"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

04 March 2007

6 Januari

Seminggu sebelum

“Mak, hari Jumaat ni Along nak buat makan-makan, nak ajak kawan pejabat datang ke rumah.”

“Along nak buat open house?”

“Hmm... di sebelah tengahari Along jemput kawan-kawan, di sebelah petang pulak jemput kumpulan yasin untuk buat doa selamat dan marhaban.”

“Along masak sendiri ke?”

“Taklah mak, Along dah minta Mok Teh masak! Hmm... nasi tomato, ayam masak merah, dalcar dan acar nenas untuk kira-kira 80 hingga 100 jemputan. Emak nak masak?”

“Mak sibuklah! Minggu depan, 6 Januari sekolah dah bermula sedangkan tempahan baju sekolah masih ada lagi yang belum disiapkan!”

“Eh, sempat ke mak?”

“Sempat tak sempatlah! Dah pelanggan itu sendiri yang salah kerana membuat tempahan terlalu lewat tetapi mahu disiapkan dengan kadar segera. Tapi... sebenarnya tak susah mana pun nak menjahit baju kurung budak-budak ni, insha-ALLAH boleh!”

“Memanglah tak susah mak tapi jangan sampai mak tak sempat makan, tak kusyuk solat, tak lena tidur. Kesihatan yang paling utama. Terutama bab tidur, mestilah cukup!”

“Ha’ah, kadang-kadang kepala emak pusing dan bila dah mengantuk sangat sampai boleh tersenguk-senguk semasa menjahit. Masalahnya, kalau emak tak terima tempahan... macam mana bisnes nak maju dan berkembang? Nak-nak sekarang sudah ada banyak kedai jahit yang dibuka, ini merupakan persaingan dan emak terpaksa mengambil risiko! Lebih-lebih lagi bangsa kita susah nak menapak di dalam bidang perniagaan. Semuanya dimonopoli oleh bangsa lain. Along, emak bercita-cita tinggi dan mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya. Semuanya untuk masa depan kita sekeluarga! Kalau boleh, lepas ni emak nak Along pula yang ambil alih. Manalah tahu, satu hari nanti... kalau emak dah tak ada... Long,”

“Kenapa emak cakap macam itu? Tak baiklah, Along percaya... emak akan berjaya, insha-ALLAH! Tapi Along tak boleh berjanji dengan emak pasal bisnes emak tu, emak pun tahu kan, Along sudah bekerja tetap. Terjamin dan sayanglah nak berhenti. Walau pun Along berminat untuk berniaga tapi Along rasa kerja makan gaji lebih terjamin. Setiap tahun gaji naik dan ada peluang untuk naik pangkat.”

“Hmm... terpulanglah pada Along, emak tak memaksa... emak pun sedar dengan situasi Along. Emak pun sebenarnya tumpang bangga dengan kamu semua sebab pelanggan-pelanggan selalu puji emak bila emak bercerita mengenai hal kerjaya anak-anak emak.”

“Emak ni, itu pun nak cerita ke? Memalukanlah! Bukannya ada apa sangat, kerja biasa-biasa aje...”

“Eh, jangan ingat macam tu! Soalnya, masyarakat kita memang hormat lebih-lebih lagi kalau kamu bekerja di sektor awam haa... dan itu juga cara untuk emak memikat pelanggan. Dengan cara berkomunikasi, ringankan mulut dan hiasi senyuman yang paling manis. Justeru setiap kali pelanggan bertanya, emak dengan ramahnya bercerita mengenai kamu semua!”

“Suka hati emaklah! Berbalik kita kepada majlis open house yang Along nak buat tu, nanti emak ajak abah datang, hari Jumaat. Kalau dapat, emak datanglah awal sikit! Emak ada pekerja, kan? Minta dia jaga kedai. Sekali-sekala, emak perlu cuti juga, kan?”

“Pandailah Along! Dalam bisnes, cuti itu serupa kita mati!”

“Emak! Dahlah, jangan disebut-sebut lagi soal itu... selisih malaikat 44!”

“Along, emak bukan muda lagi jadi memang wajar jika emak sebut perkara itu. Soal mati ini boleh menginsafkan diri kita dari terus melakukan maksiat!”

“Hmm... tapi...”

“Along, seandainya emak mati nanti... Along ambil-alih kedai, ya!”

“Emak ni... lagi-lagi, itu yang disuruhnya! Abah kan ada, mak...”

“Iyalah! Kalau abah sanggup, biarlah abah yang menguruskannya. Tapi emak tak berapa yakin, abah mahu! Abah tu nampak macam tak berapa suka dengan perniagaan emak ini!”

“Tak adalah, bukannya tak suka tapi sebagai lelaki, bidang jahit-menjahit ini sudah tentu merumitkan sekali. Mungkin, bila dah terdesak, abah akan suka juga...”

“Harap-harap begitulah!”

“Emak jangan lupa pulak, hari Jumaat ini tau!”

“Haa... insha-ALLAH!”

No comments: