"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Showing posts with label E-Karya. Show all posts
Showing posts with label E-Karya. Show all posts

14 August 2010

Lea & Bell 1

BELL melangkah longlai masuk ke ruang dapur sebaik sahaja usai mendirikan solat Isyak. Seluruh anggota tubuhnya terasa tidak bermaya akibat keletihan. Ingin sahaja dia merebahkan dirinya di tilam empuk sebaik sahaja bersolat tadi. Namun, panggilan perut perlu diutamakan dahulu daripada panggilan mata.
Dua orang adik bersama emaknya sedang sibuk menyiapkan hidangan di atas meja. Set pinggan putih dari jenama Arcopal bercorak bunga-bunga besar tersusun elok di hujung meja sebelah kanan.
Zaiton menoleh ke arahnya lalu melemparkan senyuman tika melihat kelibatnya di situ.
“Duduk Bell,” arahnya.
Tanpa bersuara, Bell terus duduk di atas kerusi yang terletak di kepala meja kerana di situ sudah tersedia pinggan yang berisi nasi panas. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa makan sebelum memulakan suapan.
“Tambah lagi, Bell. Malam ni, ibu masak paling istimewa.” ucap Zaiton kepada anak bujangnya.
Sebetulnya, dia berasa senang hati apabila melihat anak-anaknya dapat berkumpul di rumah dan menikmati makan malam bersama-sama. Walaupun tidak semua. Yang ada cuma Bell, Hani dan Hana sahaja. Manakala dua orang lagi anaknya sudah memiliki keluarga sendiri.
“Hemm... patutlah luar biasa sedapnya!” puji Bell. Dari luar rumah lagi, dia sudah menyedut aroma Nasi Tomato masakan ibunya.
Si kembar, Hani dan Hana turut menikmati makan malam bersama. Mereka juga kelihatan letih seperti dirinya. Wajah masing-masing tidak bermaya. Maklum sahajalah baru pulang dari asrama. Mana sama tinggal di asrama dan di rumah sendiri!
Butir-butir nasi yang disuap ke dalam mulut terasa berpasir sahaja. Sebab itu Bell menceduk kuah dalcar banyak-banyak agar nasi itu terendam sama dengan kuah. Lebih mudah untuk dia menolak masuk makanan itu terus ke ruang halkumnya.
Bell tersenguk. Hampir-hampir mukanya berdentum ke pinggan!
“Bell!” panggil emaknya.
Bell tersentak. Dia menoleh ke sebelah kanan, mata emaknya sudah mencerlung. Hani dan Hana pula tersengih-sengih.
Memang sebiji macam kerang busuk! Bell bergumam-gumam.
Sudah menjadi rutin, setiap kali tiba musim cuti semester, Bell akan ditugaskan untuk mengambil si kembar itu yang sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Gebeng, Kuantan. Perjalanan selama lima jam jika digandakan sudah menjadi sepuluh jam. Bell sendiri tidak sempat hendak melepaskan penat. Selepas mengambil mereka, dia terus memandu pulang.
Hari ini dia mengajak salah seorang rakan baiknya, Shauqi sebagai teman berbual agar dia tidak bosan dan juga dapat menghindarkan diri dari rasa kantuk. Bahaya tu! Nasib baiklah Shauqi agak kelapangan pada cuti hujung minggu ini. Rakan baiknya itu pasti tidak akan menolak jika diajak berjalan ke mana-mana. Bagai pucuk dicita ulam mendatang.
Sampai di Kuantan, Shauqi pasti akan mengajaknya pergi ke Beserah kerana dia hendak memborong keropok lekor segar yang baru sahaja direbus. Panas-panas lagi! Selain itu, dia turut membeli sata untuk dimakan dalam perjalanan balik.
Rakannya itu seorang penggemar makanan pantai timur sementelah dia juga sebenarnya berasal dari sana. Kedua-dua orang tuanya sudah lama meninggal dunia. Justeru, dia berhijrah ke ibu kota untuk mencari rezeki.
Bell mengenali Shauqi sewaktu mereka menjalani latihan praktikum. Walaupun belajar di berlainan kolej, mereka telah ditempatkan di bank yang sama. Selepas tamat pengajian, peluang Shauqi agak cerah kerana terus ditawarkan bekerja di bank itu sebagai pekerja sementara.
Sedangkan Bell, tidak berminat menerima tawaran yang sama kerana dia lebih suka bekerja sendiri daripada terikat dengan tugas-tugas seharian yang sama sahaja pada setiap hari. Dia tidak mahu jasad dan rohnya terperangkap di dalam situasi yang amat menjemukan. Bagaikan mengalami dejavu iaitu berulang-ulang kali melakukan perkara yang sama.
Semenjak dari umur lima belas tahun lagi, dia bercita-cita hendak menubuhkan syarikat runding caranya sendiri. Setidak-tidaknya, dia mahu mencari rakan niaga yang boleh dipercayai terlebih dahulu. Berbekalkan ijazah dan sedikit pengalaman, dia amat yakin cita-citanya akan tercapai.
Dalam masa yang sama, dia juga turut membantu ayahnya, pemilik kedai perabot jati di Bandar Baru Sungei Buloh. Kalau tidak, kering-kontanglah poketnya! Boleh jadi dia mati kutu... Kutu kepada segala kutu!
Sebetulnya, dia dah tak sanggup nak menyusahkan kedua-dua orang tuanya lagi. Cukuplah pengorbanan mereka selama membesarkannya lebih dua puluh tiga tahun yang lalu. Lagipun, dia seorang sahaja anak lelaki. Waris yang paling kuat.
Siang-siang lagi, ayah dah menamakan dia sebagai pemegang amanah kepada segala harta pusaka keluarga. Sungguhpun harta pusaka itu tidak seberapa kerana sebahagiannya masih menjadi gadaian kepada pihak bank seperti tanah dan rumah keluarga.
Bell sedar, tanggung jawabnya sungguh berat dan besar. Selain itu, dia juga mestilah sentiasa memegang prinsip amanah, jujur dan adil agar hak setiap anggota keluarganya terbela.
Bantuan Bell bukan setakat tentang perniagaan malah semua urusan kehidupan keluarga; menghantar emaknya ke pasar atau klinik jika dia tidak sihat, tolong uruskan pembayaran bil-bil utiliti untuk rumah dan kedai, ansuran lori dan kereta serta memastikan kawasan luar rumah banglo mereka sentiasa kemas dan bersih.
Begitulah sebahagian daripada rutin sehariannya. Sentiasa sibuk biarpun, masih lagi hidup membujang. Hanya dia seorang sahaja yang masih setia dan tinggal di rumah itu bersama ayah dan ibu. Kakak kembarnya sudah mempunyai keluarga sendiri.
Kak Halilah sekeluarga menetap di Melaka. Manakala Kak Halidah sekeluarga pula tinggal tidak jauh dari kawasan rumah ini iaitu di sebuah taman perumahan.
Adik kembarnya, dari tingkatan satu lagi sudah menetap di asrama penuh. Keputusan akademik mereka sentiasa cemerlang dan buktinya, mereka berdua kini tinggal di asrama kolej. Masa cuti panjang sahaja, mereka ada di rumah. Itu pun, tak lekat lama. Sekejap ke rumah Kak Halilah, sekejap ke rumah Kak Halidah.
Yang lecehnya, setiap kali adik-adiknya pulang bercuti, dia yang akan ditugaskan untuk mengambil mereka. Sementelah ayahnya sibuk menguruskan perniagaan terutama pada hari hujung minggu.
Kemudian, dia juga yang akan menghantar mereka semula apabila semester baru dibuka. Semenjak si kembar duduk berjauhan, rumah ini menjadi sunyi-sepi seperti dilanggar garuda.
“Ayah mana, bu?” Bell bertanya setelah diam agak lama disebabkan melayan perasaan sendiri. Juga terlalu ralit menikmati nasi tomato di dalam pinggannya. Dia suka sekali meratah ayam masak merah itu, hmm... sedapnya!
Bell mengangkat muka dengan sekilas. Emak dan dua orang adiknya diam sahaja sambil mengunyah makanan. Suasana di rumah itu tetap sunyi seperti biasa dan hanya meriah tatkala anak-anak saudaranya berada di situ.
“Belum balik dari masjid. Ada mesyuarat, katanya tadi.” Zaiton mahu menambah nasi tomato ke dalam pinggan Bell tapi pemuda itu melarang.
“Cukuplah bu, kalau dah kenyang sangat, Bell tak boleh tidur pulak! Dah letih sangat ni,” tolaknya. “Esok pagi, ibu panaskan balik nasi dan lauk-lauk ni, boleh dijadikan sebagai sarapan.”
Hani dan Hana saling tolak-menolak dengan menggunakan siku seperti ada sesuatu yang sedang digaduhkan. Mereka berbisik-bisik di antara satu sama lain kemudian tersengih-sengih pula.
“Kenapa dengan kamu berdua ni? Tersengih-sengih macam kerang busuk,” ujar Zaiton.
“Err... tak ada apa-apa, bu.” Cepat-cepat mereka membalas.
“Bisik-bisik macam tu mesti ada apa-apa ni?” duga Bell pula.
Hana dan Hani tersipu-sipu apabila ditegur begitu.
“Abang,” panggil Hani.
“Saya.” Bell menyahut dengan selamba kerana sudah dapat menghidu hasrat mereka berdua.
“Esok, kami nak pergi cari barang di SACC Mall.”
“Oh, okey!” balas Bell dengan spontan.
“Betul ni?” soal Hana pula seperti tidak percaya.
“Habis tu? Kepada siapa lagi Hani dan Hana nak minta tolong, kan?” tempelak Bell kemudian bersendawa. “Alhamdulillah!” lafaznya.
“Hehehe!” Mereka tergelak dengan jawapan yang spontan itu.
“Tapi... dengan satu syarat!” tambah Bell.
“Erk!” Hani dan Hana terkejut.
“Minta izin daripada ayah dan ibu dahulu. Terutama ayah sebab abang tak boleh guna kereta sesuka hati. Itu bukan kereta abang tau!”
“Alamak! Susahlah kalau macam ni... Abang! Abang tolonglah beritahu ayah,” gesa Hani. Hana mengangguk-angguk, menyokong Hani.
“Eh, dah awak orang yang nak keluar, kenapa abang pulak yang kena mengadap ayah?”
“Abang kan, baik!” Hana cuba membodek abangnya.
“Semua orang tahu... Abang kan, anak kesayangan ayah!” tambah Hani.
Zaiton menggeleng-gelengkan kepalanya, tiga beradik ini memang suka bercakap lepas. Mereka bukan pandai menyimpan rahsia. Jika ada apa-apa perkara yang berbangkit, mereka gemar membincangkan bersama-sama. Namun, jauh di sudut hatinya dia bersyukur. Kesemua anak-anaknya telah membesar dengan sihat dan berjaya dalam pelajaran.
“Tolonglah Abang Bell, kami takut!” ujar Hana dengan wajah yang cemberut.
“Pasal apa kamu nak takut?” celah emak mereka pula.
“Mereka takut kena marahlah, bu! Belajar malas, asyik main aje.” Bell menyampuk. Setelah mencuci tangan dan pinggan di singki, dia duduk semula dan meneguk segelas air suam.
“Abang, waktu belajar, kami belajarlah!” jelas Hani.
“Tengok, dah pandai menjawab!” sergah Bell.
“Bukan bang, Hani minta maaf. Hani dan Hana cuma nak beli buku dan alat tulis di SACC. Sambil-sambil itu, kami dah lama tak pergi makan di luar. Dulu-dulu, ayah selalu bawa kita semua makan-makan di luar tapi sekarang, ayah sibuk. Setiap kali balik dari asrama, kami hanya terperap di rumah.”
“Amboi, sejak dah besar ni, dah pandai komplen, ya? Cuba kamu berdua tengok Abang Bell, walaupun dia disuruh itu-ini, dia diam aje. Tak pernah nak membantah, jauh sekali nak komplen macam kamu ni!” Zaiton mula membebel-bebel. Dia kesal dengan sikap dua orang anak remajanya itu yang hanya mementingkan diri sendiri.
“Tapi ibu...” bantah Hana.
“Tak ada tapi-tapi, kamu berdua duduk dulu!” arahnya.
Hani dan Hana terpaksa duduk semula di meja makan, mendengar leteran emak mereka sehingga habis. Dan awal-awal lagi, Bell sudah mengangkat punggung untuk melarikan diri. Bukannya dia tak suka mendengar pujian emaknya itu, tapi dia malas nak dengar si kembar saling bertingkah.
Kesian ibu! Budak-budak sekarang, bukannya tahu menjaga perasaan orang yang lebih tua. Mereka hanya tahu nak berseronok sahaja, desisnya sendiri.
Bell merebahkan tubuhnya di atas kerusi malas di ruang rehat sambil menonton TV skrin leper. Sekejap aje. Beberapa detik selepas itu, TV skrin leper itu pula yang menonton dia!
***Jika ada komen sila suarakan di chat box.. Tkasih!

06 March 2009

Karya Sekerat Jalan


“Baby, kau cari apa kat sini?” Fifi menegurnya setelah melihat dia seperti tercari-cari sesuatu barang.
Kedatangan mereka ke UO itu hanyalah sekadar mencari barang-barang perhiasan untuk diri mereka tetapi semenjak dari tadi, Baby kelihatan hanya berlegar-legar di kawasan pakaian untuk lelaki. Sampai Fifi dan Amy naik pelik dengan perubahan sikap Baby sejak akhir-akhir ini.
“Fifi, Amy, cuba kamu berdua tengok tie itu, cantik tak?” Baby memuncungkan bibirnya ke arah tali leher yang tergantung kemas di dalam rak cermin di satu sudut pasaraya UO.
“Cantik tu... memanglah cantik tapi... kau nak buat apa dengan tali leher itu?” soal Fifi pula dengan kening yang berkerut-kerut.
“Aku... aku nak buat hadiah,” jawab Baby dengan teragak-agak.
“Kau nak hadiahkan kepada siapa? Baik kau cakap, sebelum ini, kau tak pernah pun cerita pasal boyfriend-boyfriend!” ugut Fifi.
“Iyalah Fifi, mati-mati aku ingat si Baby ni, anti lelaki! Manakan tak, apabila si Muiz cuba mengorat, dia buat sombong aje! Aku agak-agak, boyfriend Baby ni tentu dah berkerja... mungkin sebagai eksekutif ataupun seorang pengurus,” becok mulut Amy mengasak Baby dengan pelbagai andaian.
Namun, gadis yang berwajah bujur itu hanya diam membisu. Selamba sahaja dia membiarkan dua orang rakan baiknya itu termangu-mangu tanpa komen lanjut.
“Hisy teruk betul kau ni Baby, dengan kawan sendiri pun tak nak cerita!” bentak Amy lagi, dia berpura-pura merajuk.
Fifi hampir tergelak melihat wajah Amy yang mencuka itu. Buruk!
“Eleh... itupun nak merajuk! Kamu berdua tak perlu risau, lambat-laun akan ketahuan juga,” Baby tersenyum melirik. Bahagia sungguh kerana telah berjaya membuat Amy dan Fifi berada dalam ‘zon tak selesa’.
Bukan sehari dua mereka berkenalan, malah semenjak dari sekolah rendah lagi! Selama ini, mereka bertiga tidak pernah menyimpan rahsia. Malah, mereka pernah melafazkan sebuah ‘akujanji’, segala kisah hidup yang dialami dalam zaman remaja ini akan dikongsi bersama... suka dan duka.
“Baby, tak boleh ke beritahu sekarang?” desak Amy. “Buat suspens aje!”
“Ada masanya, kita perlu simpan rahsia peribadi, barulah ada gimik, betul tak Fifi?” tutur Baby, sebelum dia berlalu ke kaunter yang berhampiran untuk meminta bantuan.
“Suka hati kaulah Baby, asal kau tak menyusahkan orang!” jawab Fifi.
“Mana boleh macam ni?” bentak Amy, dia masih tidak berpuashati. Wajahnya keruh.
“Relaxlah, Amy!”
“Tapi... kita kan, dah janji, tiada rahsia antara kita!”
“Betul tu, tapi... dekat sini tak sesuai untuk kita bercerita tentang hal-hal peribadi seperti itu, faham?”
“Haa, kenapa pulak?”
“Eiii... kau ni dah hilang akal ke, dah ada penyakit alzhimer ke? Tak faham-faham bahasa!” ceceh Fifi.
“Err... maaf, Fifi! Aku cuma tak puas hati aje. Kau tak perasan ke, semenjak akhir-akhir ini, Baby dah jauh berubah?”
“Aku perasan tapi... kita kena faham dan jaga perasaan dia. Sampai masanya, dia pasti akan membuka cerita itu. Kita tunggu aje, okey?”
“Okey!”
Sementara itu di kaunter, Baby masih berurusan dengan pekerja UO yang sedang bertugas.
“Miss, ambilkan yang berwarna maroon tu, bungkuskan sekali ya,” tunjuk Baby ke arah barang yang dihajatinya.
Gadis berbangsa Tionghua itu mengambilnya dengan berhati-hati lalu diserahkan kepada Baby untuk pemeriksaan lanjut. Dia perlu berbuat begitu sebelum pelanggannya betul-betul berpuashati kerana selepas membuat pembayaran, barang tersebut tidak boleh dikembalikan.
Baby membelek ala kadar sahaja. Bukannya dia ada pengalaman membeli-belah seperti itu. Apatah lagi, barang-barang yang bukan menjadi keperluan hariannya. Malah, untuk papanya sendiri pun, dia tak pernah!
Papanya seorang ahli korporat. Pakaiannya serba-serbi dibeli di negara luar seperti Paris, Itali dan United Kingdom. Kadangkala, Baby sendiri mendapat tempias. Setiap kali pulang dari luar negara, papanya pasti membelikannya anak patung dari siri kartun kegemarannya seperti Garfield, Mickey Mouse dan Sesame Street.
Jika sudah terlalu banyak, dia akan hadiahkan kepada Amy dan Fifi pula. Mereka bertiga seringkali menukar anak-anak patung. Amy amat meminati anak patung Barbie manakala Fifi meminati anak patung dari siri kartun, Spongebob.
“Helo!”
“Hah?” Baby tersentak, berkecai lamunannya.
“Adik jadi beli tak? Saya nak buka bil ni,” kata jurujual itu terus. Maklumlah, pelanggan lain juga memerlukan bantuannya. Dia tak boleh berdiri sahaja di situ dalam satu-satu masa.
“Okey, saya nak ia dibungkuskan sekali!”
“Boleh, tapi adik beli kertas pembalut, kad dan riben dahulu. Selepas bayar, adik terus pergi ke kaunter hadiah. Mereka akan tolong bungkuskan.” Jurujual itu menunjukkan arah kaunter hadiah yang dimaksudkannya.
“Terima kasih!” ucap Baby seraya mengangguk.
“Sama-sama!”
Baby menghulurkan kad kredit Visa untuk membuat pembayaran. Kad tersebut adalah pemberian papanya jika dia kehabisan wang tunai. Selalunya, dia menggunakan kad itu untuk membayar makanan di restoran makanan segera seperti Pizza Hut atau Imano’s.
Fifi dan Amy mengangkat kening serentak. Sambil-sambil mencuci mata, mereka memerhati segala tingkah laku Baby yang berada tidak jauh dari situ. Kemudian, mereka mengorak langkah dan menghampiri Baby yang sedang menunggu sesuatu di kaunter hadiah.
“Hoi, berangan ke? Dah siap?” soal Fifi.
“Hampir siap! Hari ini, aku belanja kamu berdua makan istimewa sekali!”
“Apa dia?” tanya Amy terus. Perutnya memang dah berbunyi-bunyi minta diisi.“Mama n Papa House!”

25 February 2009

Kata Putus

Dug-dag! Dug-dag! Dug-dag!
Getaran dan debaran mulai bersatu
Meresap jauh ke dalam sukma
Menanti sebuah perutusan
Yang bakal kuterima
Seusainya musim gerhana
Bersediakah aku?
Tegakah aku?
Menghadapi kenyataan
Jika impian yang kuuntai jitu tak tergapai
Jika anganan yang kusulam indah terus tenggelam
Jika khayalan yang kujiwai ini tak bernyawa lagi...
Ya Allah, siapalah aku
Jatuh, bangun dan jatuh, jatuh lagi!
Alah bisa tegal biasa
Kuserahkan diri yang tulus dan kudus ini
Kepangkuan Kun Fa YaqunMu
Sesungguhnya...
Qada' dan QadarMu mengatasi segalanya.

09 January 2009

Kepadamu

Saat ini
Hatiku bergoncang
Persis gunung berapi
Penuh lahar membara
Ingin kumuntah segera
Untuk membuang segala rasa
Suara hatiku terus-terusan
Menjerit resah
Geram!
Sakit!
Marah!
Bengang!
Benci!
Kenapa?

Puas aku renung dan fikir
Seribu soalan yang tiada jawapan
Ini sahajakah caranya?
Anak sekecil ini
Cepat sekali mati
Dalam keadaan begini
Apakah dosanya?
Sengketa disebabkan kuasa
Bom yang buta
Tak kenal mangsa
Dengan begitu mudahnya
Nyawa pun melayang sekelip mata
Wahai 'manusia'
Sedar tak?
Kau ni sebenarnya
Tak layak dipanggil manusia
Malah haiwan pun
Tahu erti kemanusiaan!
Astaghfirullah al-azim
Dengan lafaz Bismillah
Kuutus doa tak putus-putus
Ikhlas dan tulus
Buat mereka semua
Saudaraku jauh di sana...

http://nurazlina.files.wordpress.com/2008/08/qunut-nazilah.jpg


Qunut Nazilah
Terjemahannya:

Ya ALlah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kamu ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah ( 3x ), wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Menggerakkan awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.

Ikhsan,
Ustaz
Biro Pendidikan & Kaunseling, HRA,
Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd. Gurun.

Assalamu alaikum wrt.

Pernah anda mendengar Qunut Nazilah ? ianya dibaca selepas rukuk terakhir sebelum sujud ( masa iktidal ) dalam solat fardu & sunat. Tujuannya memohon pertolongan Allah menghadapi penindasan & kezaliman musuh. Nabi biasa membaca di dalam solat dan semasa peperangan . Boleh dibaca dalam semua waktu solat.

29 February 2008

Entah!

saat aku tercari-cari

diri jadi lelah tak bermaya

tika khabar duka melewati

jendela hatiku disingkap

sesuatu yang tersirat

buntu tak menentu

aku terus memikir

mencari kelogikannya

walau payah aku singkir

ia tetap datang saban waktu

memburu satu jawapan

ataupun jalan penyelesaian

kerana aku khuatir

ia merebak menjadi kudis

susah juga bila dah tahu

lebih baik aku tak tahu

tapi aku gatal sangat nak tahu

kini aku buat-buat tak tahu!

23 January 2008

Puisi Maya Sukma

Sucinya awan bak kapas bergumpalan

Di kelopak maya jingga

Menyulam putih suci dan kebiruan persada

Jaluran emas indah terserlah

Semurni cahaya citra suria

Memberi sentuhan dimensi segar

Satu rasa bernama cinta

Dalam terowong inderaloka

Onak duri tajam berbisa

Ada yang leka, tak buka mata

Ada yang lemas, tak cukup nafas

Yang palsu menjadi rebutan

Yang benar, sengaja ditiadakan

Aku dan kamu

Saling bertingkah tanpa alasan

Penting sangatkah harta dan rupa?

Sungguhpun kita tak lagi mesra

Pencarian ini baru bermula

Kuharap damai tetap ada… ada… ada…



~puisi tergarap dr fenomena yg meletus di sana sini