"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Showing posts with label Novel n Novelis. Show all posts
Showing posts with label Novel n Novelis. Show all posts

02 March 2012

Novel Terbaru DS @ Buku Prima

Assalam.

Alhamdulillah... Syukur sangat. Akhirnya, muncul sudah! Inilah dia buah hati penggarang jantung dambaan sukma... Huhuhu!

Jadi, adik-adik boleh buat muka comel, pujuk mak ayah dapatkan buku comel ini di kedai-kedai buku berhampiran.
~.~ Hehehe!




Insyirah dan Angan-angan

RM 9.90
ISBN: 978-967-0342-31-3
~48 hlm
Bahasa Melayu

Buku ini mengisahkan keletah Insyirah dan angan-angannya. Macam-macam yang dia mahu. Terlalu banyak! Tetapi, apa yang ada dalam angan-angannya itu?

Bukan tidak bagus berangan-angan cuma adakalanya akan membuatkan kita leka. Jadi adik-adik, mari ikuti kisah Insyirah di dalam buku comel ini.

Bakal dipasarkan pada 15 Mac 2012.

20 February 2012

2012... 1433 Hijrah

Assalam. Salam sayang, peluk cium buat semua kawan-kawan yang masih ingat DS. Terutama yang masih sudi singgah ke blog ini waima tiada kemaskini. Entah apa mimpi, hari ini boleh 'ter'rajin. Saja cuba-cuba berblog via tab. Payah juga, terkial-kial nak pilih aksara. Kalau ada kesalahan ejaan tu, minta diabaikan.

Tahun ini, DS masih menulis namun taklah aktif. Maklumlah, banyak betul masalah. Ditambah lagi dengan urusan kerja yang tak habis-habis. Anak-anak pula dah masuk ke alam remaja dan perlukan pantauan yang berterusan. Yang sulong nak ambil PMR, jadi dah tentu DS terpaksa korbankan banyak masa.

Cuma, DS rasa nak kongsi satu berita gembira. Ya, tak lama lagi buku kanak-kanak DS akan diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan tersohor. Memang bertuah rasanya. Satu titik tolak yang amat bermakna dan tak mungkin direalisasikan tanpa dorongan kawan-kawan penulis. Alhamdulillah.

Okey, setakat ini aje. Berita selanjutnya akan dikemaskini seminggu-dua lagi. Tarikh sebenar masih belum diumumkan. Nantikan kemunculannya & terima kasih banyak-banyak!

03 August 2011

Novel Baru DS @ FP ~ Jom Kayuh.. Jom Beli!

ISBN: 978-967-365-077-4
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90


“Berapa harganya, Qimi?” soal Aiman, ingin tahu sambil membelek-belek basikal Qimi yang ternyata lebih baru berbanding basikalnya.

“Kau ada duit ke, Aiman?” Harraz menyoalnya pula.

Aiman mendengus. Namun dia cepat-cepat sedar bahawa pertanyaan Harraz itu memang relevan. Jika tiada duit, tidak usahlah berangan-angan tinggi!

Aiman memang juara kayuh. Sebut saja aksi apa, kayuh tanpa pegang pemegang, berdiri atas basikal, angkat tayar depan, semuanya boleh! Tapi tanpa disangka satu malam berlaku satu musibah yang mampu menyedarkannya.

Daripada kayuh ke sana sini, ada baiknya mereka bekerja sambilan dalam cuti sekolah ini bagi mengumpul tabung kumpulan mereka. Buah fikiran Aiman itu dipersetujui rakannya, Qimi, Nazrul, Irfan dan Harraz. Puas berfikir akhirnya mereka sepakat mahu menjual roti yang dihasilkan oleh Mak Cik Salina, ibu kepada salah seorang rakan Aiman. Tapi daripada duit komisen yang tidak seberapa itu mampukan Aiman merealisasikan impiannya membeli basikal sendiri tanpa menyusahkan ayahnya? Tapi persoalan terbesar, apakah ayahnya akan membenarkan Aiman bekerja dan membeli basikal baru?

19 May 2010

PEMBELIAN BUKU SECARA ONLINE


Salam. Sedikit updates daripada KarnaDya. Sekarang dah mudah tau, nak beli buku KarnaDya tak perlu lagi ke kedai buku! Malah, dari rumah aje dah boleh buat pesanan online, bayar melalui online dan buku yang dipesan akan dihantar terus ke pintu rumah anda. Jadi, tunggu apa lagi? Malah sekarang, ada diskaun dan hadiah yang ditawarkan istimewa untuk anda.. Cepat-cepat jangan terlambat, rugi tau!
Aktifkan segera dengan kemudahan ini di link... STORE KARNADYA!


22 March 2010

PWTC KL '10

Salam sayang! Apa khabar? Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada pengunjung blog ini dan rakan-rakan yang masih sudi membaca coretan DS di sini.

Syukur alhamdulillah, kedua-dua sesi yang diaturkan untuk DS di pesta buku antarabangsa oleh 2 buah syarikat penerbitan telah berakhir dengan sukses. Nampaknya, masih ada pengunjung yang sudi mencari dan membeli karya terbaru DS walaupun cuma bingkisan-bingkisan comel.

Ada juga yang bertanya, bila agaknya akan keluar karya tebal atau setidak-tidaknya sebuah dwilogi. DS hanya mampu beralasan semuanya masih di dalam proses. Kalau ikutkan memang terlalu banyak benda yang nak dibuat dan dikejar namun, DS takut jika karya yang dihasilkan nanti tidak memuaskan hati pembaca. DS tak mahulah ada yang rasa rugi sebab sebuah buku mencecah harga RM20.

DS pun belum ada nama yang besar di dalam industri ini. Keadaan ekonomi semasa negara yang tak menentu juga tak banyak membantu industri buku. Permintaan daripada sektor tertentu dah disekat dan ini sedikit-sebanyak menjejaskan peluang para penulis untuk mengembangkan bakat mereka. Sebenarnya, penulis mempunyai tanggungjawab yang besar untuk masyarakat.

Kita bukan tulis sekadar ikut rasa tapi kita kena buat kajian, membuka mata dan meninjau keadaan sekeliling. Kita sanggup luangkan masa semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Masalah kehidupan yang makin mencabar. Setiap hari ada aje perkara baru yang berlaku.

Okeylah, DS tak larat nak pot-pet lagi. Cukuplah setakat ini dan semoga rakan-rakan penulis yang lain akan turut sukses pada sesi mereka nanti.

Oh! Ada lagi satu benda DS nak sambung.. DS nak ucapkan jutaan terima kasih (daun keladi) kepada rakan penulis, AN yang telah mengalu-alukan DS dan SS ke kediamannya tempohari. Kami dilayan bagaikan tetamu kehormat malah dihidangkan dengan masakannya yang enak-enak. Selama 3 hari 2 malam kami menikmati kek coklat, tomyam, nasi goreng, maggi goreng dan nasi lemak istimewa. Semuanya SODAP!

Okey, jumpa lagi!

10 March 2010

PBAKL 2010 di PWTC



Salam semua!

Cantik juga kan, poster iklan yang DS cilok di laman web KD ini. Warna purple lagi! Ditambah pula dengan kehadiran 2 orang budak comel yang nampaknya cukup teruja. Jadi, buat apa tunggu lagi? Ayuh semua, kita memeriahkan lagi sambutan pesta buku ini yang diadakan cuma setahun sekali!

Insya-Allah tahun ini DS akan turut berada di sana pada 19-21 Mac dan dijangka melepak sebagai seorang remaja tua di booth KD ini yang terkenal dengan tema 'Da boom'nya pada hari Ahad, 21 Mac. Jika nampak DS jangan segan-segan nak tegur sebab DS pun sebenarnya segan nak tegur.. keke!

Okey, hingga bertemu di PWTC nanti.. Wasalam!

26 February 2010

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua!

Hari ini cuti jadi duduk aje di rumah merehatkan diri, mental dan fizikal. Petang Isnin lepas, DS diserang demam urat gara-gara ISO Internal Audit. DS kemas dokumen (penyata bank) yang berkotak-kotak. Beratnya bolehlah tahan! Ingatkan tenaga masih kuat, selamba aje angkat dua kotak sekaligus.. tup-tup petangnya dah rasa semacam.

Bila dah tak tahan, RA bawa DS ke klinik untuk menerima rawatan. Doktor suruh DS berdiri dan tunduk perlahan-lahan seperti gaya rukuk di dalam solat. Eiii.. sakit sangat, rasa tegang urat-urat kat bahagian belakang. Malah DS sendiri terpaksa bersolat secara duduk aje.

Setelah itu DS diberi beberapa jenis pil untuk ditelan, 3 x sehari.. siksanya! Besar pulak tu.. tapi sakit punya pasal, terpaksalah! Lagipun DS terfikir jugak bulan Mac makin menjelang tiba, macam mana kalau masih tak sihat.. hmm?

Sebagaimana yang telah dirancang, ofis DS (peringkat jabatan) akan mengadakan majlis hari keluarga di Air Papan Mersing pada 13-14 Mac. DS sebagai Bendahari memang dah pening dari awal-awal lagi. Macam-macam benda nak kena fikir dan aturkan. Duit yuran setiap ahli kelab perlu dikumpulkan untuk menampung kos perbelanjaan penginapan, T-shirt, Hi-T, sarapan pagi, peralatan sukan, hadiah sukan, hadiah pot-luck dll. Mujur juga Big Boss DS berbesar hati nak sponsor makan malam BBQ kami, hmm.. selamat!

Namun demikian, sayang seribu kali sayang.. RA tak dapat menyertai DS dan anak-anak kerana dia ada program lain bersama team memancingnya.. isyk, grr! Nak buat apa lagi, reda aje.. dah nasib dapat title 'ibu tinggal'. Hari ni DS kena tinggal, esok-esok dia pulak yang kena tinggal, kan?

Okey, antara acara lain yang akan menyusul tentunya pesta buku antarabangsa bertempat di PWTC, KL bermula pada 19 Mac. Jika tiada aral melintang, DS akan turun pada hari perasmian tersebut.. insya-Allah!

Akhir sekali yang tak kurang pentingnya, abah kesayangan DS akan berangkat menunaikan umrah pada 10 Mac ini bersama keluarga adik. Aii.. belum pun pergi, DS dah terasa rindu kat dia.. huuhuu! Entah bila tiba giliran DS ya?

26 January 2010

Mini Novella terbitan Fajar Pakeer

Salam semua. Alhamdulillah, akhirnya tahun baru ini datang bersama sebuah lagi karya DS yang berjaya dijilidkan ke dalam bentuk buku. Lebih tepat lagi, yang ke-7. Diberi tajuk, Aku Punya Cinta. Asalnya ia hanya manuskrip cerpen yang terperap sebegitu lama. Kemudian, diolah agar lebih padat dan menepati selera pembaca di luar sana.
.
Sayangkan, jika ia tak dikongsi dengan pembaca? Jadi, berbekalkan tekad dan semangat yang baru, lahirlah kisah Nabihah ini...
.
Sebuah kisah yang sering terjadi di dalam masyarakat kita pada hari ini. Soal jodoh bukanlah satu perkara yang mudah, dan kita tidak dapat lari dari takdir Ilahi. Apa-apa pun, kita masih boleh berdoa agar diberi petunjuk-Nya. Siapa sangka, keajaiban akan berlaku pada saat-saat akhir.

* * * * *

DS nak ambil kesempatan di sini untuk ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak penerbit, Fajar Pakeer dan kepada peminat novel, nantikan kemunculannya di toko berhampiran ya!

25 November 2009

Novel Awal Remaja ke-4

Salam. Fuh, leganya! Riangnya rasa hati. Gembiranya sukma ini. Ingin sekali terbang seperti burung-burung di atas sana!
Inilah rupa kulit buku ke-4, blurp dan sinopsis...


"Dia ingat lagi, emaknya pernah berkata orang yang hatinya baik diumpamakan seperti memiliki hati emas..."

Sinopsis:



Tiba-tiba sahaja Syamel (Amel) si kaki bangku teringin menjadi bintang bola sepak kampung seperti abang-abangnya, Syahir dan Syafiq. Namun, malang tidak berbau - impiannya terkubur setelah dilanggar oleh lori pasir. Kini, dirinya sudah tidak sempurna lagi malah lagaknya tidak ubah seperti budak-budak kecil sahaja.



Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga - Syahir terpaksa berkorban demi keluarga. Atas desakan emosi, Syafiq pula terjebak dengan jenayah. Ibu mereka, Mak Cik Habsah mencari alternatif lain setelah bergelar ibu tunggal tanpa mengharapkan ihsan daripada sesiapa.



Damia dan papanya, Profesor Marzuki dengan secara tidak langsung telah terbabit sama dalam kemelut yang melanda. Damia membenci Firdaus, budak kampung yang suka berlagak hero. Dia juga menjadi penyebab kepada kecacatan Amel.



Berjayakah mereka harungi kehidupan yang kian mencabar? Ikutilah rentetan kisah hidup mereka yang tentunya terselit sketsa lucu yang mencuit hati. Tak sabar rasanya nak tengok Amel pulih semula, kan?



p/s: Buku ini dijangka keluar pada awal Disember 2009. Selamat bercuti sekolah, dan jangan lupa dapatkan buku 'HATI EMAS' tulisan DS ini sebagai bahan bacaan di masa lapang. Pasti berbaloi-baloi!

13 November 2009

Minggu Yang Betul2 Sibuk

Salam. Dah lama juga DS tak coret sesuatu di ruang entri ini. Hari ni dah Jumaat, esok dah hujung minggu. Banyak sungguh perkara yang berlaku, kejadian gempa, kemalangan, ribut, banjir dan lain-lain. Mujurlah musibah banjir yang berlaku di kawasan persekitaran Sg Golok dah mulai pulih.

Tak lama lagi, para pelajar kita akan menghadapi SPM. Harap-harapnya, mereka semua dapat menjawab dengan tenang berbekalkan ilmu yang ada di dada biarpun buku-buku dan nota-nota dah musnah dek banjir!

Hujung minggu lalu, tiba-tiba aje anak saudara sebelah cik abang telefon DS. Kalau sebelah cik abang ni semuanya dah besar panjang malah dah kahwin dan ada anak pun! Kiranya, sekarang ni DS dah ada 3 orang cucu saudara; 2 perempuan dan 1 lelaki.

Kisahnya, mereka nak buat makan-makan ala BBQ di rumah DS! Semuanya mereka dah siapkan, sate, ketupat, ayam, bihun goreng, dan laksa kedah. DS? Cuma diarahkan masak nasi putih dan bancuh air minuman. Untuk pencuci mulut, DS tambah buah tembikai.

Seronoklah juga sebab suasana rumah DS tu berubah sama sekali! Kalau tak, sunyi aje... ditambah dengan keletah cucu lelaki DS bernama Adi Putra. Alahai... gambarnya tak ada pulak, nanti DS nak minta dengan anak saudara DS tu yang kini berkhidmat di pejabat imigresen. Esok-esok, DS akan tampalkan di sini sebagai kenang-kenangan.

Sedikit-sebanyak, kehadiran mereka dapat juga meredakan kerunsingan DS tahap yang paling kritikal. Manakan tak, dahlah kerja di pejabat banyak tak settle, kena pulak kejar dengan editor pasal lukisan tak siap. Lagi satu, surat yang dinanti tak kunjung-kunjung tiba... haru!

Petang Rabu lepas, DS baru terima surat tersebut dan tawaran mereka due pada hari yang sama!!! Kelam-kabut DS jadinya, macam-macam nak kena buat. Call sana, call sini. Fax sana, fax sini. Bila dah fax tu, ingatkan dah boleh tarik nafas, rupa-rupanya tak! Hmm... bak sepatah kata arwah TS P.Ramlee, "Cobaan!"

Hmm... bukan senang nak senang DS oii, sabar ajelah! Insya-Allah, mudah-mudahan segala urusan berkenaan surat itu akan selesai dengan jayanya, Amin!

Promosi hebat Kedai Buku Popular ;

POPULAR MEGA BOOKFAIR
EXPO @ DANGA CITY MALL
26 NOV - 6 DEC 2009
10.00 am - 10.00 pm

07 November 2009

i LUV iSLAM !

Salam di hujung minggu. Sweet kan gambar ni? DS suka tengok gambar seperti ini. Selalu juga DS cilok di laman web yang semakin mendapat perhatian, I LUV ISLAM. Search aje perkataan tersebut di google, sesaat dah jumpa!

DS suka melihat gambar-gambar yang ditampal di situ kerana mengandungi kata-kata berunsur nasihat. Selain gambar-gambar menarik, terdapat juga panduan-panduan berguna, tips dan banyak lagi link yang sesuai untuk perkembangan rohani adik-adik di luar sana.


Selamat bercuti sekolah buat adik-adik kita di luar sana! Adik-adik? Hmm... macamlah DS ni muda lagi... perasannya! Ah, tak kisahlah... Seminggu aje lagi, adik-adik akan menghabiskan penggal akhir persekolahan. Tentu banyak aktiviti bersama rakan-rakan dan keluarga yang diatur untuk mengisi masa lapang. Adik-adik, sekarang ni juga dah mula musim tengkujuh. Justeru, elak bermain di kawasan takungan air. Malang tidak berbau dan beringat sebelum kena!

Jika berlaku apa-apa kecemasan, jangan cuba bertindak sendiri sebaliknya, pergi cari orang yang lebih dewasa untuk meminta bantuan. Tak salah nak bermain tapi adik-adik perlu berhemah dan berwaspada selalu!

Salam sayang dan akhir kata, nantikan kemunculan karya terkini DS berjudul, H A T I E M A S. Ingat baik-baik, judulnya tu. Kisah Amel sekeluarga berhati emas. Semoga kita semua juga memiliki hati yang cantik seumpama emas.

p/s: Gambar kulitnya akan ditampal kemudian. Adik-adik sabar ya dan senyum selalu!

04 November 2009

Yahoo!!!

Salam semua!

DS baru aje terima berita yang sangat gembira, paling gembira sehingga seluruh tubuh masih menggigil-gigil. Betul ke ni? Macam tak percaya!


Namun, syukur alhamdulillah! Berbaloi rasanya segala usaha DS tempohari, membalut buku tersebut (4 buah semuanya, berlainan tajuk). Kemudian, berjalan terkedek-kedek ke pejabat pos yang terletak di Terminal Larkin. Pergi-balik dari ofis DS dah 4-5 km jauhnya! Dengan peluh yang menyimbah, tangan yang lenguh, tapak kaki yang kematu, adoiii...

Akhirnya, petang ini DS terima panggilan daripada Cik Rosmini! Siapa tu? Ehem... Pegawai yang bertugas di PNM. Novel MKC karya DS (nama pena, Dinaz Salsabila) terbitan Fajar Pakeer telah berjaya menambat hati mereka!
.
Bagaikan mimpi, kan? Mungkin dah rezeki anak-anak agaknya... Syukur alhamdulillah, rasa makin bersemangat nak teruskan bidang penulisan ini. Harap semua rakan-rakan doakan DS lebih sukses di masa akan datang ya!
.
p/s: Satu kebetulan, semalam DS pergi jalan-jalan melawat laman web lantas tersesat ke web PTS. DS ternampak entri mengenai penulis prolifik mereka iaitu Samsuddin Kadir telah berjaya menerima Dana PNM pembelian terus daripada penulis (2 judul lagi!) Tahniah, DS ucapkan!

02 November 2009

Cara DS Reward Diri Sendiri

Salam. Harap semuanya sihat di samping yang tersayang. Minggu lepas, DS baru aje berjaya menyelesaikan tugasan terakhir terhadap mms awal remaja.
Sebagaimana lazimnya, DS mereward diri sendiri dengan membaca novel pula. Sebenarnya, masih banyak lagi novel yang belum terusik. Beli untuk disimpan sebagai koleksi peribadi. Ada juga novel yang tak sempat dibeli mengenangkan tiada masa untuk keluar ke kedai buku.
Dua naskhah novel telah berjaya disempurnakan pembacaan dalam masa yang singkat aje. Rasa tak mampu nak lepaskan karya mereka ini!
Kisah percintaan yang manis dan mengusik jiwa antara Zureen Nadirah - Idhar. Emosi DS mula tercabar apabila pasangan kekasih ini mula membina mahligai perkahwinan. Seronok membaca karya seperti ini dan ada pembaharuan yang cuba ditonjolkan. Syabas SS!




Kisah sambungan novel awal remaja, Alia. Misteri kehilangannya akhirnya terjawab jua. Banyak unsur saspens, mistik, jenayah dan sedikit cinta yang ditampilkan oleh penulis. Ternyata garapan ZZ sungguh baik, padat dan meninggalkan kesan yang amat mendalam (sebab DS suka genre begini cuma belum mampu nak hasilkan sendiri... heheh!)

29 July 2009

Novel Terbaru KarnaDya




Salam.
Wah! Tahniah buat rakan-rakan penulis yang tentu sedang tersenyum meleret apabila karya terbaru mereka bakal diterbitkan dalam masa terdekat ini.
.
Hmm... ramai juga yang tanya (kawan-kawan sekerja dan blogger),
"Novel baru DS bila lagi?"
"Dah tak tulis lagi ek?"
"Sibuk sangat ke?"
.
Err... serba-salah juga nak jawab. DS cuma mampu tersenyum dan kemudian mengumam dengan gaya selamba, "masih dalam proses, tunggu aje..."
.
Bukannya mudah, biarpun cerita budak-budak, menulis ni bukan boleh main hentam keromo. Idea dan tema adalah perkara utama dalam sesebuah karya, perlu terkini dan tidak skema. Juga ada beberapa kriteria lain yang telah ditetapkan oleh pihak penerbit yang perlu dipatuhi.
.
Ternyata DS perlu belajar lebih banyak lagi. Namun, percayalah bahawa dunia penulisan ini sangat luas seluas angkasa. Dengan satu langkah sahaja, seorang penulis mampu merubah 'dunia'nya, dari imaginasi ke realiti.
.
Okey, tahniah sekali lagi buat mereka! Frenz 4'ever...
.
~world peace n no more war~

19 May 2009

Ayuh Berpesta Buku!


Pesta Buku di Muar & Singapura
Karnival Pendidikan & Pameran Buku Daerah Muar 2009
Dimaklumkan bahawa Karnival Pendidikan & Pameran Buku Daerah Muar 2009 akan berlangsung di Dewan Jubli Intan, Muar (Jalan Arab, Muar) bermula pada 26 Mei hingga 28 Mei 2009. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi pameran buku ini dan dapatkan diskaun-diskaun yang hebat dari KarnaDya! Jumpa di sana!

World Book Fair 2009, Singapura
Dimaklumkan bahawa World Book Fair akan berlangsung di kota SINGAPURA mulai 29 Mei hingga 7 Jun 2009, dari jam 11 pagi hingga 10 malam, setiap hari. Penulis KarnaDya, Aina Emir dan Mimie Afinie akan berada di sana untuk bertemu pembaca-pembaca pada hari Sabtu, 30 Mei 2009 di Booth 4A21 (berdekatan dengan pentas) di SUNTEC dari jam 4 hingga 6 petang. Kami menjemput semua pembaca dan pencinta buku untuk beramai-ramai ke SUNTEC, untuk meraikan PESTA BUKU DUNIA DI SINGAPURA! Jumpa di sana!

10 April 2009

Mengatur Perjalanan


Salam. Hujung minggu depan, pesta buku peringkat antarabangsa akan bermula. Tahun ni, DS dah pakat dengan cik abang. Entah kenapa, tiba-tiba dia nak ikut pulak. Err... mungkin dia risaukan DS ni! Maklumlah, DS memang pantang dapat lampu hijau, panjang aje langkahnya... hehehe.

Biasalah, kalau nak pergi berjalan jauh, kenalah tengok beberapa perkara... seperti tempat tinggal dan jenis pengangkutan yang akan diambil. DS dan cik abang akan chek-in di hotel Swiss Inn, Jalan Sultan selama 3 hari/2 malam. Setelah difikir dari pelbagai segi, kami akan menaiki bas sahaja memandangkan di sana agak susah nak parking kereta.

Apatah lagi, zaman gawat macam ni... kalau boleh, kita berhemah dalam mengaturkan perbelanjaan. Jimat-cermat dan yang paling penting, ingat sebelum terkena! Falsafah yang patut dipegang jika mahu jadi warga kota metropolitan.

Bukannya DS tak pernah tinggal di ibukota, 2 tahun! Lebih tepat lagi di Kampung Baru. Di tengah-tengah kawasan segitiga emas yang padat berceracak dengan hutan batu. Walau pun cuma 2 tahun, rasa terseksa sangat... dalam kepala ni asyik teringat dekat keluarga aje. Tak tahulah kenapa, sebab ada juga rakan-rakan DS yang lebih gemar tinggal di situ?

Baru-baru ni, DS berbual dengan seorang budak praktikal di ofis ni. Dia dah biasa turun-naik ke KL sementelah pakwenya memang tinggal di sana. Macam-macamlah yang dia kongsikan... tentang perkhidmatan bas, tren dan lain-lain.

Dia siap memberikan amaran, sekarang ni kena elakkan berada di H.Puduraya pada waktu 9 malam ke atas. Dan, lagi satu jangan terlalu mudah percayakan orang lain yang tak dikenali. Terutama jika orang berkenaan mahu kita tolong tengok atau jaga begnya kerana mungkin juga, orang tersebut ialah penjenayah yang sedang cuba mencari mangsa yang boleh dijadikan tempat untuk dia menggelakkan diri daripada tertangkap oleh pihak berkuasa! Jadi, AWAS!

Okeylah setakat itu sahaja cerita DS. Nampaknya, tiada entri lain yang akan DS tulis dalam masa terdekat ini. Namun, jangan bimbang... DS akan cuba membalas segala mesej yang masuk ke CBOX... insya-Allah! DS akan berada di booth-booth penerbit buku tersohor dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya pada petang Jumaat dan Sabtu. Pada hari Ahad pula, DS dijadualkan bertugas di booth FP sehingga jam 5 petang.

Tegurlah DS seandainya bertemu nanti. Manalah tahu, mungkin anda bernasib baik dan akan menerima sesuatu yang istimewa daripada DS!

25 March 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009


Pejam celik dah nak masuk bulan April. Bagi 'ulat buku', tak syok kalau tak gi jengok PWTC. Pelbagai aktiviti yang telah diatur oleh pihak penganjur bakal berlangsung sepanjang pesta itu; Pelancaran produk baru, buku-buku ilmiah, tawaran istimewa.
Boleh pokai dibuatnya! Tak cukup wang tunai, kad kredit juga diterima. Resit pembelian jangan pula dibuang sebaliknya boleh disimpan untuk mendapatkan rebat cukai pendapatan.

Jadi, apa lagi? Setkan masa, tengok jadual bas dan cari bilik hotel yang sesuai untuk penginapan. Rasanya DS akan turun pada awal minggu. Kalau lambat, pasti buku-buku yang diingini akan kehabisan stok pulak!