yang akan berjalan nanti.
Masa itu emas dan kehidupan kita terus berlangsung tanpa kita sedari. Justeru, manusia yang berjaya tidak akan sekali-kali mensia-siakan setiap detik masa. Hmm... mulai sekarang, DS juga kena berubah. Tak boleh suka-suka curi masa (berborak lama-lama) dan buang masa (buka laman web yang tak berfaedah).
DS petik sedikit kata-kata En. Muz, sebenarnya senang untuk kita berubah tapi susah untuk kita mengekalkan perubahan itu. Err... betul juga, kan? Hehehe... tengok sajalah!
t!nt@
dS
di
Monday, May 25, 2009
7
Ul@s@n
gEnrE: tips
25 March 2009
Teknologi di Hujung Jari
Ilmu IT dah lama berada di hujung jari seperti alat telekomunikasi atau digelar fonsel oleh warga seberang namun, jika tak pandai explore... jangan haraplah segala ilmu itu nak datang dengan sendirinya. 
(gambar sekadar contoh aje, tak ada maksud apa-apa tau!)
t!nt@
dS
di
Wednesday, March 25, 2009
0
Ul@s@n
gEnrE: Angkasa, dunia realiti, tips
05 February 2009
1 6 5 ~ Muhasabah Diri
Potret sebahagian alumni bersama tenaga pengajar; Pak Andy dan 2 orang kuatnya.
Mr. Zero, hadiah paling bermakna.
Insya-Allah, mudah-mudahan dengan sedikit info yang DS sampaikan ini akan berjaya menarik minat kawan-kawan semua.
t!nt@
dS
di
Thursday, February 05, 2009
0
Ul@s@n
30 December 2008
Maal Hijrah 1430
Salam.
Tiba-tiba di penghujung tahun ni, DS jadi blank pulak! (bukan blur tau) Dah puas perah otak ni agar keluar saki-baki ilham yang ada. Susahnya...
Hmm... ada orang tanya, senang ke jadi penulis ni? Pada pendapat DS, nak kata senang tak, susah pun tak! Senang jika ada ilham tapi susah jika ada ilham tapi tiada masa. Alamatnya, ilham yang ada itu akan pergi begitu aje. Kadang-kadang, dah displinkan diri agar catat terus apa yang terlintas di minda namun, sebaik sahaja pena berada di jari, ia dah pun hilang! Sekelip mata aje.
Okey, lupakan aje. Mari kita bicarakan tentang azam tahun baru pula.
Dalam rancangan yang berjajar panjangnya, DS nak siapkan mss remaja dewasa untuk dihantar ke KD. Buat masa ini, DS sekadar berjaya menulis karya awal remaja dan nopen aje. Rasa tercabar juga apabila melihat kejayaan rakan penulis yang lain tapi taklah sampai cemburu. (think positive!)
DS sedar, rezeki tu ada. Yang penting, kita teruskan usaha. Jika tak berjaya, kita selidik dan renungkan kembali kekurangan yang ada. Kalau boleh menulis pun, tak semestinya cerita yang kita tulis tu bagus, kan? Kita kena tengok juga kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penerbit.
Tahun 2008 & 2007, masing-masing punyai sejarah tersendiri dalam karier penulisan DS dan berharap sangat agar 2009 yang bakal tersingkap tirainya akan datang dengan berjuta-juta lemon (ooops!) kebahagiaan, kejayaan dan yang sewaktu dengannya... gegege!
Kepada penulis baru, teruskan semangat dan set di minda, di mata kepala justeru di dahi anda sekali pun untuk melihat karya anda dibukukan, OK? Mudah-mudahan, sukses Insya-Allah!
~_~ yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
t!nt@
dS
di
Tuesday, December 30, 2008
2
Ul@s@n
gEnrE: dunia realiti, Novel n Novelis, tips
12 August 2008
02 July 2008
09 May 2008
Komunikasi & Interpersonal
Salam,
Semenjak balik dari berkursus, jari ni dah tak sabar-sabar nak mencoret sesuatu di blog ini berkenaan intipati kursus yang telah ds hadiri selama 2 hari. Secara ringkasnya, input yang telah ds simpan dalam kekotak memori adalah sepertimana berikut :-
Komunikasi terbahagi kepada tiga; Komunikasi Sehala, Komunikasi Dua hala dan Komunikasi Tak Tentu Hala.
Untuk mencapai kepuasan dan keberkesanan, jangan sesekali mengamalkan komunikasi tak tentu hala kerana segala maklumat yang ingin disampaikan sudah tentulah akan menjadi sia-sia belaka. Sebaliknya, kita diam dan dengar, apa yang ingin disampaikan kepada kita.
Manakala, interpersonal pula berkaitan dengan sifat-sifat dalaman diri seseorang seperti TRUST iaitu kejujuran, bakat atau kebolehan, bahasa badan dan banyak lagi!
Ada beberapa aktiviti games secara berkumpulan yang amat menghiburkan terutama buat kami yang dah bergelar emak dan bapak ni. Nama kumpulan ds ialah Sukses. Nama fasilitator pula ialah En. Muzaffar dan Cik Liana.
Mereka berdua sungguh baik hati dan berjaya menarik perhatian semua peserta dengan gaya lawak jenaka, spontan dan juga menghiburkan sehingga kami terlupa tekanan di ofis serta kerja-kerja tertangguh yang sedang setia menanti!
Petikan ini ds cedok dari laman web penganjur BMR EDU...
"Making good and wise decisions in all matters pertaining to people management is critical in building harmonious and workable industrial relations. This calls for a high degree of skills in the management of employee relations."
t!nt@
dS
di
Friday, May 09, 2008
0
Ul@s@n
gEnrE: tips
25 April 2008
JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR
Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya...
Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.
Tapi awas! Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').
Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .
Dinasihatkan:
Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.
t!nt@
dS
di
Friday, April 25, 2008
0
Ul@s@n
gEnrE: tips
03 April 2008
Iklan & Pelan Dewan Tun Razak 3
t!nt@
dS
di
Thursday, April 03, 2008
2
Ul@s@n
gEnrE: Novel n Novelis, tips
26 February 2008
Sedikit tips untuk Ridby
Di dalam sebuah manuskrip, sekurang-kurangnya ada dua watak penting iaitu A dan B. Terpulanglah kepada penulis samada hendak menjadikannya sebagai watak protagonis (utama/pendokong) atau watak antagonis (penentang).
Sebenarnya, ada banyak gaya penulisan yang boleh dipraktikkan. Samada kita suka teknik secara langsung atau imbas semula atau bercampur-campur (sekadar menyebut beberapa jenis sahaja). Asalkan, cara kita mengolah plot itu tidak terlalu bercelaru kerana boleh membosankan pembaca.
Sekiranya kita mahu bercerita dari persepsi si A, maka kita bebas mengolahnya dari bab 1 sehingga bab akhir tanpa melibatkan si B. Namun demikian, kita juga boleh bercerita secara bebas di dalam keseluruhan manuskrip.
Di samping itu, jika mahu menulis, penulis juga perlu banyak membaca buku-buku akademik atau majalah bertujuan meningkatkan lagi pengetahuan am atau perkembangan isu-isu semasa agar manuskrip yang dihasilkan kelak mengandungi bahan ilmiah untuk dikongsi bersama pembaca.
Ridby, ilmu Kak DS sendiri masih cetek jika nak dibandingkan dengan penulis sediada. Untuk itu, Kak DS teruskan belajar melalui nota-nota yang didownload daripada laman web DBP untuk memantapkan lagi teknik penulisan dan tatabahasa.
Diharap Ridby berpuashati dengan penjelasan serba ringkas ini. Jika ada sesiapa yang ingin menambah, dipersilakanlah!
t!nt@
dS
di
Tuesday, February 26, 2008
7
Ul@s@n
gEnrE: tips






























