"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Showing posts with label Jiran Tetangga. Show all posts
Showing posts with label Jiran Tetangga. Show all posts

02 August 2010

Sebulan Berlalu

Salam. Sedar tak sedar, hampir sebulan tak buat catatan di sini. Biasalah, bulan Julai memang sibuk. Banyak betul agenda... Closing akaun tahunan dan yang paling istimewa, hari ulang tahun Insyirah ke-6.


Masuk pertandingan mewarna dan berjaya bawa pulang hadiah hamper..

Insyirah suka betul dengan kek ini sebab ada gambar princess!
.
Sekarang dah masuk bulan Ogos dan tak lama lagi menjelma bulan Ramadhan al-Mubarak. Dah bersedia ke? Puasa sebulan tau! Rindunya Ramadhan cuma... DS dah terbayang kat dalam kepala, hari-hari kena 'jem' maklum aje, masing-masing nak singgah ke bazar. Tentu jalan raya bertambah sibuk. Alahai... Tak tahulah, sempat ke tak nak berbuka puasa di rumah nanti.. hmm?
.
Jumaat lepas DS ke Pesta Buku Negeri Johor. Tak banyak penerbit yang ambil bahagian cuma ada kedai-kedai buku aje. Harap-harap pesta buku seperti ini akan mendapat sambutan dan diadakan pada setiap tahun pula.
.
Okey, kita sambung cerita di lain kali.. Selamat berpuasa!
.
Di sini tempat kami lepak2 pada waktu petang di hujung minggu..

30 March 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Insyirah dan DS di majlis maulidur rasul bersebelahan tabika.
Insyirah dan kumpulan nasyidnya sedang menunggu giliran persembahan.
Wow, sedapnya! Minuman yang disediakan beraneka warna dan rasa. Nasi minyak pula disediakan berdulang, sambil makan siap bersembang-sembang.. bergossip-gossip.. whoopss! (Perihal anak-anak aje tau!)
Persembahan nasyid oleh kanak-kanak tabika, Kumpulan Az-Zahra.
Gambar ni tak ada kena-mengena pun dengan majlis maulidur rasul tapi DS tampal aje sekali di sini sebab didownload dari kad memori kamera. Inilah hasil tangkapan cik abang dan team memancingnya tempohari. Cik abang bawa balik 2 tong, sebahagian dimasak dan selebihnya diagih-agihkan kepada saudara-mara dan jiran-tetangga.

07 March 2010

Doa Selamat Untuk Abah

Salam. Khamis malam Jumaat yang lepas telah diadakan kenduri doa selamat untuk abah di surau berdekatan rumah abah. Kebetulan pula jatuh pada hari ulang tahun kelahiran adik bongsu DS, E1 yang ke 28 tahun. Happy Birthday, E1! Semoga panjang umur, sihat, bahagia, murah rezeki.. dan bagi abah cucu yang lebih ramai lagi.. Amin!
Justeru kami adik-beradik telah berbincang beberapa hari sebelum dan E1 ingin menaja menu utama kenduri iaitu nasi lemak ayam goreng istimewa dimasak oleh mak mertuanya. Selain itu, dia turut membawa pulut kuning bersama rendang daging. Memang sedap tau! Untuk makluman, mak mertua E1 ni memang dah lama berniaga di flat MSC di Pasir Gudang.
Adakalanya DS sendiri teringin nak makan nasi lemaknya terutama sambal tumis yang memang meletop! Kalau rumah kami dekat, hari-hari DS dah borong nasi lemak mak mertua E1 ni.. hehe!
Hari Khamis tu kami bercuti dan DS sampai ke rumah abah sekitar pukul 4 petang. Walaupun dah ambil cuti DS masuk juga ofis sekerat hari sebab nak settlekan kerja yang belum siap.. closing maa! Macam tulah nasib diri kalau kerja di bahagian akaun, selagi tak siap rasa tak aman dunia ni.. risau tau terutama mengenangkan pelanggan yang mengharapkan perkhidmatan terbaik daripada SAJH.. wah, kalau tak naik gaji ni memang tak patut!
I say.. masuk bakul angkat sendiri plak ek? Taklah, DS gurau aje. Semuanya ikhlas, DS cuma buat apa yang termampu untuk kebaikan semua pihak. DS mengaku kerja DS masih tak cukup sempurna. Ada lagi kecacatan di sana-sini yang tak larat nak dihuraikan di sini. Dan, jika diconggak-conggak, memang tak cukup waktu kerja 8 jam sehari tu!
Okey, balik semula kepada topik asal. Hehe! DS bawa Insyirah aje ke rumah abah sebab Aiman dan Afifah bersekolah agama. DS juga bawa kuih bakar yang dimasak oleh anak saudara, Ezza. Pesan 1 dapat 2.. seronok, kan! Yang lagi 1 tu, dia sedekah. Terima kasih daun keladi, Ezza! Jadi sampai rumah abah, DS membuat persediaan awal. Bungkus kuih-muih dan air mineral yang dibeli di kedai pemborong di Batu 5.
Mak Yah (mak baru DS) masak mi bandung Muar. Sedap. Rasanya sebijik seperti di gerai mi bandung yang terkenal di Tg. Agas, Muar! Dahulu, Mak Yah pernah buka gerai namun terpaksa dihentikan lantaran kesibukkan menjaga cucu dan mengajar budak-budak mengaji al-Quran.
Abah balik dari kedainya sekitar pukul 6. Dia terus bersiap-siap nak ke surau. E1 belum tiba-tiba lagi! Adi pun sama! Janji nak datang tapi batang hidung pun tak ada. Azan Maghrib dah berkumandang baru E1 muncul bersama orang rumahnya, Mai dan juga tak lupa, nasi lemak istimewa. Mujur dah siap dibungkus jadi terus dihantar ke surau bersama bungkusan kuih-muih dan pisang sebagai pencuci mulut.
Usai solat Isyak, kami berkumpul anak-beranak di rumah abah semula. Huu.. huu! Sob.. sob! Sedihlah.. rasa nak nangis sebenarnya apabila dapat duduk berkumpul 3 beradik kembali (Ita terkecuali sebab dulu dia memang tinggal di asrama). Teringat balik zaman kami kecil-kecil dahulu.. bila tiba waktu makan, kami sekeluarga akan berkumpul di meja makan. Dan, yang paling DS terkilan sebab teringat kat arwah mak!!!
Sambil menikmati hidangan, kami pun bincang pasal urusan hantar dan ambil abah nanti. Abah akan berangkat ke KL pada petang Rabu depan, 10hb via Fireflyz @ LTASI, Senai. Dari KL pula, 11hb, abah bersama keluarga Ita akan menunaikan umrah dan dijangka pulang ke tanahair semula pada 21hb. Mac. DS, E1 dan Adi bersepakat nak sambut kepulangan mereka di KLIA nanti.
Insya-Allah, mudah-mudahan perjalanan mereka semua dirahmati Allah SWT dan diberi ganjaran yang setimpal, pahala dan syurga Firdausi.. Amin!
p/s: Kawan-kawan, jika sudi diharap dapat kirimkan doa selamat untuk mereka sama-sama ya!

05 December 2009

Mabuk FB

Salam. Dah lama juga tak coret-coret di ruang ini. Semuanya gara-gara FB! Begitulah teruknya penangan FB ini kepada diri DS hingga payah nak tinggalkan pc. Setiap detik asyik ingat FB. Kalau boleh ke mana-mana nak berkepit dengan FB. Sanggup tak makan atau minum, malah tak rasa lapar pun! Tahu-tahu dah petang, nak balik kerja pun rasa bercinta! Padahal, baru sebulan aje DS aktifkan diri dengan FB!

Virus FB ini sungguh dahsyat malah telah menular ke setiap orang dengan begitu cepat. Sana-sini orang bercakap tentang FB. Jika tak ada FB, konon tak bestlah! DS terpanggil nak daftar FB pun sebab jiran baru DS tu yang ajak. Anak DS sendiri pun suruh! Siapa lagi kalau bukan Aiman.

Jangan tak percaya, minggu ini DS cukup terpukul bila tiba-tiba access ke FB kena block. Bukan setakat itu aje, YM, gmail, yahoo mail, ebuddy, meebo dan segala macam benda yang bersangkutan dengan aktiviti buang masa dan tak berfaedah telah ditarik balik oleh pihak IT! Bayangkan...

Maka, kawan-kawan jangan gusar sekiranya DS tidak muncul di mana-mana. Dunia ini ibarat roda, ada masa di atas, ada masa di bawah. Redha aje. Sebenarnya DS taklah taksub sangat dengan FB dll, namun tak dapat dinafikan laman-laman web ini amat penting dalam mengeratkan ukhwah. Sebagai contoh, baru-baru ini DS bertemu kembali geng-geng sekolah yang terpisah lebih 20 tahun!

Dari situ, kami boleh berbicara dan berkongsi cerita di samping mengetahui perkembangan hidup antara satu sama lain tak kiralah tentang akademik, kerjaya mahupun famili. Yang lebih seronok, mereka bagaikan tak percaya DS ni dah bergelar penulis!

Apabila kita melangkah ke era siber, semua maklumat dah tersedia di hujung jari. Lebih mudah rasanya untuk kita berhubungan dengan lebih mesra di alam maya berbanding di alam realiti memandangkan perhubungan berlainan jenis agak terbatas dan sangat tak digalakkan dalam agama.

Okey, apa-apapun DS tetap bersyukur kerana masih boleh melayan FB dll di rumah meski masa tidak cukup. DS akan cuba luangkan sedikit masa untuk membalas mesej dan melawat FB kawan-kawan pula.

Akhir kata, DS nak ucap 'Selamat pengantin baru kepada puteri Kak Aina Emir, Laila Hana. Semoga berbahagia dunia dan akhirat.'

23 November 2009

yAhOOOO... uLANG tAHUN dS!


Salam. DS nak ucap terima kasih kat semua member yang hantar mesej 'HB' di blog DS, blog FP, FB, sms dll. Doa dan ingatan kalian kan DS simpan ke lubuk sukma yang paling dalam... Terima kasih!

23 October 2009

Jamuan Raya TKI

DS bersama jiran baru, Zai dan anak-anak yang menyertai pertandingan mewarna sempena jamuan hari raya dan majlis penyerahan surat permohonan pembinaan surau di taman kami kepada YB ADUN.

Afifah dan Insyirah seronok bermain di sekitar kawasan khemah yang didirikan berdekatan Taska Al-Hidayah.
Aksi Insyirah ketika mewarna.
Eh, si ayah pun sibuk jugak!
Wah, tahniah buat kakak dan adik kerana berjaya membawa pulang hadiah untuk kategori masing-masing!

12 October 2009

Rumah Terbuka

Salam semua. Mood raya masih terkesan di sana sini malah menjadi punca kesesakan di lebuhraya! Nampaknya, tahun ini berlumba-lumba orang menganjurkan rumah terbuka. Niatnya pun baik, untuk merapatkan silaturahim antara saudara-mara dan sahabat handai. Sambil-sambil menjamu selera, kita saling bertukar cerita mengenai rumah tangga, kerjaya, anak-anak dan banyak lagi.

Pada hari Sabtu, 3 Okt yang lalu, DS bersama 2 orang puteri telah pergi ke rumah rakan penulis, Syima Syawal yang baru sahaja tampil dengan karya terbarunya, Dari Mata ke Hati terbitan Fajar Pakeer. Petang itu, hujan turun mencurah-curah di kawasan Pasir Gudang. Oleh sebab sejuk dan kantuk, Insyirah tertidur di dalam kereta. DS dijamukan dengan hidangan istimewa dan bertemu pula dengan seorang lagi rakan penulis, Rina Farizq yang kini sarat mengandung anak kedua.

Kalau ikutkan memang tak puas berborak (dan makan) namun, DS terpaksa mengundur diri kerana mahu pergi ke rumah adik lelaki DS yang kebetulan berada di taman perumahan yang sama. Malam itu, ada majlis marhaban di lorong rumahnya. Sedar tak sedar, hari dah makin larut malam dan DS mula bergerak ke sebuah destinasi yang lain pula, rumah abang ipar yang terletak di Kpg Melayu. Mujurlah masih ada baki makanan; sate, ayam bakar dan spagetthi. Itupun dapat jamah sedikit aje sebab badan dah tak larat sangat!

Hari Ahad, 4 Okt DS tidak ketinggalan mengadakan rumah terbuka. Biarpun secara ringkas, ia tetap meriah. Yang seronoknya sebab masak sendiri. Beberapa hari sebelum, DS dah mula mengunting lada kering dan mengupas bawang besar. Kemudian, awal-awal pagi DS pergi ke rumah abang ipar dan masak bersama-sama kak ina, kak esah, adik ipar dan anak saudara.

Semua masakan siap sekitar pukul 12 tengahari. Anak saudara DS, Ezza siap buatkan kuih talam dan bancuhkan air minuman sekali. Syukurlah ada anak saudara yang boleh diharap! Kalau anak sendiri ni, hmm... main aje yang lebih cuma Afifah seorang aje yang dah mula mahu membantu di dapur.

Hati mula rasa kembang-kuncup apabila rakan dan jiran DS mula berkunjung. Takut juga jika persiapan DS tak seberapa. Maklumlah, pertama kali buat majlis rumah terbuka. Pun begitu, alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Jiran-jiran berlainan bangsa dan agama juga sudi datang ke rumah. DS rasa terharu sangat! Malah, mereka siap menghulurkan paket merah. Pada mulanya, DS tolak dengan baik namun menurut mereka, itu adalah adat mereka jika datang ke rumah orang lain sebagai tanda penghargaan.

Nampaknya cerita rumah terbuka tak habis lagi dan bersambung ke hujung minggu yang lalu...

Sabtu 10 Okt, rakan sekerja DS jemput ke rumahnya di Taman Mawar, PG. Dari sana, DS pulang di dalam keadaan tergesa-gesa kerana dah berjanji dengan Syima Syawal yang mahu singgah ke rumah DS dari rumah rakannya. Oleh kerana lebuhraya sesak, DS tiba agak terlewat sedikit dan syukur Syima sanggup menanti di hadapan rumah. Maaf ya Syima, harap awak tak serik ke rumah kita lagi... Alahai, kelam-kabut dibuatnya gara-gara rumah terbuka!

02 October 2009

Sana-Sini di Aidil Fitri

Salam 12 Syawal kepada semua rakan taulan tak kira walau di mana sahaja kalian berada. Maaf zahir batin ya, andai masih ada kesilapan yang terlupa diambil kira dan DS tahu, pasti ada yang tak puas hati bila DS tak membalas lawatan ke blog.

Hmm... maaf banyak-banyak ya! Sekarang ni pun, DS dah jarang kemaskini blog. Memang tak sempat! Lebih-lebih lagi jika bercuti panjang, masuk pejabat kerja dah menimbun-nimbun menanti di inbox mail. Malahan, apabila kotak tersebut penuh, ada e-mel yang hilang dan DS terpaksa hubungi semula pengirim e-mel agar mereka dapat mengirimnya sekali lagi.

Begitulah, selagi tak siap, hati tak senang. Tambah risau jika ada pelanggan yang mula mengadu transaksi pembayaran mereka masih tidak dikemaskini. Alahai... nak buat macam mana? Bila tiba hari raya Aidil Fitri, semua orang bercuti panjang termasuklah DS sendiri!

Tahun ni, DS sekeluarga menyambut raya di rumah abah sebab semua adik-beradik dah sepakat nak berkumpul di situ. Juga atas permintaan anak-anak DS yang dah lama benar tak bertemu dengan sepupu-sepupu mereka.

Sebelah petangnya, DS menziarahi pusara arwah mak dan mak saudara. Pening juga nak mengesan kedudukan sebenar pusara mereka sebab kawasan perkuburan yang dah penuh sesak. Namun, syukurlah ketemu juga akhirnya. Kemudian DS kembali ke rumah, panas-panaskan lauk sebab abah dan semuanya nak beraya.

Esoknya, DS balik kampung mentua di Muar. Sekarang ni, bukan Muar lagi sebab Bukit Kangkar dah masuk ke dalam daerah baru iaitu Ledang. Rasa sungguh terharu apabila mencium tangan mak mentua yang kini uzur. Pun begitu, dia masih lagi boleh berbual dengan rancak. Ingatannya memang bagus, kalau kena dengan gayanya, tak tidur malam jawabnya!



Hari berikutnya, DS sekeluarga bertolak ke utara pula. Sebenarnya, dah lama DS pasang niat nak menziarahi sanak-saudara yang berada nun di sana. Dah terlanjur tu, kami merancang ke Langkawi selama beberapa hari. Budak-budak yang sibuk, kononnya dah lama tak makan angin. Lagipun, Aiman baru habis UPSR dan secara kebetulan ulang tahun kelahirannya jatuh pada 21 Sept.!


Pulau legenda ini masih tetap nyaman dan indah serta menyimpan seribu kenangan buat DS dan suami. Setelah hampir 13 tahun, barulah diberi kesempatan untuk mengimbau kembali detik-detik kebahagiaan yang dikecapi bersama dari dahulu hingga kini, syukur alhamdulillah!


Insyirah sempat bergaya di Teluk Burau, sebuah pantai awam yang masih terpelihara kebersihannya. Cukup tenang dan damai untuk membuang penyakit 'tension' di ruang kepala... \~_~/. Airnya yang hijau menggamit segala deria rasa. Sampai tak nak berganjak waima malam mula mengusir siang.

Setiap hari, ada sahaja tempat menarik yang kami kunjungi seperti Langkawi Cable Car di Gunung Mat Cincang, Underwater World di Chenang, Telaga Tujuh, Padang Matsirat dan banyak lagi.

.

Sebelum balik ke JB, sekali lagi ke rumah mentua. Bukannya apa, maklumlah bila dah mula bertugas dan anak-anak bersekolah, tak dapatlah nak jengok mak mentua selalu. Sempat juga DS masakkan untuknya asam pedas ikan tenggiri, ikan kembong goreng, sayur buncis rencah udang.

Petang Ahad itu, kami terperangkap dalam kesesakan lebuhraya dan tiba di JB sekitar pukul 8 malam.

Malam Rabu lepas, ada majlis marhaban di kawasan perumahan kami. DS cuma sediakan air dan kuih-muih. Ramai juga yang datang termasuklah anak-anak jiran. Biasalah kan, nak apa lagi? Tentulah mereka nak duit raya! Hihihi...

Sementara menunggu kunjungan kumpulan marhaban ke rumah, Afifah menyiapkan kerja sekolahnya.

Akhir sekali, DS nak menjemput kalian ke rumah DS yang tak sepertinya ini... No.1, Jln KI 3/5, Tmn Kmps Indh. Insya-Allah, petang Ahad 4 Okt. DS akan mengadakan jamuan seadanya. Sudi-sudikan, ya!

p/s: Gambar dari hp aje sbb abg terclear memory card kamera... huhu!

04 August 2009

Selepas Kenduri




Malam itu sibuk sekali. Hampir masuk Maghrib, DS berlari-lari anak ke depan dan ke belakang rumah. Rasa macam tak puas hati aje, gusar jika persiapan tak sempurna. Anak-anak dah besar panjang pun tak boleh diharap, asyik lebihkan main aje bersama anak-anak jiran dan anak-anak saudara. Yang kecik pulak, sibuk betul macam dia aje yang pandai.
Hati ini makin berdebar-debar tatkala menanti kunjungan kumpulan Yasin dan para jiran tetangga. Sekitar pukul 8 malam, semua hadirin mula mengambil tempat. Usai membaca doa, mereka dijemput menikmati hidangan ala Jawa, Nasi Ambeng berlauk ayam masak merah, sambal goreng, serunding, mi, ikan kering berserta kuih-muih.
Alahai, entah macam mana... ayam masak merah tu terpedaslah pulak! Masing-masing mengaduh kepedasan... Yang lebih kesian, anak-anak jiran yang tak tahan pedas tu berlari-lari mengambil air minuman. Namun begitu, mereka tetap memuji lauknya sedap cuma pedas!
Sebenarnya, menu kali ini dimasak oleh Kak Ina (biras), anak saudara dan DS sendiri. Bertungkus lumus DS menyediakan bahan-bahan masakan termasuklah mengangkut semua periuk-periuk besar itu dari rumah Kak Ina ke rumah DS. Tempohari, DS dan anak saudara pergi berbelanja di Pasaraya Hwa Tai di Pasar Borong Pandan. Silapnya, kami terbeli cili kering yang jenisnya licin dan agak pendek. Patutlah pedas giler, kalah ayam goreng KFC tu!
Malang sekali, lantaran sibuk tiada gambar yang sempat DS rakamkan sekitar majlis berlangsung. Cuma gambar selepas majlis aje yang ada termasuklah gambar si tukang sibuk, Insyirah.
Hehe... ada-ada aje, kan? Okeylah, jika ada tetamu DS yang terbaca entri ini... DS minta maaf dan jangan serik berkunjung lagi ke rumah DS di lain kali.
Khemah yang dipasang di sebelah luar rumah, risau jugak kalau tiba-tiba hujan. Hmm... mujur cuaca baik sesekali berhembusan angin sepoi-sepoi bahasa.
Bila tiba part kemas-mengemas ni yang lemah betul... huu! huu! Siapa nak angkat meja, cepat angkat tangan!? Semuanya lari pecut 100meter!!!

Eh, kita sibuk mengemas dia boleh tergelak girang! Sempat lagi berposing... tergedik-gedik pulak tu, layan ajelah!

29 July 2009

Yasin dan Tahlil

Assalamualaikum wr. wb.


Bersempena kedatangan Ramadhan yang dirindui, DS dan seisi keluarga menjemput semua rakan-rakan ke teratak buruk kami di Jalan KI 3/5, Taman Kempas Indah pada malam Jumaat, 30 Julai 2009. Satu majlis bacaan Yasin dan Tahlil bakal dilaksanakan dalam suasana harmoni, indah lagi diberkati, insya-Allah!

.

Wasalam.

.

Salam hormat.

.


20 July 2009

Program Masyarakat

Salam semua. Apa khabar? Diharap sihat, bahagia dan ceria selalu serta tidak jemu menjengok blog DS yang agak hambar kebelakangan ini.

Diam tak diam, hari ni dah pun 27 Rejab! Dekat kawasan perumahan DS sedang sibuk mengadakan majlis kenduri Yasin dan doa selamat. Insya-Allah, pada 30 Julai ini tibalah giliran rumah DS pula.

Di sini ada beberapa keping gambar yang DS cilok di fotopages...


Dan ini pula adalah lakaran pelan pembinaan surau kami yang akan dibina sebaik sahaja wang/dana mencukupi. Anggaran harga kos pembinaan sekitar RM 200K. Kepada sesiapa yang bermurah hati dan ingin menghulurkan sumbangan ikhlas, untuk maklumat lanjut sila hubungi...
En. Jo, 016-7547881.