"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Showing posts with label E-kad. Show all posts
Showing posts with label E-kad. Show all posts

04 December 2010

Awal Muharam 1432H


Salam. Selamat menyambut awal muharam 1432H pada hari selasa ini. Di Johor hari cuti jadi DS dah siap sambung dari isnin. Ikut rancangan, DS sekeluarga nak ke Sg.Buloh, ziarah adik & suaminya yang baru pulang tunaikan rukun haji. Baliknya, nak singgah Seremban pulak sebab nak ziarah kakak ipar & suaminya, juga baru pulang haji. Ambil berkat, kata orang!


Alangkah seronoknya jika dapat tunaikan rukun haji pada usia muda! DS sendiri dah mula tanam azam untuk ke Mekah sekurang-kurangnya 8 tahun dari sekarang. Tapi, kenalah kumpul duit banyak-banyak. Nak ke sana, perlu ada kemampuan, segala hutang-piutang perlu diselesaikan. Ikut tuntutan, mana yang wajib kita laksanakan terlebih dahulu. Kata orang, jangan sampai bergolok-gadai... nanti anak yang ditinggalkan, mati kelaparan... huh, selisih nauzubillah!

14 May 2010

Ucapan selamat untuk semua

http://mms4.celcom.net.my/smil/XkBF8tI32ibAdOn1273362136.html

Salam.

DS terima e-kad di selfon daripada nombor yang tidak dikenali. Namun begitu, jutaan terima kasih diucapkan kepadanya dan juga rakan-rakan yang telah memberi ucapan sempena Hari Ibu yang lalu.

Bait-baitnya,

"Motherhood is a tough 24-hr job: No pay. No day-off. Most often unappreciated.And yet resignation is impossible.Hello pretty mom! Happy mother's day!"

Bunyi macam kelakar tapi bagi DS, tugas seorang ibu di zaman moden ini memang sangat-sangat mencabar apatah lagi jika memiliki anak remaja. Baik anak lelaki atau anak perempuan, sama-sama susah. Dengan kemajuan dunia siber, semua benda berada di hujung jari dan sekelip mata terhidang di depan mata. Terlalu sukar untuk ibu atau bapa atau penjaga mengawalnya. Dan kami cuma mampu berdoa semoga Allah swt melindungi mereka daripada anasir-anasir buruk.

DS berharap anak-anak DS dan juga pengunjung blog ini yang masih berusia remaja, pelajarilah ilmu akhirat. Sebab, ilmu ini boleh dijadikan sebagai pelindung atau 'firewall' yang boleh membentuk masa depan kalian. Dunia ini hanya sementara dan perjalanan kita masih panjang.

Sebetulnya bulan Mei ini terlalu banyak hari yang istimewa. Hari ini adalah tarikh kelahiran adik DS ketiga. Esok pula tarikh kelahiran cik abang DS. Ada juga rakan-rakan yang menyambut hari ulang tahun mereka pada bulan Mei ini.

Diharap mereka semua diberi kesihatan yang baik untuk beribadah dan dikurniakan rezeki untuk bersedekah kepada yang memerlukan serta berbahagia di samping keluarga tersayang. Insya-Allah.

08 May 2010

Selamat Hari Ibu

Salam. Selamat Hari Ibu.

Ibu... Ibu... Engkaulah ratu hatiku!


Sabtu minggu kedua, seluruh dunia menyambut hari istimewa ini. DS dah tak ada mak kandung dan yang paling sedih sebab mak mentua pun dah pergi buat selama-lamanya. Pun begitu, segala kasih sayang mereka berdua tetap terpahat elok di dalam lipatan memori ini.
DS nak ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada semua kawan-kawan yang telah bergelar ibu. Juga istimewa untuk Pn. Nasirah, diam tak diam dah lebih 6 tahun menjadi ibu tiri DS. Terima kasih sebab sudi mengambil DS sebagai sebahagian daripada anak-anakmu.

Sekejap sungguh masa berlalu dan DS pun hampir terlupa, dah 12 tahun bergelar ibu. Alhamdulillah, kini ada 3 orang cahaya mata yang sentiasa menyuluh kehidupan DS dengan kasih sayang mereka. Malah sampai ke saat ini pun, DS bagaikan tak percaya dah punya anak!
Anak ini warisan kita dan merupakan anugerah terindah juga satu amanah untuk ibu dan bapa mencorakkan kehidupan mereka di masa akan datang, tentunya sebagai muslimin dan muslimah yang menegakkan syiar Islam, dunia-akhirat.

26 November 2009

Salam Aidil Adha 1430H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam semua. Alahai sedih aje sang lembu itu... dah bersedia ke nak kena korban? Ingat tak peristiwa Nabi Ibrahim mendapat mimpi agar menyembelih anaknya sendiri?Macam mana pulak dengan diri kita sendiri? Dalam hidup ini, kita tak dapat lari daripada pengorbanan terutama melibatkan perasaan. Lebih-lebih lagi seorang perempuan, kan?

Mungkin, kita akan berhadapan dengan beberapa pilihan tapi tak mampu atau punyai kuasa untuk buat keputusan sendiri seperti soal jodoh dan sebagainya. Bila dah begitu, kita akan anggap semuanya takdir Ilahi dan telah pun ditulis di Loh Mahfuz, wallahu'alam.

Pengorbanan seorang perempuan tak habis di situ aje. Jika dapat suami yang cerewet, pemarah dan ego, sebagai isteri yang baik kita kenalah akur dan redha. Begitu juga setelah dikurniakan anak. Untuk membesarkan anak bukan perkara mudah. Nak marah, salah. Nak didiamkan aje pun, nanti memakan diri.

Pendek kata, pengorbanan seorang perempuan terlalu BESAR dalam pembangunan sesebuah keluarga apatah lagi jika perempuan tersebut berkerjaya. DS pernah dengar syarahan, orang perempuan akan dijamin syurga jika taat kepada agama dan juga taat kepada suami. Ya, mudah-mudahan... Insya-Allah!

Sempena Aidil Adha esok, DS ambil peluang untuk mengucapkan selamat kepada semua muslimin dan muslimat yang sedang menunaikan ibadat haji di Baitullah. Tahun ini, sekali lagi DS menyumbangkan 1 bahagian dalam ibadat korban, alhamdulillah!

23 November 2009

yAhOOOO... uLANG tAHUN dS!


Salam. DS nak ucap terima kasih kat semua member yang hantar mesej 'HB' di blog DS, blog FP, FB, sms dll. Doa dan ingatan kalian kan DS simpan ke lubuk sukma yang paling dalam... Terima kasih!

07 November 2009

i LUV iSLAM !

Salam di hujung minggu. Sweet kan gambar ni? DS suka tengok gambar seperti ini. Selalu juga DS cilok di laman web yang semakin mendapat perhatian, I LUV ISLAM. Search aje perkataan tersebut di google, sesaat dah jumpa!

DS suka melihat gambar-gambar yang ditampal di situ kerana mengandungi kata-kata berunsur nasihat. Selain gambar-gambar menarik, terdapat juga panduan-panduan berguna, tips dan banyak lagi link yang sesuai untuk perkembangan rohani adik-adik di luar sana.


Selamat bercuti sekolah buat adik-adik kita di luar sana! Adik-adik? Hmm... macamlah DS ni muda lagi... perasannya! Ah, tak kisahlah... Seminggu aje lagi, adik-adik akan menghabiskan penggal akhir persekolahan. Tentu banyak aktiviti bersama rakan-rakan dan keluarga yang diatur untuk mengisi masa lapang. Adik-adik, sekarang ni juga dah mula musim tengkujuh. Justeru, elak bermain di kawasan takungan air. Malang tidak berbau dan beringat sebelum kena!

Jika berlaku apa-apa kecemasan, jangan cuba bertindak sendiri sebaliknya, pergi cari orang yang lebih dewasa untuk meminta bantuan. Tak salah nak bermain tapi adik-adik perlu berhemah dan berwaspada selalu!

Salam sayang dan akhir kata, nantikan kemunculan karya terkini DS berjudul, H A T I E M A S. Ingat baik-baik, judulnya tu. Kisah Amel sekeluarga berhati emas. Semoga kita semua juga memiliki hati yang cantik seumpama emas.

p/s: Gambar kulitnya akan ditampal kemudian. Adik-adik sabar ya dan senyum selalu!

28 August 2009

09 July 2009

Ulang Tahun Insyirah



3 keping kad ini DS tujukan buat Insyirah yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 5 pada hari ini, 9 Julai.


Oleh kerana dia dah pun bersekolah, DS merancang satu majlis ringkas di sekolah tabikanya sahaja. Semalam lagi DS dah jumpa Cikgu Zaharah, maklumkan tentang perkara ini. Bersama kek hari jadi berwajah kartun Doraemon, turut mengiringi setalam kuih bakar pisang dan bungkusan comel jajan.
Semoga Insyirah gembira berkongsi hari bahagianya bersama rakan-rakan barunya di sana!

02 June 2009

18 May 2009

Ulang Tahun RA dan Hari Guru

15.05.2009

Istimewa buatmu, RA... ulang tahun kelahiran yang ke 45 tahun.

16.05.2009

Istimewa buat semua pendidik yang pernah mengajarku, juga buat mereka yang kini bergelar pendidik.. Tahniah dan teruslah berjuang mendidik anak-anak bangsa demi memertabatkan agama dan negara!


p/s: Hari ini di sekolah, Aiman akan membuat satu persembahan pentomin bersempena sambutan 'Hari Guru'. Dia berlakon sebagai seorang bekas guru yang sangat berjasa. Bekas anak-anak muridnya telah berjaya dalam pelajaran dan memegang profesyen yang bagus-bagus. Kemudian, dia diserang sakit jantung lalu meninggal dunia. Entah macam mana rupa Aiman? Tadi pagi, sempat dia beraksi di depan DS sambil memakai kopiah siap dengan cermin mata besar lagi (milik arwah toknya..)
Sayang sekali, DS tak sempat nak merakam gambarnya! ~_~

10 March 2009

Salam Maulidurrasul

Salam dan selawat ke atasmu, junjungan Rasulullah yang amat dirindui.

Semoga kami semua memperolehi syafaat Nabi Muhammad S.A.W di akhirat kelak... Amin!

24 September 2008

Salam Aidil Fitri 1429H


Get Hari Raya Graphics Here



Minggu depan dah raya, macam tak percaya pulak!


Get Hari Raya Graphics Here



Adik-adik dah siap? Raya pertama nanti nak jalan beraya kat kawasan mana? Hati-hati tau! Sekarang ni, dah banyak sangat kes culik. Jadi, jangan berjalan seorang diri!

B A H A Y A ! ! !

Seelok-eloknya, berada dalam satu kumpulan ataupun ajak ayah, emak, abang atau kakak pergi beraya bersama-sama.


Get Hari Raya Graphics Here



Lagi satu, tak meriah raya jika tak bermain bunga api. Tapi... dalam masa yang sama, adik-adik jangan cuba berlagak berani. Jika nak main, beritahu ayah dan emak dahulu agar mereka boleh mengawasi adik-adik nanti. Manalah tahu, malang tak berbau tau!

08 September 2008

Seminggu Ramadhan...


Pixel Code Graphics



Salam,

Pantasnya waktu berlalu, bagaikan baru semalam kita menyambut kelahiran anak bulan Ramadhan pada tahun ini!

Bagaimana dengan persiapan Aidil Fitri yang bakal menjelma? Di ofis, sampel kuih dan kek diedarkan dari tangan ke tangan. Malah, kerepek dan kacang pun ada. Tidak ketinggalan, brooch dan gelang kristal yang bergemerlapan sehingga menyilau anak mata hitam.

Semuanya main cap tunjuk aje apatah lagi kami ni bekerja. Mana ada masa nak adun margerin, gula, tepung dan telur! Baju raya, siang-siang dah hantar tempah, kira-kira 2 bulan sebelum puasa. Kain langsir... kalau masih elok, pakai aje yang tahun lepas punya.

Sibuk kalahkan Bush! Untuk sediakan juadah sahur pun, punyalah bercinta! Kadang-kadang, dah macam orang berjalan dalam tidur pulak... sampai terlupa nak beza rupa kuali dengan bantal! Hahaha... naya!

Hari lebaran, sememangnya punya banyak kenangan kepada DS. Salah satunya, arwah mak telah meninggal dunia dalam bulan Syawal, kira-kira enam tahun yang lalu... hemm... siapalah yang tak sedih? Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan solehah, insya'Allah.

Selain itu, kalau nak tahu... DS juga telah dilahirkan oleh arwah mak pada tanggal 4 Syawal! Jika mengikut kalendar Hijrah, umur kita ni sebenarnya lebih tua kira-kira setahun... tak percaya? semaklah sendiri di laman web ini.

04 September 2008

Awards From Mama Jambu


Tak dapat nak gambarkan bagaimana terujanya DS ketika menatap 'award' ini, pemberian daripada seseorang yang sangat istimewa, Mama Jambu yang menetap di Pulau Singapura.
Semoga ukhwah yang terjalin di antara kita berkekalan dunia dan akhirat, insya'Allah!


Sepatah kata untuk Mama Jambu :

Salam Sayang Mama,

Dah lama juga kita tak jumpa, kan? Rindu dah mula mendesah kalbu, menggebu-gebu! Lepas raya nnt, bleylah kita gi dating macam dulu-dulu. Kita gi pekena Teh Tarik + Laksa Johor yg kaw-kaw tu... ~_~ seronok, kan? sudah pasti byk topik yg akan disembangkan sehingga tak sedar, DS kena sambung kerja semula. Hemm... mama nak tahu tak? bear kat atas itu kan, kiut sangat macam mama gaks! hehehe...

Thank you soooooooooooo much! Hug n kisses buat mama. Take care!

DS