"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

26 January 2007

Terima Kasih Remaja!

Bidang penulisan saya bermula semenjak tahun 90an lagi di mana ketika itu saya sangat gemar membaca cerpen di majalah Remaja terbitan Karangkraf. Sehinggalah jari-jari ini rasa terpanggil untuk menulis sebuah cerpen sendiri yang diberi tajuk 'Selendang Rindu'.

Di masa itu, kemudahan dan peralatan komputer agak terbatas makanya mesin taip adalah pilihan terbaik untuk saya. Bayangkanlah.. sekiranya tersilap taip, kita perlulah memadamnya dengan sebersih-bersihnya. Kalau nasib tak baik, terpaksalah keseluruhan muka surat itu ditaip semula.

Namun, akhirnya impian saya untuk melihat hasil nukilan itu diterbitkan berjaya juga. Dalam masa beberapa bulan, cerpen itu diselitkan di dalam majalah Remaja. Alangkah bahagianya hidup ini kerana niat saya untuk menjadi penulis bukanlah satu omongan kosong. Saya masih ingat lagi, arwah emak terlalu suka dan bangga sehingga dia buat promosi dan menunjukkan karya saya di dalam majalah itu kepada rakan2 dan jiran-tetangga.

Alhamdulillah, rakan2 sekerja juga telah banyak memberikan kata-kata perangsang sekaligus mereka juga suka membaca karya saya itu dan tidak sabar-sabar menanti novel sulung dari saya sendiri. Hmm.. sebenarnya, ini adalah cabaran buat saya dan insha-ALLAH! Saya Boleh! Saya akan usahakan sehingga berjaya!

p/s: Ada tiga cerpen yang telah dihantar dan dua darinya iaitu 'Kalau Dah Jodoh' & 'Sandiwara' dimasukkan ke dalam buku koleksi cerpen2 terpilih terbitan Karangkraf iaitu Romantika oleh Brother Richie Rachman.

4 comments:

Unknown said...

Uih... tahniah sesangat dari Opah De... bangga bebeno Opah De membaca n3 kali ni. Ater, buku bila pulak? Camana gamaknya Opah De nak baca cerpen cucunda tu yek? Kat mana ler nak cari? Tak boleh ke cucunda siorkan kat sini? Boleh kita semua menghayatinya. Maklum ler, orang tua ni bertapa jauh bebeno. Dulu gatal. Sekarang idak ke jenuh.. ahakz..sabo je aku. Sekali lagi, tahniah ler dari Opah De..mwah.

dS said...

Salam Opah De! Sihat ke? Alahai.. kesian cucu dgn opah sbb cucu tak dpt menunaikan hajat opah itu! Almaklumlah sudah sedekad lamanya.. majalah2 itu pun dah tak ada dlm simpanan.
Hmm.. mungkin lps ni kena selongkar laci, kalau b'nasib baik haa.. insha-ALLAH cucu akan share dgn semua blogger yg lain.
Kalau nak menaip semula, mmg tak ada masa sbb skrg ni cucu tgh tumpukan pd novel dewasa & nopen.
Senin lps baru htr manuskrip novel remaja ke inbox En.Fadhli tapi.. tak tahulah apa agaknya nasib m'skrip tersbt?!
Opah, pd pendapat cucu tak salah kalau dlm novel remaja kita selitkan sdkt unsur2 romance utk menarik golongan remaja/dewasa/ibubapa muda m'bacanya.
Salam muhibbah dr cucumu.. Dewi.

Unknown said...

Cucunda ku intan payung gunung beliung meletup... ahakz... tak salah. Kan dalam garis panduan yang Kak Aina anto tu, dia kata unsur romance tu tak apa, asal jangan ler keterlaluan sama ngan buku Mills & Boon atau buku Jackie Collins. Kalo gitu, Opah De pun riso nak membacanya... ahakz...yang sikit-sikit boleh ler, cara bebudak bercinta. Syok kena usik orang tu dgn orang ni, kan biasa tu... ahakz...sabo je aku.
Jangan riso ler, insyaALLAH Encik Fadhli akan terima. Bukan apa, kalo cerpen cucunda dah kuar kat majalah ternama, mesti ler apa yang cucunda garap tu bagus. Ahakz... Doa aje.Dan Opah De doa jugak ler agar dapat jawapan yang positif ari isnin nanti. Mudah-mudahan novel cucunda kuar pulak sebelum pesta buku bermula... huhu... best gitu.
Salam ceria-ceria dari Opah De.

dS said...

Jutaan terima kasih buat opah di atas keprihatinan & sokongan padumu walau kita hanya bersahabat di alam maya shj.
Rasa tambah bersemangat & berkobar-kobar utk menulis dgn lbh proaktif. Bg Dewi, apa yg utama adalah kepuasan kpd diri sendiri! Betul tak?
Namun begitu, jika kita sudah lali dgn kehidupan bercinta makanya isu ini tidak akan lari dr genre penulisan yg cuba digarap.
Rasanya cinta-romance bagaikan sos.. ada rasa manis, pedas, masam.. hmm.. mcm2 ada!
Thanks again & have a great days!