"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

04 December 2010

Awal Muharam 1432H


Salam. Selamat menyambut awal muharam 1432H pada hari selasa ini. Di Johor hari cuti jadi DS dah siap sambung dari isnin. Ikut rancangan, DS sekeluarga nak ke Sg.Buloh, ziarah adik & suaminya yang baru pulang tunaikan rukun haji. Baliknya, nak singgah Seremban pulak sebab nak ziarah kakak ipar & suaminya, juga baru pulang haji. Ambil berkat, kata orang!


Alangkah seronoknya jika dapat tunaikan rukun haji pada usia muda! DS sendiri dah mula tanam azam untuk ke Mekah sekurang-kurangnya 8 tahun dari sekarang. Tapi, kenalah kumpul duit banyak-banyak. Nak ke sana, perlu ada kemampuan, segala hutang-piutang perlu diselesaikan. Ikut tuntutan, mana yang wajib kita laksanakan terlebih dahulu. Kata orang, jangan sampai bergolok-gadai... nanti anak yang ditinggalkan, mati kelaparan... huh, selisih nauzubillah!

18 November 2010

Salam Aidiladha 1431H

Salam. Sekejap betul masa berlalu! Dah pun masuk hari ke2 Aidiladha. Bagaimana agaknya dengan jemaah haji di sana? Semoga mereka mendapat haji yang mabrur, insya-Allah!

Tahun ini, DS cuma sediakan laksa penang. Kebetulan pula cik abang pergi memancing pada cuti deepavali dan bawak balik 1 kotak besar ikan caru. Mula2 tak yakin, boleh ke ikan caru buat laksa tapi bila dah jadi, sedap pulak... ceh, perasan! Yang susahnya, part nak buang 'jaket'. Maklum aje ikan caru ni ada jaket tapi ia mudah dibuang setelah direbus.

Seperti biasa, kami sekeluarga mengunjungi abah di rumahnya. Dekat situ ada 2 buah surau dan masing-masing gamat dengan acara korban. Siap pasang khemah dan dengarnya ada 17 ekor lembu yang bakal ditumbangkan.

Rasanya, hari ni asyik makan aje. Mak Yah masak ketupat segera, ayam masak merah dan daging masak korma'. Tak lama kemudian, iwan dan isterinya tiba dengan membawa ketupat, rendang daging dan sambal udang. Wah, dia dah beli laptop baru! Lepas ni, bolehlah online selalu dan tukar-tukar cerita di Facebook.

Abah bawak balik tulang dari surau. Macam biasalah, tulang tu dijadikan sup dan dengan selamatnya, dihadam oleh semua orang. DS sendiri tak sempat nak hirup sebab terlalu letih di dapur! Selepas maghrib, kami semua pergi ke rumah keluarga Mak Yah yang terletak berdekatan aje. Semua anak-anaknya balik. Ada makan-makan lagi! Spagetthi, ayam bakar, ikan bakar, sosej... fuh, kenyang giler!

Okey, berhenti di sini dulu... sampai jumpa lagi!

17 June 2010

Agenda Balik Kampung BM & Kereta Merajuk

Salam sejahtera semua. Selamat bercuti sekolah dan selamat hari bapa!

Ada terlalu banyak perkara yang nak diceritakan tetapi DS tidak cukup masa jadi DS cuba ringkaskan. DS baru aje balik dari utara. Minggu pertama berada di Lumut, puas jugak mandi kolam. Kami tinggal di 'apartment' yang turut dilengkapi dapur. Untuk sarapan dan makan malam, DS masak sendiri. Hidangan yang ala kadar tapi mengenyangkan. Sempat juga kami ke Taiping, masuk Zoo serta bersantai di Tasik.

Kebetulan pula pada 12 Jun ada kenduri di BM, majlis kahwin sepupu sebelah abah. Selepas 'check-out', kami terus bergerak ke BM. Abah, Mak Yah, Iwan dan keluarga Ita juga bergerak dari Sg. Buloh. Kami semua tiga kereta berkumpul di situ dan bertemu saudara-mara dari sebelah arwah mak yang turut diundang ke majlis itu.

Dari situ ke Sg.Bakap (masih di BM) sebab Mak Ndak Shidah jemput singgah ke rumahnya. Selepas berehat 1-2 jam, kami terus bergerak pulang ke Sg.Buloh (demam bola dah bermula). Malang sekali kereta kami meragam ketika turun ke Jelapang dari terowong. Mujurlah semuanya selamat, sebab di kawasan itu dah banyak berlaku kemalangan. Dalam hati dah terdetik, kereta ni penat agaknya, dipaksa bekerja tanpa rehat secukupnya. Tak pun merajuk sebab kami ada ura-ura nak tukar kereta lain.. hai entahlah!

Ada seorang pomen datang membantu, menurutnya ada kerosakkan enjin dan kereta kami terpaksa ditunda ke bengkel berhampiran dengan bayaran RM50.00. Di bengkel, pomen beritahu barang yang perlu ditukar tu berharga RM500 campur kos jadi RM800! Terkejut sungguh namun memikirkan hari dah gelap dan anak-anak termasuk orang tua kami dah keletihan, terpaksalah teruskan. Hampir 12 malam baru siap dan tiba Sg.Buloh dekat 3 pagi. Dalam mengantuk, kami bergilir-gilir memandu.

Ingatkan dah ok, tup-tup hari Selasa rosak sekali lagi. Enjin mati dan puas DS usik2 wayar tapi tetap tak nak hidup! Berlaku di P.Gudang pulak tu betul-betul di persimpangan lampu isyarat. DS baru balik berkursus di Sg.Layang. Malang sekali tiada sesiapa pun nak bagi bantuan jadi DS terkial-kial seorang diri, sekejap ke depan, sekejap ke dalam.. tengok apa yang tak betul. Akhirnya, terus telefon RA.

DS tak lupa juga berdoa kepada Allah SWT agar diringankan masalah. Bila cuba pulas kunci, enjin hidup kembali. Syukur alhamdulillah! Tapi beberapa meter ke depan, mati lagi tapi kali ni taklah malu sangat seperti tadi. Bayangkanlah berada di tempat yang betul2 sibuk, kenderaan datang dari 4 arah. Semua nak bergerak cepat.

DS dan kereta tersadailah di tepi jalan untuk setengah jam. RA tiba tapi dia juga tak dapat buat apa-apa lantas hubungi pomen di pusat servis. Pomen itu datang setengah jam kemudian dengan peralatan yang lengkap. Setelah buat 'scan' enjin, dia kata ada kerosakkan di salah satu 'sensor'. Harganya dalam RM180 dan kereta perlu ditarik. Dia syor kepada kami agar gunakan perkhidmatan 'on-tow' pihak syarikat insurans.. FOC. Jika khidmat luar, mahu2 RM120!

Lebih kurang 1 jam, 'on-tow' tiba dan terus kereta itu ditarik ke pusat servis. Caj yang dikenakan cuma RM200.. sedangkan kami telah berhabisan untuk barang alat ganti yang bukan sepatutnya dengan harga yang melambung berganda-ganda.. huu huu!

15 March 2010

JB-Mersing-JB

Salam. Alhamdulillah, kami dah selamat balik ke rumah semalam kira-kira pukul 5 petang. 2 petang dari Mersing. Semua acara yang diaturkan berjalan dengan lancar; sukaneka dan majlis makan malam.

DS dan anak-anak bawa pulang 10 buah hadiah. Untuk hadiah pot-luck, DS dapat rice pot atau periuk nasi dalam bahasa kita, haa.. macam dah kena pulak!

Malang sekali pada awal pagi Ahad ada beberapa musibah berlaku. Bukan tsunami tapi paip pecah. Satu resort terputus bekalan air selama 5 jam. Anak-anak terpaksa mandi di kolam renang sahaja. Termasuklah ayah dan mak mereka... sehinggalah lori tangki air datang kira-kira pukul 10 pagi.

Kami pun berduyun-duyun mengumpul baldi, besen dan tong segala yang ada menadah air bersih. Ada juga yang terus mandi di tepi lori.

Seperkara lagi, tayar kereta DS pancit. Tak perasan langsung! Pagi itu, kawan yang duduk pintu sebelah maklumkan. Alamak, apa nak buat?! Bila check, memang dah kempis tayar tu! Harap rim aje yang besar.. kalau nak pancit, pancit jugak!

DS panaskan enjin dan pindahkan kereta ke kawasan yang agak lapang. Beberapa orang kawan DS datang memberi bantuan, baru rasa lega sedikit. Habis tu, dah tak ada siapa lagi yang boleh diharapkan pada waktu kecemasan begini... Ada suami pun, tak dapat dihubungi... maklum aje sedang berada di tengah laut!

Sampai rumah, Afifah tak sihat. Badannya panas. Demam. Suruh dia makan sedikit walaupun dia tak nak sebab tak ada selera. Selepas tu, DS bagi dia pil demam. Malam tadi meracau-racau. Risau betul! Mujur DS dah ambil cuti rehat siap-siap. Pagi tadi dia dah okey.

Petangnya, Insyirah pulak yang mengigau. DS tahu, mereka rindukan ayahnya tapi... nak buat macam mana, sampai malam ni pun dia tak dapat dihubungi! Sabar ajelah, berserah dan tawakal kepada Allah swt.

12 March 2010

Cuti sekolah.. YaHoo!!!

Salam. Selamat bercuti sekolah buat adik-adik. Esok pagi, DS dan keluarga akan bergerak ke Air Papan Mersing untuk menyertai sambutan 'Hari Keluarga Kewangan SAJH'. Mudah-mudahan cuaca baik dan perjalanan kami pergi-balik dipermudahkan.. Amin!

26 February 2010

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua!

Hari ini cuti jadi duduk aje di rumah merehatkan diri, mental dan fizikal. Petang Isnin lepas, DS diserang demam urat gara-gara ISO Internal Audit. DS kemas dokumen (penyata bank) yang berkotak-kotak. Beratnya bolehlah tahan! Ingatkan tenaga masih kuat, selamba aje angkat dua kotak sekaligus.. tup-tup petangnya dah rasa semacam.

Bila dah tak tahan, RA bawa DS ke klinik untuk menerima rawatan. Doktor suruh DS berdiri dan tunduk perlahan-lahan seperti gaya rukuk di dalam solat. Eiii.. sakit sangat, rasa tegang urat-urat kat bahagian belakang. Malah DS sendiri terpaksa bersolat secara duduk aje.

Setelah itu DS diberi beberapa jenis pil untuk ditelan, 3 x sehari.. siksanya! Besar pulak tu.. tapi sakit punya pasal, terpaksalah! Lagipun DS terfikir jugak bulan Mac makin menjelang tiba, macam mana kalau masih tak sihat.. hmm?

Sebagaimana yang telah dirancang, ofis DS (peringkat jabatan) akan mengadakan majlis hari keluarga di Air Papan Mersing pada 13-14 Mac. DS sebagai Bendahari memang dah pening dari awal-awal lagi. Macam-macam benda nak kena fikir dan aturkan. Duit yuran setiap ahli kelab perlu dikumpulkan untuk menampung kos perbelanjaan penginapan, T-shirt, Hi-T, sarapan pagi, peralatan sukan, hadiah sukan, hadiah pot-luck dll. Mujur juga Big Boss DS berbesar hati nak sponsor makan malam BBQ kami, hmm.. selamat!

Namun demikian, sayang seribu kali sayang.. RA tak dapat menyertai DS dan anak-anak kerana dia ada program lain bersama team memancingnya.. isyk, grr! Nak buat apa lagi, reda aje.. dah nasib dapat title 'ibu tinggal'. Hari ni DS kena tinggal, esok-esok dia pulak yang kena tinggal, kan?

Okey, antara acara lain yang akan menyusul tentunya pesta buku antarabangsa bertempat di PWTC, KL bermula pada 19 Mac. Jika tiada aral melintang, DS akan turun pada hari perasmian tersebut.. insya-Allah!

Akhir sekali yang tak kurang pentingnya, abah kesayangan DS akan berangkat menunaikan umrah pada 10 Mac ini bersama keluarga adik. Aii.. belum pun pergi, DS dah terasa rindu kat dia.. huuhuu! Entah bila tiba giliran DS ya?

07 November 2009

i LUV iSLAM !

Salam di hujung minggu. Sweet kan gambar ni? DS suka tengok gambar seperti ini. Selalu juga DS cilok di laman web yang semakin mendapat perhatian, I LUV ISLAM. Search aje perkataan tersebut di google, sesaat dah jumpa!

DS suka melihat gambar-gambar yang ditampal di situ kerana mengandungi kata-kata berunsur nasihat. Selain gambar-gambar menarik, terdapat juga panduan-panduan berguna, tips dan banyak lagi link yang sesuai untuk perkembangan rohani adik-adik di luar sana.


Selamat bercuti sekolah buat adik-adik kita di luar sana! Adik-adik? Hmm... macamlah DS ni muda lagi... perasannya! Ah, tak kisahlah... Seminggu aje lagi, adik-adik akan menghabiskan penggal akhir persekolahan. Tentu banyak aktiviti bersama rakan-rakan dan keluarga yang diatur untuk mengisi masa lapang. Adik-adik, sekarang ni juga dah mula musim tengkujuh. Justeru, elak bermain di kawasan takungan air. Malang tidak berbau dan beringat sebelum kena!

Jika berlaku apa-apa kecemasan, jangan cuba bertindak sendiri sebaliknya, pergi cari orang yang lebih dewasa untuk meminta bantuan. Tak salah nak bermain tapi adik-adik perlu berhemah dan berwaspada selalu!

Salam sayang dan akhir kata, nantikan kemunculan karya terkini DS berjudul, H A T I E M A S. Ingat baik-baik, judulnya tu. Kisah Amel sekeluarga berhati emas. Semoga kita semua juga memiliki hati yang cantik seumpama emas.

p/s: Gambar kulitnya akan ditampal kemudian. Adik-adik sabar ya dan senyum selalu!

29 October 2009

Langkawi Dalam Kenangan Sep'09



Ditampal lagi gambar2 di Langkawi yang masih tersimpan di memori kamera.








02 October 2009

Sana-Sini di Aidil Fitri

Salam 12 Syawal kepada semua rakan taulan tak kira walau di mana sahaja kalian berada. Maaf zahir batin ya, andai masih ada kesilapan yang terlupa diambil kira dan DS tahu, pasti ada yang tak puas hati bila DS tak membalas lawatan ke blog.

Hmm... maaf banyak-banyak ya! Sekarang ni pun, DS dah jarang kemaskini blog. Memang tak sempat! Lebih-lebih lagi jika bercuti panjang, masuk pejabat kerja dah menimbun-nimbun menanti di inbox mail. Malahan, apabila kotak tersebut penuh, ada e-mel yang hilang dan DS terpaksa hubungi semula pengirim e-mel agar mereka dapat mengirimnya sekali lagi.

Begitulah, selagi tak siap, hati tak senang. Tambah risau jika ada pelanggan yang mula mengadu transaksi pembayaran mereka masih tidak dikemaskini. Alahai... nak buat macam mana? Bila tiba hari raya Aidil Fitri, semua orang bercuti panjang termasuklah DS sendiri!

Tahun ni, DS sekeluarga menyambut raya di rumah abah sebab semua adik-beradik dah sepakat nak berkumpul di situ. Juga atas permintaan anak-anak DS yang dah lama benar tak bertemu dengan sepupu-sepupu mereka.

Sebelah petangnya, DS menziarahi pusara arwah mak dan mak saudara. Pening juga nak mengesan kedudukan sebenar pusara mereka sebab kawasan perkuburan yang dah penuh sesak. Namun, syukurlah ketemu juga akhirnya. Kemudian DS kembali ke rumah, panas-panaskan lauk sebab abah dan semuanya nak beraya.

Esoknya, DS balik kampung mentua di Muar. Sekarang ni, bukan Muar lagi sebab Bukit Kangkar dah masuk ke dalam daerah baru iaitu Ledang. Rasa sungguh terharu apabila mencium tangan mak mentua yang kini uzur. Pun begitu, dia masih lagi boleh berbual dengan rancak. Ingatannya memang bagus, kalau kena dengan gayanya, tak tidur malam jawabnya!



Hari berikutnya, DS sekeluarga bertolak ke utara pula. Sebenarnya, dah lama DS pasang niat nak menziarahi sanak-saudara yang berada nun di sana. Dah terlanjur tu, kami merancang ke Langkawi selama beberapa hari. Budak-budak yang sibuk, kononnya dah lama tak makan angin. Lagipun, Aiman baru habis UPSR dan secara kebetulan ulang tahun kelahirannya jatuh pada 21 Sept.!


Pulau legenda ini masih tetap nyaman dan indah serta menyimpan seribu kenangan buat DS dan suami. Setelah hampir 13 tahun, barulah diberi kesempatan untuk mengimbau kembali detik-detik kebahagiaan yang dikecapi bersama dari dahulu hingga kini, syukur alhamdulillah!


Insyirah sempat bergaya di Teluk Burau, sebuah pantai awam yang masih terpelihara kebersihannya. Cukup tenang dan damai untuk membuang penyakit 'tension' di ruang kepala... \~_~/. Airnya yang hijau menggamit segala deria rasa. Sampai tak nak berganjak waima malam mula mengusir siang.

Setiap hari, ada sahaja tempat menarik yang kami kunjungi seperti Langkawi Cable Car di Gunung Mat Cincang, Underwater World di Chenang, Telaga Tujuh, Padang Matsirat dan banyak lagi.

.

Sebelum balik ke JB, sekali lagi ke rumah mentua. Bukannya apa, maklumlah bila dah mula bertugas dan anak-anak bersekolah, tak dapatlah nak jengok mak mentua selalu. Sempat juga DS masakkan untuknya asam pedas ikan tenggiri, ikan kembong goreng, sayur buncis rencah udang.

Petang Ahad itu, kami terperangkap dalam kesesakan lebuhraya dan tiba di JB sekitar pukul 8 malam.

Malam Rabu lepas, ada majlis marhaban di kawasan perumahan kami. DS cuma sediakan air dan kuih-muih. Ramai juga yang datang termasuklah anak-anak jiran. Biasalah kan, nak apa lagi? Tentulah mereka nak duit raya! Hihihi...

Sementara menunggu kunjungan kumpulan marhaban ke rumah, Afifah menyiapkan kerja sekolahnya.

Akhir sekali, DS nak menjemput kalian ke rumah DS yang tak sepertinya ini... No.1, Jln KI 3/5, Tmn Kmps Indh. Insya-Allah, petang Ahad 4 Okt. DS akan mengadakan jamuan seadanya. Sudi-sudikan, ya!

p/s: Gambar dari hp aje sbb abg terclear memory card kamera... huhu!

01 September 2009

Merdeka!!!


Salam.
Semalam, 31 Ogos, warga Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 tahun. Sambutan tetap meriah biar pun tiada percikan dan dentuman bunga api. Rasanya lebih baik begini daripada membiarkan rakyat meratap duit yang dibakar dan diletup ke ruang udara sesuka hati. Bayangkan, pada zaman penjajahan dahulu, bunyi letupan itulah yang sangat ditakuti malah digeruni! Semua orang akan bergegas mencari tempat perlindungan sebelum jasad bercerai dengan nyawa.
Syukur Alhamdulillah, sekarang kita sudah bebas dari peperangan namun cengkaman penjajah tetap terasa apabila ekonomi, ideologi malah budaya tetap dipegang oleh kuasa besar mereka. Lihat sahaja sebahagian besar muda-mudi kita yang hanyut dek anasir penjajah. Hisy, selisih nauzubillah!
Bagi DS, pengertian merdeka terletak kepada megahnya kibaran Jalur Gemilang, laungan yang bergema-gema, "Merdeka!" sebanyak 7 kali dan rakyat Malaysia sendiri yang berjiwa murni, bersatu-padu, hormat-menghormati, tak kira bangsa dan agama. Baharulah sesuai dengan tema tahun ini, 'Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan'.
Sebagai negara Islam, lebih afdal sekiranya upacara pesta besar-besaran itu diganti dengan majlis kenduri kesyukuran yang dihiasi bacaan Yasin, Tahlil dan ayat-ayat suci al-Quranul Karim. Semoga majlis sebegini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang, Amin!

13 May 2009

Sambutan Hari Keluarga/Ibu 2009

Kami sekeluarga menyertai Hari Keluarga di Sea View, Desaru. Dari awal tahun abang dah sound, DS okey je. Tak kisah, janji ada kolam dan pantai. Sebenarnya, abang bukan kerja di unit itu tapi member-member baik dia yang ajak join. Lebih-lebih lagi, pasal ada acara memancing... memang pun dia kaki pancing. Pantang ada peluang!
Acara paling istimewa.. potong kek 'Selamat Hari Ibu'. DS rasa terharu sebab tak pernah meraikan hari ini dengan sebegini rupa. Siap nyanyi-nyanyi lagi.. benar-benar rasa dihargai.. Meriah!
Kolamnya bersaiz kecil, sesuai untuk budak-budak aje. Mak dan bapak budak tak payahlah berangan nak join sama.. kekeke!
Salah satu acara sukaneka untuk pasangan, baling belon air. Kami berjaya meraih tempat ke-3. Belon meletup betul-betul di depan mata DS, habis basah lencun jadinya.. MALU sih!
Sungguh teriknya pancaran matahari pagi, duduk sekejap aje dah terbakar kulit! Kenalan baru, Kak Mai ajak berendam tapi DS menolak. Fobia dengan Tsunami, sebenarnya...
Biarpun hangat, suasana di situ tetap memikat kalbu.. mencetuskan ilham dan mendamaikan sukma..

30 April 2009

Majlis Sambut Menantu & Selamat Hari Pekerja

Salam semua. Terlebih dahulu nak minta maaf banyak-banyak sebab tak sempat langsung nak gi jenguk-jenguk blog. Aii... SIBUK kalah mak pengantin!

Haa... tentu dah boleh agak, kan? Hehehe... dah tentulah sibuk dengan persiapan majlis menyambut menantu bongsu! Selepas ini, baru boleh tarik nafas panjang-panjang. Manakan tidak, lama juga kami tak buat kenduri yang besar seperti ini. Paling akhir adik ke 3, Adi. Itupun, kira-kira 10 tahun yang lepas!

Terimbau kembali di minda ini, bagaimana keadaan diri DS dan adik ke 2, Ita, sebab masing-masing sedang membawa perut besar. Sebaik sahaja majlis makan berdamai selesai, DS dah tergolek di dalam rumah. Tak larat! Padahal mengandung anak ke 2 tu... Ita pulak anak pertama. Bagaikan berjanji, tarikh due kami juga sama.

Tiba masanya, dia bersalin 5 hari lebih awal dari DS. Yang lebih kelakar, adik ipar kami juga ditakdirkan Allah bunting pelamin. Dah tu, dia bersalin tak cukup bulan akibat terjatuh di bilik air. Abah dan arwah mak dapat 3 orang cucu dalam tahun yang sama... hehe!

Err... berbalik semula kepada majlis sambut menantu. DS rasa terkilan sebab arwah mak dah tak ada. Nasib baiklah ada mak cik, dapat juga dia membantu dan sekaligus memberikan tunjuk ajar kepada kami, generasi baru yang memang jahil dalam bab-bab urusan perkahwinan seperti ini.

DS minta maaf sebab tak dapat melayangkan kad jemputan memandangkan majlis ini berlangsung di rumah keluarga. Namun, doa-doakan sama ya untuk kelancaran majlis tersebut yang telah ditetapkan pada 2 Mei ini, Insya-Allah!

Oh ya sebelum terlupa, selamat menyambut hari pekerja kepada semua. Manfaatkan hari cuti ini dengan aktiviti berfaedah dan lapangkan fikiran kalian dari stress/tekanan tugas yang sering menghantui kita tanpa disedari... ~_~

11 February 2009

Balik Muar, kini Ledang

Salam.

Tataplah gambar-gambar yang sempat DS rakam ke dalam N73 baru-baru ini... juga cerita yang ingin DS kongsi bersama-sama pengunjung blog ini.
Tahu tak, di manakah tempat ini? Hehehe... inilah kawasan pergunungan yang terdapat di daerah Ledang. Ia begitu popular dengan kisah dongeng sang puteri. Err... ada kisah lucu yang pernah terlukis di sini. Kiranya, waktu itu DS masih bujang trang-tang-tang. Sekitar tahun 90an. Jika nak tahu, DS dan keluarga memang suka berkelah di sini. Maklum aje, arwah mak suka cari kain ela di Tangkak. Pantang ada cuti panjang, kami pasti turun ke sini. Sementelah, adik DS yang perempuan tu dahulu mengajar di Segamat.

Entah macam mana, sedang kami sekeluarga ralit mendaki seraya mencari kawasan yang sesuai untuk melepak tup-tup DS ternampak seseorang. Rasa-rasa macam kenal. Beberapa kali DS mencuri-curi pandang sebab takut abah dan mak perasan... naya! DS buat-buat selamba walau pun yakin, 'dia' ialah kawan di ofis lama. Kami pernah keluar makan bersama namun entah macam mana, boleh terputus di tengah jalan.

'Dia' sedang duduk di salah satu bongkah batu yang besar. Di sampingnya terdapat beberapa batang joran dan plastik berisi umpan. Dari gayanya, nampak dia begitu leka memancing. DS dan adik-adik pun turunlah ke dalam air dan mula meriuh-rendahkan suasana. Serentak itu juga, ikan-ikan yang sedang berenang-renang terus cabut lari!

Tup! Tup! Saat DS menoleh ke arah 'dia', abah sedang berbual rancak dengannya. Kedudukan kami taklah jauh sangat dan mungkin juga, 'dia' telah menegur abah. Takutnya DS masa tu... risau juga 'rahsia' terbongkar! Abah tu sangat tegas jika tahu DS ada buat benda yang tak senonoh. Tahu-tahu saja, anak dara sulung dia ni memang tak makan saman. Suka-suka aje nak berkawan dengan lelaki.

Amboi... 'dia' siap berkirim salam dengan DS lagi! 'Dia' telah memaklumkan kepada abah bahawa kami pernah bekerja satu pejabat. Nasib baiklah mak tolong cover sebab DS pernah bercerita dengan mak pasal 'dia'. DS suka cerita dengan mak kalau ada sesiapa yang mahu berkawan. Tak tahulah, kalau mak sampaikan cerita DS tu kat abah pulak?

Tak sangka betul, inilah janji Allah sebenarnya... pertemuan semula itu tidak pernah DS mimpikan sama sekali! Semenjak itu juga, DS dan 'dia' menyambung semula perhubungan kami yang kemudiannya diakhiri dengan ijab dan kabul.

Afifah dan Aiman ditemani sepupu mereka, Khair. Seronok sekali bermandi-manda di sini. Kini, giliran anak-anak pulak!

Dalam perjalanan balik ke JB, ada sebuah lori telah terbalik di lebuh raya. Mujurlah ketika kemalangan itu berlaku, kenderaan masih belum banyak. Rasanya, pemandu lori ini telah memecut dengan laju sehingga tak dapat mengawalnya lalu terlungkup dalam keadaan begitu. Hisy, macam-macam! Padahal, banyak kempen dan tanda amaran yang telah dipasang untuk mengingatkan para pemandu agar sentiasa berhemah. Biarlah lambat, asalkan selamat.
Dalam pada itu, DS benar-benar rasa tak selesa memakai tali pinggang keledar ketika duduk di belakang. Sakit pinggang dan macam nak tercekik pulak! Pun begitu, undang-undang perlu dipatuhi. Tak mengapalah, sakit sekejap aje. Daripada mendapat sakit yang boleh membawa kepada kematian atau pun kecacatan, selisih nauzubillah!
Di sepanjang tepian lebuh raya juga, telah berlaku kebakaran kecil yang melibatkan kawasan lalang. Dari jauh lagi dah nampak asap putih yang berkepul-kepul. Malah, hampir menghalang pandangan pengguna lebuh raya. Maklum aje, dalam keadaan cuaca agak panas dan berangin, kebakaran mudah berlaku. DS teringat kepada berita mengenai kebakaran besar yang sedang melanda Australia. Ramai warganya yang terperangkap kerana tidak tahu hendak melarikan diri mereka ke arah mana!? Tentu sekali menyulitkan.

31 December 2008

Ulang tahun Afifah

29 Disember yang lalu kebetulan jatuh pada awal muharam merupakan hari ulang tahun Afifah yang ke 9. DS tempah kek coklat + blueberry kat jiran dpn rumah, Sal. Cantik dan sedap! Kalau nak tahu, Sal ni pakar membuat pelbagai jenis kek, muffin dan cheese tart. Pergilah lawati blog Sal di sini.

Pada mulanya, DS ingat nak buat majlis ulang tahun ini secara ringkas maklumlah anak-anak jiran yang dekat cuma ada 5+3+3 (anak sendiri). Kemudian, DS hantar sms kat anak sedara. Saja-saja tanya dia, kalau-kalau dia nak datang. Dia membalas, dia akan datang bersama ayah dan emaknya.

Setelah sampai dalam pukul 1, ayah dan emaknya ditinggalkan. Dia pula pergi ke Kulai mengambil sepupunya seramai 3 orang lagi. Alamak, DS pun kelam-kabut menambah menu. Ingat nak buat baked beans makan bersama roti potong + bubur putih-merah tup-tup, tambah bihun goreng pulak!

Tak cukup itu, DS kerah cik abang goreng nugget dan cari ais kiub untuk buat air sirap. Sementara DS sendiri membancuh koktel (jeli+buah-buahan). Juga disediakan sekali teh 0 panas. Gitu-gini, siap pada pukul 5.

Alhamdulillah, majlis ulang tahunnya berjalan lancar disertai sepupu-sepapat, jiran-tetangga dan anak-anak mereka yang memang sporting dan baik belaka.

Terima kasih DS ucapkan dan jangan serik tau!


* * * * *

MySpace Comments


Selamat Tahun Baru!

Semoga para remaja kita di luar sana dapat elakkan aktiviti tidak sihat sepanjang detik sambut 2009.

Sayangilah kesayanganmu!

18 November 2008

Selamat Bercuti

Salam. Selamat bercuti! Esok selepas sarapan, DS sekeluarga akan memulakan perjalanan ke Pahang. Tolong doakan kesejahteraan kepada kami ya!

Sebentar tadi, MEMO sampai lagi... Alamak, isnin dan selasa ni DS kena gi kursus lagi! Err... banyak sangat main-main kat ofis agaknya... kehkehkeh!

Okey, chow dulu!

13 November 2008

Kursus dan Percutian

Salam.

Esok, selain hari terakhir persekolahan juga merupakan hari pertama DS berkursus. MEMO telah diterima pada minggu lepas. Kursus selama 3 hari ni bertajuk "ESQ-IN-HOUSE TRAINING" yang akan diadakan di MPC Uda, JB. Katanya, kursus ini berkaitan dengan pembangunan jiwa (rohani).

Sempena cuti sekolah yang panjang ni DS merancang percutian keluarga ke negeri Pahang. Seperti biasa kami akan menginap di hotel berdekatan Pantai Balok, Beserah. Jika ditanya, kenapa DS memilih tempat itu? Hmm... mungkin juga kerana hotel itu percuma (kad member) dan hotel pilihan yang lain sudah penuh.

Pada mulanya, DS memilih PD sebagai destinasi percutian. Mungkin dah rezeki orang sebelah Timur sebab kami bakal berada di sana 3-4 hari. Selalunya DS habisi masa itu dengan bersiar-siar di sekitar pantai sambil membaca novel bersaksikan alam semulajadi;

desiran angin,
lambaian nyiur,
butiran pasir,
ombak bergulung,
sekawan burung,
awan bergumpal,
dan... matahariku.

Okeylah, banyak kerja ni. DS mohon diri dulu. Lain kali DS cerita lagi ya.

Salam rindu!!!

09 October 2008

Aidil Fitri 1429H



Salam Syawal!

Lamanya tak mencoret sesuatu di sini. Maklum aje, bercuti panjang... langkah pun panjang jugalah! Seperti yang telah dirancangkan, DS menyambut raya di Muar -kampung mertua. Tak semua adik-beradik dapat berkumpul terutama yang tinggal jauh di utara, Andak (panggilan pangkat). Mereka dah pun ada anak menantu dan cucu.

Yang paling gembira, selain anak-anak ialah emak mertua DS. Dalam kondisi dirinya yang uzur (tak mampu berdiri/jalan) dia pasti tersenyum dengan telatah cucu-cucunya yang cukup ligat + nakal belaka! Cuma sekarang ni, dia agak berselera; Ketupat, rendang, ayam masak merah, rendang daging, tak tolak! Ada aje kuih raya yang dia teringin nak makan termasuklah dodol! Kami risau juga, sebab dia tak boleh makan sebarangan. Namun, tak sampai hati pula jika tak dilayan permintaannya itu. Padahal dahulu ketika masih sihat, dia paling susah jika diajak makan!

Raya ke3, rumah itu mula hening semula sebab anak cucu dah sibuk berkemas kain baju. Kiranya, 2 orang tinggal di JB dan seorang lagi tinggal di Kulai. 2 orang yang tinggal di Seremban dan seorang yang tinggal di PD dah pun balik lebih awal.

DS sekeluarga tak terus balik ke JB sebaliknya kami bertolak ke Sg.Buloh, menziarahi adik perempuan DS yang baru 2 minggu melahirkan anak ke4. Dia dah ada 2 pasang anak; Hafidz, Hanis, Hanim dan Hazim. Tidur di rumahnya semalam dan balik ke JB pada petang Sabtu.

Syukur Alhamdulillah, perjalanan kami selamat. Manakala lalu lintas dari arah selatan menuju ke KL, mak oiii... JEM GILER!!!

10 July 2008

Potret Julai'08

Salam,


Lama juga DS tak kemaskini blog malah, DS juga tak sempat on YM lantaran dihimpit waktu. Awal Julai, seperti biasa, ada penutupan akaun tahunan. Tak berapa hari lagi, pasti geng auditor akan muncul. Haa... bermulalah musim tension! Faham-faham ajelah, mereka ni memang tak boleh tengok orang nak relax sikit. Ada-ada aje yang mereka minta; nak tengok fail, nak tengok ini, nak tengok itu, hai... macam-macam!


Untuk makluman kawan-kawan, sepanjang 1-2 minggu lepas, macam-macam aktiviti yang DS ikuti bersama famili iaitu menghadiri kenduri doa selamat di Seremban. Baliknya, kami singgah sebentar di Melaka Bandaraya Bersejarah. Seperti ada sesuatu yang unik, menggamit kedatangan kami ke sini. Sempat juga kami bermudik di sepanjang sungai dengan menaiki feri. Dari jauh, kami ternampak menara berputar yang sangat tinggi!


Kemudian, perjalanan kami terus menuju ke Muar untuk menziarahi emak mertua. Terubat jua rindu kami dan berasa lega apabila melihat keadaan dirinya yang semakin pulih. Dalam pada itu, bau 'raja' buah dah mula menyengat-nyengat apalagi, semuanya menyerbu ke bahagian belakang rumah untuk menikmati durian kampung! Kata orang, rezeki jangan ditolak, rugi...


Malam itu, pukul 10 lebih, kami pun bertolak ke JB. Namun, malang sekali kerana kami terperangkap dalam kesesakkan. Ini berpunca daripada kemalangan kereta yang melibatkan 8-10 buah, berdekatan Pagoh. Hisy, DS teringat kepada kemalangan serupa yang pernah dialami sendiri ketika DS dan famili dalam perjalanan pulang bercuti pada tahun 2001 yang lalu!

Toyota Unser milik kami habis kemek teruk di bahagian hadapan. Manakala di belakang, ada sebuah kereta Honda terperosok di bawahnya! Eiii... sungguh menggerikan! Nasib baiklah, anggota famili DS tak cedera. Cuma, DS tak puas hati kerana MPV kami itu ditunda ke bengkel yang terlalu jauh (BP) sedangkan kejadian berlaku di KM50 berdekatan Spg. Renggam.


Hari Sabtu lepas, ada kenduri kahwin adik tiri DS. Hujan renyai yang turun pada awal pagi tak menjejas kemeriahan majlis tersebut. Semuanya berlangsung dengan jaya. Ahadnya, DS menyertai rombongan menghantar pengantin ke Serkat, Pontian.

Dan 9 Julai, sempena cuti hol Almarhum Sultan Ismail dan hari lahir anak bongsu DS, kami sekeluarga pergi berkelah di tepi pantai Tg. Balau, Kota Tinggi. Seronoknya, pemandangan laut sungguh tenang dan damai. Ombak tak begitu kuat. Cuaca juga tak begitu terik.


Hati dah tak boleh ditahan-tahan lagi, lalu DS pun tidak ketinggalan menyertai ketiga-tiga anak DS untuk bermandi-manda di situ. Puas sangat!