New Zealand
Anda semua kenal dlyn azmi? Penulis novel KarnaDya ini akan menyambung pengajiannya di New Zealand. Besar kemungkinan selepas raya tahun ini. Hmm.. sedihlah! Sebab baru saja berkenalan di bengkel tempohari. Saya juga ada membeli novel awal remajanya yang pertama iaitu 'Penggembaraan Fantasi' dan dapati gaya penulisannya sungguh menarik dan bertemakan dunia fantasi imaginasi. Khabarnya, dia kini sedang menulis novel remaja dewasa untuk KarnaDya.
Semoga dlyn akan terus menulis walaupun sibuk dengan pengajiannya nanti. Kak Dewi harap dlyn tidak lupa pada kawan-kawan di sini ya.. orang kata, jauh berjalan luas pengalaman!
**********************************************************************************
Gambar: Satu suasana ladang di New Zealand yang telah dirakam oleh adik saya ketika mereka sekeluarga melancong ke sana sekitar tahun lepas.























No comments:
Post a Comment