"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

04 December 2010

Jom Tonton!

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Synopsis: As Harry races against time and evil to destroy the Horcruxes, he uncovers the existence of three most powerful objects in the wizarding world: the Deathly Hallows.
.
.
NGANGKUNG
.
Synopsis: "Ngangkung" tells the story of a lorry driver Azim who lives a moderate lifestyle with his wife Suri and his daughter. Tasnim and Wan are Azim's closest friends and they start influencing Azim to bet on the lottery. Things take a turn when the number acquired by Tasnim by the way of 'ngangkung' is successful and it changes things completely as Azim starts to enjoy indulging in the activity.


Salam. Baru aje tengok 2 filem ini di GSC dan kira okeylah, 4*!

24 December 2009

Kembara ke Pandora

Pandora? Eh, dekat mana tu? Sedap juga namanya tapi... itu nama negara atau pulau? Percaya tak kalau sebenarnya ada kehidupan di galaksi sana dan tempat itu bernama Pandora. Pemandangannya sungguh indah, permai penuh dengan flora dan fauna. Juga terdapat haiwan esotik dan mistik. Setiap hidupan di sana tidak kira kecil atau besar saling berhubungan seperti ada kuasa telepati. Malah planet atau bintang berhampiran bisa dilihat dengan mata kasar. Juga terdapat pulau-pulau yang terawang-awang di ruang atmosfera.

Hmm.. sebetulnya ia hanyalah gambaran untuk sebuah lagi karya agung oleh James Cameron yang masih lagi ditayangkan di pawagam. Malam tadi DS seangkatan keluarga pergi menonton filem sci-fi yang penuh dengan efek khas ini selama hampir 3 jam!

Kisah ini memaparkan pakatan kotor makhluk Bumi untuk memperdaya makluk di Pandora semata-mata merebutkan bahan galian yang bernilai tinggi! Kaum Na'vi yang menghuni kawasan tersebut cuba diusir dengan cara baik. Jack Sully terpaksa memikul tanggungjawab itu namun akhirnya, dia tertarik untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Dia jatuh hati kepada puteri kaum Na'vi bernama Neytiri dan natijahnya, mereka semua terpaksa berdepan dengan peperangan besar.

Cerita selebihnya tak payahlah DS letak kat sini. Kenkawan kena pergi tengok sendiri, mengembara ke Pandora. Pasti tak rugi dan terus tangkap cintan kat pelakon Sam Worthington yang nampak sangat naif tu!

07 December 2009

Filem Kita

Salam. Minggu lepas, 2 kali DS layan filem di panggung wayang. Sempat pulak tu! Hehe... ini kes nak cari mood jugak sebab otak tengah buntu. Dah puas cari ilham tapi tetap tak datang-datang. Itulah sebabnya DS on aje bila si kecil ajak. Ayahnya pun free, cantik!

Tapi sayangnya, tak banyak pilihan. Selain cerita kantonis, hanya ada cerita dalam negara. Layan aje cerita Senario: Episod 2 dan My Spy. DS nak komen sikit aje tentang cerita komedi daripada kumpulan lawak terkenal, Senario. Pada DS, lawak mereka ni dah tak berkesan lagi. Mungkin disebabkan oleh faktor umur, Lan, Wahid dan Azlee dah tak sesuai nak bawak tema cinta. Lawak Nik/Mek okey cuma sayang, proses dubbing suaranya tak kena. Hehe... maaf ya!

Mengenai My Spy pula, DS tabik spring kat filem ini. Pertama sekali mungkin juga kerana alat-alat gajet yang canggih. Jalan cerita ini juga segar. Dialog dan plot memang berkesan. Walaupun tiada tema cinta, cerita ini berjaya! Cuma... (ada juga tu) plot si isteri kepada Dato' O tu yang tak berapa kena dan boleh diperbaiki dengan tukar sedikit idea untuk mengupah spy. Kalau disebabkan main kayu 3 semata-mata, tak seronoklah!

Okeylah chow dulu.. DS dah usha filem 'Avatar'. Macam tak sabar nak gi tonton!

18 February 2009

Geng Upin-Ipin Dah Kaut RM2 Juta!


Salam.


DS cilok tajuk di atas di laman sawang sensasi... murai.com. 2 Juta tu! Wow, syabas!

.
Jumaat lalu, DS dan geng di ofis DS dah pun tengok filem ini. Ternyata amat menghiburkan hati sehingga meletus tawa kami tanpa dapat dibendung-bendung lagi... kah! kah! kah!

.
Bagi diri DS, scene yang paling kelakar sudah tentulah, monyet yang sedang membonceng motorsikal tuannya. Kelakar sangat-sangat. Kiut dan lucu monyet tu! Kelucuannya berjaya mengatasi makhluk yang muncul dari alam halimunan yang bernama opet.

.
Tak tahulah kenapa? Mungkin juga opet tu tak pandai cakap bahasa Melayu dan seringkali mengulangi perkataan yang sama berbunyi seperti... 'faze-faze'.

.
Satu lagi, sewaktu menonton filem ini DS terasa seperti membaca novel 'DOL LEMAN' aje... mungkin tema dan jalan ceritanya yang hampir sama terutama untuk siri-siri yang tak lari dari misteri... hahaha!

.
Apa-apa pun, sekalung tahniah buat mereka yang berdiri di balik tabir filem ini, Les' Copaque. Teruslah berusaha untuk memertabatkan filem animasi kita ke persada dunia!!!

17 December 2008

Los dan Faun

Salam.

Saja nak tulis kat sini, semalam gi tengok cerita ni kat GSC. Pada asalnya, DS berhasrat nak tengok cerita Keanu yg sedang ditayangkan tapi menurut pokcik, tak sedap. Kawan-kawan dia dah tengok dan mereka komen, jalan cerita agak mendatar.

Hmm... cerita Aflin ni banyak kelakar. Barisan pelakon juga tak kurang hebatnya malah ada Stephen (PGL) tu, macho habis! Cuma gayanya dalam filem komedi ni tak berapa berkesanlah. Nampak kaku sket... hehehe!

Secara keseluruhannya, okeylah cerita Aflin ni. Siap ada helikopter lagi, menunjukkan filem orang kita sudah ada kemajuan. Apatah lagi, bila heronya tu si Adlin... dengan gaya detektif CSI, selamba jek!

Okey, chow dulu!

13 October 2008

AAC ~ Halwa Minda


Salam,


Akhirnya, dapat juga tengok cerita 'Ayat-ayat cinta' yang ditayangkan di TV3. Begitu lama nak tengok tapi tak sempat-sempat! Novelnya juga tak terbaca! Hai... apa nak jadi, entahlah! Semenjak dua menjak ni, mood membaca novel bagaikan tersekat-sekat. Kat atas meja konsul, ada novel kak mimie yang dibeli ketika pesta buku. DS dah start membaca dari sebelum bulan puasa lagi tetapi, tak habis-habis!


Berbalik semula kepada filem yang diadaptasi dari sebuah novel ini. Hmm... memang hebat! Fahri yang terkenal sebagai seorang lelaki yang kuat beragama, budiman dan baik hati dalam masa yang sama digilai ramai perawan; jirannya beragama Kristian, penulis kaya raya, anak kenalan dan si malang. Dia berada di persimpangan kerana ingin mencari jodoh yang benar-benar sesuai untuk dia meneruskan perjuangannya dalam menegakkan agama Islam.


DS paling tersentuh ketika Fahri terkurung di dalam sel. Ada seorang banduan sengaja memprovoknya dengan niat yang murni. Dia mengungkit kembali peristiwa Nabi Yusof a.s. dan Zulaikha untuk mengaitkan dengan diri Fahri sendiri yang terperangkap dalam permainan cinta yang tak terbalas.


Suratan Takdir mengatasi segalanya. Dan, Fahri memiliki kebebasannya daripada pengorbanan sebuah cinta yang agung.

12 June 2008

THE FORBIDDEN KINGDOM




Jason Williams' (Michael Angarano) obsession with kung fu movies leads him to an antique store, where he finds an ancient Chinese staff. When he grabs hold of the stick, he is transported back in time, where he meets the drunken martial-arts master Lu Yan (Jackie Chan), the Silent Monk (Jet Li) and the beautiful Golden Sparrow (Crystal Liu Yi Fei), who all help Jason return the staff to its rightful owner, the Monkey King, who has been imprisoned by the nefarious Jade Warlord (Collin Chou).

28 May 2008

Indiana Jones

Salam,

Malam Isnin baru-baru ini, ds, suami n aiman gi tonton filem IJ siri terbaru. Penggembaraan kali ini berkaitan misteri tengkorak kristal. Yang menariknya, aktor veteran yang menerajui filem ini iaitu Harrison Ford masih kelihatan gagah dan cekap sekali beraksi biarpun, sudah agak uzur.

Siri kali ini menyaksikan kemunculan seorang pemuda yang agak bergaya meminta bantuan IJ untuk menyelamatkan ibunya yang telah diculik. Dari awal lagi, ds dah agak... pemuda itu mestilah ada kaitan dengan IJ. Jawapannya akan terungkai di hujung filem ini nanti!

Begitu juga dengan misteri tengkorak kristal yang mana, kewujudannya amatlah diragui sama sekali!

Kepada mereka yang suka siri IJ, jangan ketinggalan untuk merasai sendiri detik-detik cemas. Nescaya, anda pasti terhibur!

16 March 2008

10,000 B.C.

SALAM & helo kepada semua pengunjung blog DS, apa kbr hari ni? Wah.. adik-adik, hr ni adalah hr terakhir cuti sekolah. Esok, jgn liat pulak nak bangun pagi-pagi! Bagaimana kerja sekolah, dah siapkah? Petang ini, bolehlah tengok jadual waktu dan susun semua buku yg betul ke dalam beg sekolah tau!

.
Err... pukul 1 ptg tadi, sempat pulak DS sefamili gi nonton sebuah filem di Perling Mall. Oleh sebab, semalam Afifah dah tengok filem Duyung bersama saudaranya maka, DS memilih filem bertajuk 10,000 B.C. yang telah diarahkan oleh Roland Emmerich ini.
.
Seperti ada tarikan istimewa dalam filem ini, mungkin kerana ceritanya berkisar pada zaman dahulukala, di mana tamadun manusia baru bermula dengan pembinaan Piramid yang masih gah sehingga abad ke-21.
.
Barisan pelakon-pelakon yang membintanginya taklah begitu terkenal atau popular seperti Steven Strait (D'Leh) dan Camilla Belle (Evelot). Filem sepanjang 1 jam 49 minit ini ternyata tidak membosankan malah, sesuai untuk tontonan umum pada waktu lapang. Walaupun bergenre aksi purba, ia juga terselit unsur humor yang boleh mengundang ketawa semua penonton.
.
Seperkara lagi, yang menarik sudah tentulah gaya rambut mereka yang kelihatan spt Bob Marley! Di antara babak yang berkesan adalah sewaktu D'Leh terjatuh ke dalam lubang perangkap. Bersama-samanya, ada seekor harimau yang digelar 'Saber-Tooth' yang hampir lemas akibat hujan lebat.
.
Dengan perasaan belas simpati, dia memberanikan dirinya untuk melepaskan haiwan tersebut. Sebagai balasan, dia telah diselamatkan oleh 'Saber-Tooth' dari serangan puak yang lain. Semenjak itu, semua puak-puak yang hidup di waktu itu, menghormatinya dan melantik dia sebagai ketua untuk memerangi musuh utama iaitu, Raja Firaun yang mengaku dirinya tuhan.

SYNOPSIS

A young hunter is forced to lead a small group of hunters to pursuea band of mysterious warlords to the end of the world to save the girl he loves.


15 November 2007

Cast Away

Ada sesiapa yang pernah menonton filem oleh Robert Zemeckis ini? Percaya tak, saya dah 4 kali menontonnya malah anak saya, Afifah juga minat. Baru2 ini saya berpeluang menontonnya sekali lagi di TV5, S'pore dan ternyata.. saya tak jemu langsung!

Cerita lakonan Tom Hanks ini memang hebat sepertimana filem sebelum ini, Forest Gump. Tom memegang watak Chuck Noland, sudah bertunang dengan Kelly (Helen Hunt). Dia berkerja sebagai Eksekutif di syarikat penghantaran, Federal Ekspress. Ketika di dalam penerbangan, kapal terbang FedEx tiba2 mengalami masalah akibat cuaca buruk lalu jatuh terjunam ke dalam laut. Kemudian, dia terdampar seorang diri di sebuah pulau.

Gelihati melihat aksinya yang ketakutan dan marah2 kerana sering diganggu oleh satu bunyi. Namun, dia sedar bunyi itu hanyalah terhasil dari buah kelapa yang jatuh dari pokoknya. Sejak hari itu, dia hanya meminum air dan memakan isi kelapa!

Satu-persatu kotak bungkusan yang hanyut ke pulau itu dibuka termasuklah sebiji bola tampar Wilson. Bola itu dibentuk2nya seperti kepala orang. Chuck jadikan Wilson sebagai rakan baik dan tempat untuk dia meluahkan perasaan.

Selepas lebih 1000 hari terdampar, tiba2 dia mendapat satu idea dari gambar sekotak bungkusan yang tidak dibukanya iaitu merupakan gambar 'Angel Wings' (sayap dewi!). Dengan bersusah-payah, dia membawa rakitnya yang dibina dari kepingan pintu tandas kapal terbang, menongkah ombak yang ganas sehingga akhirnya, dia kehilangan Wilson yang hanyut tanpa disedari. Dalam keletihan, sebuah kapal besar melintasi rakit itu dan beberapa orang kelasi telah ternampak lantas menyelamatkannya.

Sekembalinya, Kelly telahpun berkahwin dengan lelaki lain dan mempunyai anak. Dia sungguh kecewa namun pasrah bahawa keadaan telah berubah. Dia bertekad untuk memulakan kehidupan baru.

Saya paling suka plot akhir kerana Chuck bersungguh-sungguh mencari rumah si pemilik bungkusan, Bettina Peterson semata-mata nak tunaikan tanggungjawab syarikat FedEx dan juga dia mahu menyampaikan penghargaan kerana gambar di bungkusan itu yang telah mencetuskan idea, seterusnya menyelamatkan dia dari terperangkap di sebuah pulau untuk selama-lamanya.

--------------------------------------------------------------------------------

[last lines]
Bettina Peterson: You look lost.

Chuck Noland: I do?

Bettina Peterson: Where're you headed?

Chuck Noland: Well, I was just about to figure that out.

Bettina Peterson: Well, that's 83 South. And this road here will hook you up with I-40 East. If you turn right, that'll take you to Amarillo, Flagstaff, California. And if you head back that direction, you'll find a whole lot of nothing all the way to Canada.

Chuck Noland: I got it.

Bettina Peterson: All right, then. Good luck, cowboy.

Chuck Noland: Thank You.

12 November 2007

BEE MOVIE



Boring? Letih? Tension? Jom tengok wayang!

Jika sekadar inginkan filem yang santai, bolehlah pilih cerita ini kerana saya sendiri tidak puas selepas menonton kerana jalan ceritanya terlalu ringkas dan tiada unsur suspens. Malah penamatnya sudah boleh diagak. Namun demikian, watak utama iaitu Barry B. Benson yang selalu control macho dan ada hati hendak memikat seorang gadis penjual bunga, Vanessa sungguh menarik esp buat anak2 kecil. Cuma adakala aksinya itu agak keterlaluan!
Sedikit ringkasan cerita..
Seawal babak, seekor Bee yang macho, Barry B. Benson sdg bersiap-siap hendak menghadiri majlis graduasi. Tanpa diduga rupa2nya hari tersebut juga adalah hari untuk mereka membuat pilihan kerja. Dan cuma ada satu saja pekerjaan iaitu di sektor kilang madu!
Ada satu syarat yang sangat mustahak yang perlu dipatuhi iaitu seekor Bee tidak dibenarkan sama sekali bercakap dengan manusia. Namun Barry telah melanggar syarat itu kerana semata-mata dia hendak menyampaikan ucapan penghargaan kepada Vanessa yg telah menyelamatkannya.
Akhirnya, mereka bersahabat baik dan Barry mula menyedari selama ini manusia telah merampas madu milik warisan Bee dgn sewenang-wenangnya. Malahan, ada sebahagian rakan2nya yg diperangkap di dalam sangkar tiruan! Barry bangkit untuk menuntut keadilan di mahkamah manusia.
Selepas mengumpul fakta, bukti dan saksi termasuk penyanyi 'Sting', Barry beroleh kemenangan dan perusahaan madu milik manusia lumpuh. Manusia dilarang memakan segala jenis madu. Apabila madu dikembalikan ke kilang Bee, semua Bee yang dulunya sibuk berkerja kini hanya duduk bersantai di rumah 24 jam. Justeru, proses pendebungaan tidak berlaku dan membantutkan tumbesaran. Semua bunga-bunga di dunia mulai kering, layu lalu mati..
Vanessa akhirnya terpaksa menutup kedai bunganya. Barry pening memikirkan masalah yang menimpa kerana semuanya berpunca dari tindakannya sendiri. Bagaimana dia hendak memulihkan keadaan? Di mana dia hendak bermula? Jika tiada bunga, bermakna.. satu hari nanti, tiada hidupan lagi di dunia ini! :( Hmm.. ?!

09 November 2007

Ratatouille - Trailer

Ratatouille - Trailer

Posted Sep 24, 2007

Run around the kitchen and help the chef cook some delicious meals.

05 July 2007

Harry Potter



Inilah dia tiga watak utama yang menjadi kegilaan ramai dewasa ini. Pelakon utamanya, Rupert Grint, Emma Watson & Daniel Radcliffe. J.K.Rowling pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Baik buku mahupun filemnya meletup-letup di sana-sini. Akan datang, muncul lagi siri terbaru bertajuk "The Order of the Phoenix".




Hujung minggu yang lalu, saya sempat menonton filem ini dari siri "The Prisoner of Azkaban" di Channel 5, TV S'pore.

Apa yang ingin dikongsi di sini adalah sedikit coretan dari filem tersebut. Sewaktu Harry Potter (HP) di dalam perjalanan ke sekolah magiknya, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry, dia diganggu oleh makhluk pelik yang tugasnya menyedut segala memori mangsanya, Dementor.

Seorang cikgu di sekolah itu memberi amaran bahawa banduan dari Azkaban, Sirius Black telah pun melarikan diri kerana mahu membunuhnya. HP mula bimbang kerana dia masih tidak mahir di dalam ilmu magik dan tidak mampu melawan musuh.

HP dibantu dua rakan karibnya, Hermione & Ron dengan menggunakan tongkat sakti mereka. Ron tercedera dan akhirnya, HP & Hermione mengundur masa semula untuk memperbetulkan apa yang telah terjadi, demi menyelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa. Siapakah dia? Jawapannya.. The Prisoner of Azkaban. THE END!




Sedikit petikan plot dr web..

Harry Potter is having a tough time with his relatives (yet again). He runs away after using magic to blow Uncle Vernon's sister Marge who was being offensive towards Harry's parents. Initially scared for using magic outside the school, he is pleasantly surprised that he won't be penalized after all. However, he soon learns that a dangerous criminal and Voldemort's trusted aide Sirius Black has escaped from the Azkaban prison and wants to kill Harry to avenge the Dark Lord. To worsen the conditions for Harry, vile shape-shifters called Dementors are appointed to guard the school gates and inexplicably happen to have the most horrible effect on him. Little does Harry know that by the end of this year, many holes in his past (whatever he knows of it) will be filled up and he will have a clearer vision of what the future has in store... Written by Soumitra.

Juga quotes yg menarik!

Professor Lupin: Very well. Kill him! But wait one more minute. Harry has the right to know why.
Harry: I know why! You betrayed my parents. You're the reason they're dead.
Professor Lupin: No, Harry, it wasn't him. Somebody did betray your parents, but it was somebody who, until quite recently, I believed to be dead.
Harry: Who was it then?
Sirius Black: Peter Pettigrew! And he's in this room, right now! Come out, come out, Peter! Come out, come out and play!


Hermione: Beautiful day.
Ron: [sarcastically] Gorgeous... Unless of course you've been ripped to pieces.
Harry: [confused] Ripped to pieces? What are you talking about?
Hermione: [annoyed] Ronald's lost his rat.
Ron: I haven't lost anything! Your cat killed him!
Hermione: Rubbish!
Ron: Harry, you've seen the way that blood thirsty beast of hers is always lurking about. Scabbers is gone!
Hermione: Well maybe you should learn to take better care of your pets!
Ron: Your cat killed him!
Hermione: Did not!
Ron: Did!
Hermione: Didn't!


Professor Lupin: You know the very first time I saw you, Harry, I recognized you immediately. Not by your scar, by your eyes. They're your mother, Lily's. Yes, oh yes. I knew her. Your mother was there for me at a time when no one else was. Not only was she a singularly gifted witch, she was also an uncommonly kind woman. She had a way of seeing the beauty in others even more perhaps. Most especially when that person couldn't see it in themselves. Then your father, James on the other hand, he uh ha, he had a certain shall we say talent for trouble. The talent, rumor has it, he passed onto you. You are more like them than you know, Harry. In time you'll come to see just how much.


Harry: Professor, why do the dementors affect me so? More than anyone else, I mean?
Professor Lupin: Listen, dementors are among the foulest creatures to walk this earth. They feed on every good feeling, every happy memory until a person is left with nothing but his worst experiences. The dementors affect you more than others because there are true horrors in your past, horrors your classmates can scarcely imagine. You are not weak, Harry. You have nothing to be ashamed of.
Harry: I'm scared, Professor.
Professor Lupin: Well, I'd consider you a fool if you weren't.


[Harry and Hermione have Time-Turned and are hiding behind the pumpkins. Hermione throws the second rock, which hits the Harry inside Hagrid's hut on the back of his head]
Harry: [inside Hagrid's hut] Ow!
Harry: [outside next to Hermione, rubbing the back of his head] Ow. That hurt!
Hermione: Sorry.

Professor Lupin: Why do you look so miserable, Harry?
Harry: None of it made any difference. Pettigrew escaped.
Professor Lupin: Didn't make any difference? Harry, it made all the difference in the world! You helped discover the truth. You saved an innocent man from a terrible fate. It made a great deal of difference.