"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Showing posts with label My Memory. Show all posts
Showing posts with label My Memory. Show all posts

11 September 2011

Salam Syawal 1432H

Assalam. Macam dah basi nak ucap selamat hari raya tapi, baru nak masuk minggu ke-3 kan? Lagipun, hari raya kita sambut sebulan lamanya. Cuma tahun ini DS memang tak buat persiapan yang besar. Ala kadar sahaja memandangkan anak-anak DS nak menghadapi peperiksaan pada bulan September ini. Afifah akan ambil UPSR pada 13-15hb manakala Aiman akan ambil ujian Darjah Khas bermula dengan ujian hafazan pada 17hb nanti.




Tahun ini, alhamdulillah dapat berkumpul dan menyambut lebaran bersama semua adik-beradik DS. Sungguh meriah apatah lagi dengan kehadiran orang baru, Llyana Sofea yang telah pun berusia 6 bulan. Anak saudara DS ini agak keletah dan aktif. Tengoklah aksinya di gambar keluarga DS ini (paling tengah), bukan main lagi... tak padan kecik!

Seperti biasa pagi-pagi raya selepas solat sunat Aidil Fitri, kami bersalaman dan bermaafan. Anak-anak pula sibuk berkunjung ke rumah jiran tetangga, di samping memanjangkan silaturrahim dapat juga mengumpul duit raya.

Raya ke-2, adik-adik dah mula bertolak balik ke rumah keluarga mertua. DS sendiri pulang ke Muar pada hari raya ke-3. Kemudian berkunjung ke rumah ipar duai yang terletak di NSembilan. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar cuma kesesakkan berlaku di PLUS akibat kenderaan yang agak padat.

Okeylah. Cukup sampai di sini dulu. Lain kali DS corat-coret lagi, insya-Allah.

17 July 2011

Re-union SMTU '88


Assalam.

Apa khabar? Salam Nisfu Syaaban. Diam tak diam dah tinggal separuh bulan sahaja lagi untuk kita semua yang beragama Islam mengerjakan ibadah puasa. Bagaimana, dah bersediakah? Memang seronok jika kita dapat menunaikan solat sunat Tarawikh pada sebelah malamnya pula.

Sempena ketibaan Ramadan juga, kami geng SMTU '88 telah sepakat untuk bertemu semula setelah 23 tahun berpisah. Kali terakhir, ketika menerima keputusan SPM. Selepas itu, masing-masing mula mengorak langkah ke kolej, universiti dan lain-lain. Ada juga yang terus melangkah ke gerbang perkahwinan dan tidak mustahil jika anak sulungnya dah pun berusia 20 tahun!

Justeru, sejarah baru pun tercipta. Tepat jam 8.30 malam di JB Catering yang terletak bersebelahan Stadium Larkin, geng SMTU '88 telah bertemu di dalam suasana yang cukup syahdu. Rasa teruja apabila dapat menatap kembali wajah rakan-rakan sekelas yang kini berusia awal 40-an.

Terlalu banyak cerita yang hendak dikongsikan hingga makanan yang enak tidak terjamah. Lepas satu, satu. Masing-masing mula mengimbas kembali memori di sekolah dahulu tentang perangai, tabiat, kegemaran dan macam-macam lagi. Juga berita sedih, guru-guru kami yang telah pergi ke rahmatullah.

Ah! Sesi bergambarlah yang paling kecoh. Jika perempuan malu kerana saiz tubuhnya yang kembang, lelaki pula cuba menyembunyikan kebuncitan dan dahi yang makin luas.. Hahaha!

Antara yang hadir;
(P) Linda (Matahariku), Liza Rose (Ros), Siti Maryam, Haslinda, Florence, Kamaliah, Yusniwati, Mazlinda & DS.

(L) Azman Marikin, Azman Hassan, Azmi, Sabtu & Nazri

Sayangnya, ada beberapa orang rakan kami yang tidak dapat hadir lantaran terikat dengan jadual tugas. Ada juga yang kata hendak datang (Radzi & Alex) tapi, sampai kami habis makan pun, tak nampak-nampak batang hidung.

Diharap selepas ini akan ada lagi pertemuan serupa untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Jika panjang umur pasti DS menyertainya, insya-Allah.

19 November 2010

Majlis Perpisahan & Ulang Tahun

Salam. Majlis ini diadakan pada minggu lepas sebab ramai staf yang bercuti pada minggu ini.

Dua orang pelajar praktikal akan meninggalkan kami iaitu Elis (bertudung biru) dan Aini (tak hadir/cuti). Manakala Zira (bertudung coklat) masih ada lebih kurang seminggu di sini. Ida (bertudung krim) pula merupakan staf baru.
Majlis ini turut diselitkan dengan sambutan ulang tahun DS di bulan November bersama 2 orang staf yang lain iaitu Erda & Najah.

Yeay, dapat hadiah!
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan DS yang baik hati... muah!
Antara menu yang dihidangkan ; Asam pedas tenggiri, lemak nangka, ikan sepat, sambal belacan, ulam-ulaman, telur dadar, puding, koktel, kuih-muih & buah-buahan.

Dah dapat kena buka pulak, diorang ni saja aje nak dera DS...
Alhamdulillah, majlis dirancang sempurna sudah dan buat adik-adik praktikal, terima kasih banyak-banyak atas bantuan yang dihulurkan kepada kami bagi meringankan tugas seharian. Semoga berjaya meraih segulung ijazah dan sentiasa mengingati kami di sini!

08 November 2010

Insyirah @ Majlis Konvo

Terima 'ijazah' & hadiah anak patung yang comel.



Masuk pertandingan pakaian beragam & membaca, dapat hadiah saguhati. Untuk pencapaian akademik, no.2... Tahniah, Insyirah!

Berposing di halaman rumah untuk kenangan.

20 October 2010

Syawal - Majlis sambutan di hari terakhir

Salam. Meriah sangat pada hari itu! Penat juga hingga tak terdaya nak kemaskini blog.. hehe! Baru petang ni ada masa, itupun sempat tampal sekeping aje gambar kenangan. Cukuplah kot?!

Okey, nak chow dah.. kita jumpa di lain kali.. jaga diri dan senyum-senyum selalu!

p/s: Tahniah buat rakan DS yang bernama Herdawaty kerana telah selamat melahirkan anak ke2 pada malam harinya. Mujurlah sempat menikmati semua hidangan.. ~_~

21 August 2010

Zaman Dah Berubah...

Salam sayang buat semua. Syukur alhamdulillah, dah lebih 10 hari berpuasa. Tinggal 20 hari aje lagi. Masa kecik-kecik, DS suka menghitung hari. Lebih-lebih lagi jika dah sampai separuh bulan. Setiap hari akan rasa seronok sebab hari raya dah makin tiba. Bila raya bermakna kita dah tak payah berpuasa lagi!

Terimbau kembali suasana beraya di kampung halaman, nun jauh di sana... Juru, Bkt Mertajam. Kami sekeluarga akan pulang lebih awal, kira-kira 1 minggu sebelum raya. Dari JB kami naik keretapi (KTM). Kiranya, kenderaan ini paling popular pada zaman 80an. Maklum aje keluarga kami bukan orang senang apatah lagi tinggal merantau di negeri orang. Dan, jangan kata kereta, motorsikal pun tak ada! Yang ada cuma basikal tua... huuhuu!
Jadi, setiap kali balik kampung samada ke Bkt Mertajam atau Taiping, keretapi aje pilihan kami. Bas ekspress memang dah ada tapi tak meriah macam sekarang. Agak terhad dan tak cukup. Hari ini pun sama, walau banyak mana sekalipun bas yang disediakan namun tak pernah cukup! Habis tu, bila cuti panjang bukan setakat orang kita, orang berbangsa lain juga sama sibuk nak balik ke kampung.
Balik semula kepada kisah dulu-dulu. Jika lambat beli tiket keretapi, jawabnya kami terpaksa duduk dan tidur di atas beg aje. Ketika naik, semua penumpang berasak-asak dan berebut-rebut nak cop bangku. Jika ada yang turun, cepat-cepat kami ambil tempat tersebut. Dari malam yang gelap pekat hingga sang mentari menyinari alam, tak jugak sampai-sampai. Jenuh jugak, sebab kami perlu tukar gerabak di KL untuk sambung perjalanan ke utara. Naik tangga turun tangga, masuk ke dalam terowong pendek untuk pergi ke platform yang lain. Di situ, kami terus melepak dan tunggu keretapi datang.
Perjalanan kami memang agak mencabar tapi ini merupakan satu pengalaman baru buat DS dan adik-adik. Sempat juga DS buat catatan terperinci mengenai nama stesyen yang kami singgah siap dengan masa ketibaan, itupun jika rajinlah!
Di kampung, paling meriah waktu malam tujuh likur. Selepas habis solat Tarawih, sepupu dan anak-anak jiran ajak bermain bunga api. Riuh rendah kami ketawa, menjerit-jerit kesukaan. Siap berlari-lari ke sana-sini dan tak peduli jika dimarahi. Mak membebel-bebel sebab dia tak menang tangan di dapur, mana lagi nak masak lauk, nak kacau dodol, nak adun biskut raya lagi. Nama aje ada 2 orang anak perempuan tapi perangai masing-masing macam lelaki!
Hari raya, kami ramai-ramai jalan keliling kampung. Tak ada satu pintu rumah pun yang terlepas pandang, semuanya diredah semata-mata nak dapat duit raya. Masa tu, 20 sen pun dah dikira mewah. Paling minima, 10 sen. Ikut saiz jugak, jika budak tak cukup umur cuma layak dapat 5 sen aje... hehe! Cuba bandingkan di zaman sekarang, kita hulur 50 sen masing-masing mencebik, TAK CUKUP mak cik, sikit sangatlah!
Amalan bersedekah duit raya ini memanglah bagus tapi malang sekali, ada yang ambil kesempatan. Ada budak-budak yang tak dikenali sanggup naik bas secara berkumpulan untuk ke tempat yang jauh semata-mata nak kutip duit raya... Pergh!
Pendek kata, hari raya ini hari istimewa untuk budak-budak. Bagi yang dah lanjut usia seperti DS patut sedar diri, kadangkala melaram punyalah hebat, kalah anak! Hakikatnya, zaman DS dah lama berlalu, kini tiba giliran untuk anak-anak. Satu hari nanti, cucu-cucu DS pulak... haha! Amboi, sempat berangan!

14 August 2010

Salam Ramadhan 1431H



Salam Ramadhan 1431H.

Kelmarin, hari pertama berpuasa. DS sekeluarga berbuka puasa di rumah abah. Siap janji dengan Iwan & Mai untuk sediakan apa yang patut. DS masak mi goreng aje dilawankan dengan sotong goreng tepung. Iwan pulak sempat sambar ayam golek kat tepi jalan. Tak cukup lagi, dia pergi ke bazar untuk mencari kuih-muih dan air.

Sampai di rumah abah, dah dekat maghrib. Rumahnya tak jauh, kira-kira 15 minit perjalanan dengan kereta. Bila dah siapkan meja makan, fulamak.. penuhnya! Hampir-hampir nak tambah 1 meja lagi... hehehe!

Abah bawak balik bubur lambuk dari masjid, sedap betul! Dia juga beli buah tembikai dan buah mata kucing sebagai pencuci mulut. DS bancuh air panas, teh tarik.. kesukaan abah. Seronok tengok dia sebab dia pun nampak seronok.

Lebih-lebih lagi, cucu-cucunya yang tiga orang ni banyak keletah terutama Insyirah. Asyik nak merajuk aje. Abang dan kakaknya memang kaki sakat, ada aje idea mereka nak kenakan si adik tu!

Gelihati betul masa abah suruh kami makan buah belimbing (pokok kat rumah), semuanya tunjuk sombong. Tapi bila buah tu dah mula dipotong dan dicurah kicap.. pergh, masing-masing dok kerumun abah termasuk DS!

Ah, bukan selalu pun kami semua dapat berkumpul. Selepas ini, abah akan berbuka puasa di kedai aje maklumlah abah berniaga dan ada kedai alat-alat jahitan di Taman Dahlia. Seperti biasa, sambutan kali ini juga agak menggalakkan. Tiba aje musim perayaan, memang tak menang tanganlah jawabnya!

Paling istimewa, pada malam itu juga kami sekeluarga menunaikan solat tarawih berjemaah di surau... syukur alhamdulillah.

***Entri ini telah ditulis beberapa hari lepas tetapi baru dapat ditampal kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan.

02 August 2010

Sebulan Berlalu

Salam. Sedar tak sedar, hampir sebulan tak buat catatan di sini. Biasalah, bulan Julai memang sibuk. Banyak betul agenda... Closing akaun tahunan dan yang paling istimewa, hari ulang tahun Insyirah ke-6.


Masuk pertandingan mewarna dan berjaya bawa pulang hadiah hamper..

Insyirah suka betul dengan kek ini sebab ada gambar princess!
.
Sekarang dah masuk bulan Ogos dan tak lama lagi menjelma bulan Ramadhan al-Mubarak. Dah bersedia ke? Puasa sebulan tau! Rindunya Ramadhan cuma... DS dah terbayang kat dalam kepala, hari-hari kena 'jem' maklum aje, masing-masing nak singgah ke bazar. Tentu jalan raya bertambah sibuk. Alahai... Tak tahulah, sempat ke tak nak berbuka puasa di rumah nanti.. hmm?
.
Jumaat lepas DS ke Pesta Buku Negeri Johor. Tak banyak penerbit yang ambil bahagian cuma ada kedai-kedai buku aje. Harap-harap pesta buku seperti ini akan mendapat sambutan dan diadakan pada setiap tahun pula.
.
Okey, kita sambung cerita di lain kali.. Selamat berpuasa!
.
Di sini tempat kami lepak2 pada waktu petang di hujung minggu..

17 June 2010

Agenda Balik Kampung BM & Kereta Merajuk

Salam sejahtera semua. Selamat bercuti sekolah dan selamat hari bapa!

Ada terlalu banyak perkara yang nak diceritakan tetapi DS tidak cukup masa jadi DS cuba ringkaskan. DS baru aje balik dari utara. Minggu pertama berada di Lumut, puas jugak mandi kolam. Kami tinggal di 'apartment' yang turut dilengkapi dapur. Untuk sarapan dan makan malam, DS masak sendiri. Hidangan yang ala kadar tapi mengenyangkan. Sempat juga kami ke Taiping, masuk Zoo serta bersantai di Tasik.

Kebetulan pula pada 12 Jun ada kenduri di BM, majlis kahwin sepupu sebelah abah. Selepas 'check-out', kami terus bergerak ke BM. Abah, Mak Yah, Iwan dan keluarga Ita juga bergerak dari Sg. Buloh. Kami semua tiga kereta berkumpul di situ dan bertemu saudara-mara dari sebelah arwah mak yang turut diundang ke majlis itu.

Dari situ ke Sg.Bakap (masih di BM) sebab Mak Ndak Shidah jemput singgah ke rumahnya. Selepas berehat 1-2 jam, kami terus bergerak pulang ke Sg.Buloh (demam bola dah bermula). Malang sekali kereta kami meragam ketika turun ke Jelapang dari terowong. Mujurlah semuanya selamat, sebab di kawasan itu dah banyak berlaku kemalangan. Dalam hati dah terdetik, kereta ni penat agaknya, dipaksa bekerja tanpa rehat secukupnya. Tak pun merajuk sebab kami ada ura-ura nak tukar kereta lain.. hai entahlah!

Ada seorang pomen datang membantu, menurutnya ada kerosakkan enjin dan kereta kami terpaksa ditunda ke bengkel berhampiran dengan bayaran RM50.00. Di bengkel, pomen beritahu barang yang perlu ditukar tu berharga RM500 campur kos jadi RM800! Terkejut sungguh namun memikirkan hari dah gelap dan anak-anak termasuk orang tua kami dah keletihan, terpaksalah teruskan. Hampir 12 malam baru siap dan tiba Sg.Buloh dekat 3 pagi. Dalam mengantuk, kami bergilir-gilir memandu.

Ingatkan dah ok, tup-tup hari Selasa rosak sekali lagi. Enjin mati dan puas DS usik2 wayar tapi tetap tak nak hidup! Berlaku di P.Gudang pulak tu betul-betul di persimpangan lampu isyarat. DS baru balik berkursus di Sg.Layang. Malang sekali tiada sesiapa pun nak bagi bantuan jadi DS terkial-kial seorang diri, sekejap ke depan, sekejap ke dalam.. tengok apa yang tak betul. Akhirnya, terus telefon RA.

DS tak lupa juga berdoa kepada Allah SWT agar diringankan masalah. Bila cuba pulas kunci, enjin hidup kembali. Syukur alhamdulillah! Tapi beberapa meter ke depan, mati lagi tapi kali ni taklah malu sangat seperti tadi. Bayangkanlah berada di tempat yang betul2 sibuk, kenderaan datang dari 4 arah. Semua nak bergerak cepat.

DS dan kereta tersadailah di tepi jalan untuk setengah jam. RA tiba tapi dia juga tak dapat buat apa-apa lantas hubungi pomen di pusat servis. Pomen itu datang setengah jam kemudian dengan peralatan yang lengkap. Setelah buat 'scan' enjin, dia kata ada kerosakkan di salah satu 'sensor'. Harganya dalam RM180 dan kereta perlu ditarik. Dia syor kepada kami agar gunakan perkhidmatan 'on-tow' pihak syarikat insurans.. FOC. Jika khidmat luar, mahu2 RM120!

Lebih kurang 1 jam, 'on-tow' tiba dan terus kereta itu ditarik ke pusat servis. Caj yang dikenakan cuma RM200.. sedangkan kami telah berhabisan untuk barang alat ganti yang bukan sepatutnya dengan harga yang melambung berganda-ganda.. huu huu!

06 April 2010

JB-Sg.Buloh-Gerik-P.Hulu

Salam.

DS baru aje balik dari sebuah perjalanan yang paling jauh.. untuk setakat ini. Gerik yang terletak di hulu negeri Perak sebelah utara Semenanjung Malaysia. Berdekatan aje dengan daerah Pengkalan Hulu (sempadan Yala, Thai).
Mak menakan DS (Cik Ros) telah mengadakan majlis kenduri kahwin sempena menyambut menantu sulung. Anaknya, Khairul Azmi atau dipanggil Own bertemu jodoh dengan orang Ipoh, Aisyah.


DS bawa Aiman dan Insyirah aje sebab Afifah terlibat di dalam persembahan nasyid untuk majlis Maulidur Rasul anjuran masjid. Manakala cik abang pula menyertai karnival sukan antara majlis-majlis bandaraya semalaysia di Melaka (badminton). Walaupun tersingkir pada pusingan awal, dia tak pulang dengan tangan kosong sebaliknya dapat hadiah cabutan bertuah.. hehe!


Di Gerik, kami menginap di Rumah Rehat dengan kadar RM70.00 semalam. Selepas habis majlis, kami adik-beradik berpakat nak ke Pengkalan Hulu sekadar untuk melihat-lihat sambil mendapatkan barangan cenderahati yang dijual di The Zon (sempadan Msia-Thai). Malang sekali kami sampai di situ pada 6.30 petang dan kompleks ditutup pada 7.00 petang. Masing-masing kelam-kabut mencapai apa aje barangan yang berkenan.
Dalam begitu, sempat juga bertandang ke rumah rakan penulis, Cik Tanne @ Zahidah yang kebetulan pulang ke kampungnya di Pengkalan Hulu. Wah, tak sangka sama sekali kami disambut dengan hidangan laksa! DS puas hati sebab tak sia-sia berjalan jauh dan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Tanne atas layanan istimewa sepanjang berada di kediamannya.

Untuk pasangan mempelai dan seisi keluarga Cik Ros pula, DS ucapkan selamat pengantin baru dan selamat menyambut menantu, semoga berkekalan ke akhir hayat.. Amin!

30 March 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Insyirah dan DS di majlis maulidur rasul bersebelahan tabika.
Insyirah dan kumpulan nasyidnya sedang menunggu giliran persembahan.
Wow, sedapnya! Minuman yang disediakan beraneka warna dan rasa. Nasi minyak pula disediakan berdulang, sambil makan siap bersembang-sembang.. bergossip-gossip.. whoopss! (Perihal anak-anak aje tau!)
Persembahan nasyid oleh kanak-kanak tabika, Kumpulan Az-Zahra.
Gambar ni tak ada kena-mengena pun dengan majlis maulidur rasul tapi DS tampal aje sekali di sini sebab didownload dari kad memori kamera. Inilah hasil tangkapan cik abang dan team memancingnya tempohari. Cik abang bawa balik 2 tong, sebahagian dimasak dan selebihnya diagih-agihkan kepada saudara-mara dan jiran-tetangga.

30 December 2009

Dia Pergi Jua

Assalamualaikum sahabat DS semua? Semoga kalian berada di dalam rahmat Allah swt. DS di sini ingin memohon maaf sebab dah lama tak membalas lawatan ke blog sahabat, bertegur sapa atau bertanya khabar.
DS baru sahaja kehilangan mak mentua tersayang pada Sabtu lepas, 9 Muharam 1431H. Agak terkilan juga kerana tak sempat nak berada di sisinya ketika nyawanya di ambang sakaratul maut. Namun begitu, kami tiba di kampung 2 jam selepas itu dan berpeluang menguruskan jenazah arwah bersama-sama jiran tetangga.
Dalam beberapa hari ini, kerinduan makin menambat sukma. Bagaikan terdengar-dengar suaranya sedang rancak bercerita. Hmm.. senyuman manis sentiasa kekal di wajahnya biarpun sedang dikafankan. Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan dijauhkan siksaan kubur, amin!

Gambar kenangan sewaktu Syawal 1430H

22 December 2009

2112

Salam semua, rakan-rakan yang sangat DS rindui! Lamanya tak tampal N3 baru.. sebetulnya DS sibuk dengan karnival sukan yang baru-baru ini diadakan di MRSM, Muar dari 17.12.2009 hingga 20.12.2009. DS menyertai acara karom wakil pasukan ibu pejabat. Setelah berhempas pulas (cehwah!) akhirnya, pasukan DS dapat tempat ke3 manakala kontigen ibu pejabat masih lagi mengekalkan kejuaraan untuk peringkat keseluruhan. Dah buat di Muar tu, dapatlah DS singgah ke kampung mentua. Cik abang DS bersama anak-anak juga berada di Muar dan kami pulang ke JB pada Ahad malam.

Tarikh 21 Disember sangat istimewa kerana merupakan hari ulang tahun perkahwinan DS. Alhamdulillah, sepanjang 13 tahun ini, kami sangat bahagia. Apatah lagi, dikurniakan 3 orang cahaya mata yang sihat tubuh badannya, sempurna akal fikirannya dan manja-manja belaka. Semoga Allah SWT menyatukan jiwa kami dunia dan akhirat sebagaimana petikan kata-kata yang DS tampal di sini...

Mungkin juga 13 tahun masih terlalu muda. Perjalanan hidup masih panjang, takdir Ilahi tidak terduga oleh akal fikiran. Apa-apa pun jua bentuk rintangan yang bakal mendatang, DS pohon kepada Allah SWT agar diri kami suami-isteri tetap tabah dan redha.

DS nak ambil peluang di sini untuk menyampaikan penghargaan kepada suami DS yang baik hati, penyayang dan sangat memahami terutama ketika perhatian DS lebih tertumpu kepada dunia penulisan. Malah, dah banyak kali juga dia mengorbankan masanya untuk menghantar DS ke bengkel penulisan dan pesta buku di PWTC.
Sesekali tu pernah juga berselisih pendapat namun, tidak menjejaskan perhubungan kami. Melayari bahtera perkahwinan memang tidak semudah yang disangka. Dahulu, DS sendiri amat takut nak serius dengan lelaki namun, setelah mengenal hati dan budi serta kaum keluarganya, DS redha dan pasrah kepada ketentuan Allah SWT.
TERIMA KASIH KEKASIH, CIK ABANG SAYANG! SAYANG-SAYANG SELALU!

05 December 2009

Mabuk FB

Salam. Dah lama juga tak coret-coret di ruang ini. Semuanya gara-gara FB! Begitulah teruknya penangan FB ini kepada diri DS hingga payah nak tinggalkan pc. Setiap detik asyik ingat FB. Kalau boleh ke mana-mana nak berkepit dengan FB. Sanggup tak makan atau minum, malah tak rasa lapar pun! Tahu-tahu dah petang, nak balik kerja pun rasa bercinta! Padahal, baru sebulan aje DS aktifkan diri dengan FB!

Virus FB ini sungguh dahsyat malah telah menular ke setiap orang dengan begitu cepat. Sana-sini orang bercakap tentang FB. Jika tak ada FB, konon tak bestlah! DS terpanggil nak daftar FB pun sebab jiran baru DS tu yang ajak. Anak DS sendiri pun suruh! Siapa lagi kalau bukan Aiman.

Jangan tak percaya, minggu ini DS cukup terpukul bila tiba-tiba access ke FB kena block. Bukan setakat itu aje, YM, gmail, yahoo mail, ebuddy, meebo dan segala macam benda yang bersangkutan dengan aktiviti buang masa dan tak berfaedah telah ditarik balik oleh pihak IT! Bayangkan...

Maka, kawan-kawan jangan gusar sekiranya DS tidak muncul di mana-mana. Dunia ini ibarat roda, ada masa di atas, ada masa di bawah. Redha aje. Sebenarnya DS taklah taksub sangat dengan FB dll, namun tak dapat dinafikan laman-laman web ini amat penting dalam mengeratkan ukhwah. Sebagai contoh, baru-baru ini DS bertemu kembali geng-geng sekolah yang terpisah lebih 20 tahun!

Dari situ, kami boleh berbicara dan berkongsi cerita di samping mengetahui perkembangan hidup antara satu sama lain tak kiralah tentang akademik, kerjaya mahupun famili. Yang lebih seronok, mereka bagaikan tak percaya DS ni dah bergelar penulis!

Apabila kita melangkah ke era siber, semua maklumat dah tersedia di hujung jari. Lebih mudah rasanya untuk kita berhubungan dengan lebih mesra di alam maya berbanding di alam realiti memandangkan perhubungan berlainan jenis agak terbatas dan sangat tak digalakkan dalam agama.

Okey, apa-apapun DS tetap bersyukur kerana masih boleh melayan FB dll di rumah meski masa tidak cukup. DS akan cuba luangkan sedikit masa untuk membalas mesej dan melawat FB kawan-kawan pula.

Akhir kata, DS nak ucap 'Selamat pengantin baru kepada puteri Kak Aina Emir, Laila Hana. Semoga berbahagia dunia dan akhirat.'

13 November 2009

Minggu Yang Betul2 Sibuk

Salam. Dah lama juga DS tak coret sesuatu di ruang entri ini. Hari ni dah Jumaat, esok dah hujung minggu. Banyak sungguh perkara yang berlaku, kejadian gempa, kemalangan, ribut, banjir dan lain-lain. Mujurlah musibah banjir yang berlaku di kawasan persekitaran Sg Golok dah mulai pulih.

Tak lama lagi, para pelajar kita akan menghadapi SPM. Harap-harapnya, mereka semua dapat menjawab dengan tenang berbekalkan ilmu yang ada di dada biarpun buku-buku dan nota-nota dah musnah dek banjir!

Hujung minggu lalu, tiba-tiba aje anak saudara sebelah cik abang telefon DS. Kalau sebelah cik abang ni semuanya dah besar panjang malah dah kahwin dan ada anak pun! Kiranya, sekarang ni DS dah ada 3 orang cucu saudara; 2 perempuan dan 1 lelaki.

Kisahnya, mereka nak buat makan-makan ala BBQ di rumah DS! Semuanya mereka dah siapkan, sate, ketupat, ayam, bihun goreng, dan laksa kedah. DS? Cuma diarahkan masak nasi putih dan bancuh air minuman. Untuk pencuci mulut, DS tambah buah tembikai.

Seronoklah juga sebab suasana rumah DS tu berubah sama sekali! Kalau tak, sunyi aje... ditambah dengan keletah cucu lelaki DS bernama Adi Putra. Alahai... gambarnya tak ada pulak, nanti DS nak minta dengan anak saudara DS tu yang kini berkhidmat di pejabat imigresen. Esok-esok, DS akan tampalkan di sini sebagai kenang-kenangan.

Sedikit-sebanyak, kehadiran mereka dapat juga meredakan kerunsingan DS tahap yang paling kritikal. Manakan tak, dahlah kerja di pejabat banyak tak settle, kena pulak kejar dengan editor pasal lukisan tak siap. Lagi satu, surat yang dinanti tak kunjung-kunjung tiba... haru!

Petang Rabu lepas, DS baru terima surat tersebut dan tawaran mereka due pada hari yang sama!!! Kelam-kabut DS jadinya, macam-macam nak kena buat. Call sana, call sini. Fax sana, fax sini. Bila dah fax tu, ingatkan dah boleh tarik nafas, rupa-rupanya tak! Hmm... bak sepatah kata arwah TS P.Ramlee, "Cobaan!"

Hmm... bukan senang nak senang DS oii, sabar ajelah! Insya-Allah, mudah-mudahan segala urusan berkenaan surat itu akan selesai dengan jayanya, Amin!

Promosi hebat Kedai Buku Popular ;

POPULAR MEGA BOOKFAIR
EXPO @ DANGA CITY MALL
26 NOV - 6 DEC 2009
10.00 am - 10.00 pm

23 October 2009

Majlis Penutup Syawal

Gamatnya, Finance Dept!

1 unit ; (diri) DS n Ani (duduk) Kak Lin n Kak Nozi...

Terima undangan CPD pada hari yang sama,



Antara menu kami yang menjadi tumpuan...Dalam sibuk-sibuk melayan tetamu, sempat lagi memotretkan diri!

13 October 2009

Sambutan Ofis Terbuka

Gambar dirakam sebelum sambutan bermula. Menu tahun ini; Nasi Briyani Tambus, Sate, Kambing Golek, Mi Bandung Muar, Western Food, Laksa Johor, Ketupat, Lemang, Burasak, Aiskrim, ABC & Air Buah Mata Kucing.

Sempat lagi bergambar di hadapan gerai kami, Nasi Briyani Tambus. Saat ini, asap dari gerai sate dah tak dapat dikawal lagi lalu mengaburi segenap ruang.
Sebahagian staf bersama AGM (our big boss), gambar dirakam selepas majlis sebagai kenang-kenangan.
Antara menu tradisi yang menjadi pilihan kami, burasak. Terpaksa makan ala kadar aje kerana terlalu sibuk melayan tetamu di gerai.
Saban tahun kalung bunga berbentuk pintu gerbang yang menghiasi laluan dari pintu bangunan utama ke ruang sambutan, sering kali dijadikan latar belakang dalam potret kami. Karpet merah lagi!

12 October 2009

Rumah Terbuka

Salam semua. Mood raya masih terkesan di sana sini malah menjadi punca kesesakan di lebuhraya! Nampaknya, tahun ini berlumba-lumba orang menganjurkan rumah terbuka. Niatnya pun baik, untuk merapatkan silaturahim antara saudara-mara dan sahabat handai. Sambil-sambil menjamu selera, kita saling bertukar cerita mengenai rumah tangga, kerjaya, anak-anak dan banyak lagi.

Pada hari Sabtu, 3 Okt yang lalu, DS bersama 2 orang puteri telah pergi ke rumah rakan penulis, Syima Syawal yang baru sahaja tampil dengan karya terbarunya, Dari Mata ke Hati terbitan Fajar Pakeer. Petang itu, hujan turun mencurah-curah di kawasan Pasir Gudang. Oleh sebab sejuk dan kantuk, Insyirah tertidur di dalam kereta. DS dijamukan dengan hidangan istimewa dan bertemu pula dengan seorang lagi rakan penulis, Rina Farizq yang kini sarat mengandung anak kedua.

Kalau ikutkan memang tak puas berborak (dan makan) namun, DS terpaksa mengundur diri kerana mahu pergi ke rumah adik lelaki DS yang kebetulan berada di taman perumahan yang sama. Malam itu, ada majlis marhaban di lorong rumahnya. Sedar tak sedar, hari dah makin larut malam dan DS mula bergerak ke sebuah destinasi yang lain pula, rumah abang ipar yang terletak di Kpg Melayu. Mujurlah masih ada baki makanan; sate, ayam bakar dan spagetthi. Itupun dapat jamah sedikit aje sebab badan dah tak larat sangat!

Hari Ahad, 4 Okt DS tidak ketinggalan mengadakan rumah terbuka. Biarpun secara ringkas, ia tetap meriah. Yang seronoknya sebab masak sendiri. Beberapa hari sebelum, DS dah mula mengunting lada kering dan mengupas bawang besar. Kemudian, awal-awal pagi DS pergi ke rumah abang ipar dan masak bersama-sama kak ina, kak esah, adik ipar dan anak saudara.

Semua masakan siap sekitar pukul 12 tengahari. Anak saudara DS, Ezza siap buatkan kuih talam dan bancuhkan air minuman sekali. Syukurlah ada anak saudara yang boleh diharap! Kalau anak sendiri ni, hmm... main aje yang lebih cuma Afifah seorang aje yang dah mula mahu membantu di dapur.

Hati mula rasa kembang-kuncup apabila rakan dan jiran DS mula berkunjung. Takut juga jika persiapan DS tak seberapa. Maklumlah, pertama kali buat majlis rumah terbuka. Pun begitu, alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Jiran-jiran berlainan bangsa dan agama juga sudi datang ke rumah. DS rasa terharu sangat! Malah, mereka siap menghulurkan paket merah. Pada mulanya, DS tolak dengan baik namun menurut mereka, itu adalah adat mereka jika datang ke rumah orang lain sebagai tanda penghargaan.

Nampaknya cerita rumah terbuka tak habis lagi dan bersambung ke hujung minggu yang lalu...

Sabtu 10 Okt, rakan sekerja DS jemput ke rumahnya di Taman Mawar, PG. Dari sana, DS pulang di dalam keadaan tergesa-gesa kerana dah berjanji dengan Syima Syawal yang mahu singgah ke rumah DS dari rumah rakannya. Oleh kerana lebuhraya sesak, DS tiba agak terlewat sedikit dan syukur Syima sanggup menanti di hadapan rumah. Maaf ya Syima, harap awak tak serik ke rumah kita lagi... Alahai, kelam-kabut dibuatnya gara-gara rumah terbuka!

02 October 2009

Sana-Sini di Aidil Fitri

Salam 12 Syawal kepada semua rakan taulan tak kira walau di mana sahaja kalian berada. Maaf zahir batin ya, andai masih ada kesilapan yang terlupa diambil kira dan DS tahu, pasti ada yang tak puas hati bila DS tak membalas lawatan ke blog.

Hmm... maaf banyak-banyak ya! Sekarang ni pun, DS dah jarang kemaskini blog. Memang tak sempat! Lebih-lebih lagi jika bercuti panjang, masuk pejabat kerja dah menimbun-nimbun menanti di inbox mail. Malahan, apabila kotak tersebut penuh, ada e-mel yang hilang dan DS terpaksa hubungi semula pengirim e-mel agar mereka dapat mengirimnya sekali lagi.

Begitulah, selagi tak siap, hati tak senang. Tambah risau jika ada pelanggan yang mula mengadu transaksi pembayaran mereka masih tidak dikemaskini. Alahai... nak buat macam mana? Bila tiba hari raya Aidil Fitri, semua orang bercuti panjang termasuklah DS sendiri!

Tahun ni, DS sekeluarga menyambut raya di rumah abah sebab semua adik-beradik dah sepakat nak berkumpul di situ. Juga atas permintaan anak-anak DS yang dah lama benar tak bertemu dengan sepupu-sepupu mereka.

Sebelah petangnya, DS menziarahi pusara arwah mak dan mak saudara. Pening juga nak mengesan kedudukan sebenar pusara mereka sebab kawasan perkuburan yang dah penuh sesak. Namun, syukurlah ketemu juga akhirnya. Kemudian DS kembali ke rumah, panas-panaskan lauk sebab abah dan semuanya nak beraya.

Esoknya, DS balik kampung mentua di Muar. Sekarang ni, bukan Muar lagi sebab Bukit Kangkar dah masuk ke dalam daerah baru iaitu Ledang. Rasa sungguh terharu apabila mencium tangan mak mentua yang kini uzur. Pun begitu, dia masih lagi boleh berbual dengan rancak. Ingatannya memang bagus, kalau kena dengan gayanya, tak tidur malam jawabnya!



Hari berikutnya, DS sekeluarga bertolak ke utara pula. Sebenarnya, dah lama DS pasang niat nak menziarahi sanak-saudara yang berada nun di sana. Dah terlanjur tu, kami merancang ke Langkawi selama beberapa hari. Budak-budak yang sibuk, kononnya dah lama tak makan angin. Lagipun, Aiman baru habis UPSR dan secara kebetulan ulang tahun kelahirannya jatuh pada 21 Sept.!


Pulau legenda ini masih tetap nyaman dan indah serta menyimpan seribu kenangan buat DS dan suami. Setelah hampir 13 tahun, barulah diberi kesempatan untuk mengimbau kembali detik-detik kebahagiaan yang dikecapi bersama dari dahulu hingga kini, syukur alhamdulillah!


Insyirah sempat bergaya di Teluk Burau, sebuah pantai awam yang masih terpelihara kebersihannya. Cukup tenang dan damai untuk membuang penyakit 'tension' di ruang kepala... \~_~/. Airnya yang hijau menggamit segala deria rasa. Sampai tak nak berganjak waima malam mula mengusir siang.

Setiap hari, ada sahaja tempat menarik yang kami kunjungi seperti Langkawi Cable Car di Gunung Mat Cincang, Underwater World di Chenang, Telaga Tujuh, Padang Matsirat dan banyak lagi.

.

Sebelum balik ke JB, sekali lagi ke rumah mentua. Bukannya apa, maklumlah bila dah mula bertugas dan anak-anak bersekolah, tak dapatlah nak jengok mak mentua selalu. Sempat juga DS masakkan untuknya asam pedas ikan tenggiri, ikan kembong goreng, sayur buncis rencah udang.

Petang Ahad itu, kami terperangkap dalam kesesakan lebuhraya dan tiba di JB sekitar pukul 8 malam.

Malam Rabu lepas, ada majlis marhaban di kawasan perumahan kami. DS cuma sediakan air dan kuih-muih. Ramai juga yang datang termasuklah anak-anak jiran. Biasalah kan, nak apa lagi? Tentulah mereka nak duit raya! Hihihi...

Sementara menunggu kunjungan kumpulan marhaban ke rumah, Afifah menyiapkan kerja sekolahnya.

Akhir sekali, DS nak menjemput kalian ke rumah DS yang tak sepertinya ini... No.1, Jln KI 3/5, Tmn Kmps Indh. Insya-Allah, petang Ahad 4 Okt. DS akan mengadakan jamuan seadanya. Sudi-sudikan, ya!

p/s: Gambar dari hp aje sbb abg terclear memory card kamera... huhu!