Rintihan Sekeping Hati

Semalaman sendu bertamu di sudut sukmaku. Aku tewas lagi di dunia khayalan kak Aina Emir. Hatiku berdebar-debar tidak keruan. Kiranya, peribadi Nur Qahira @ Chaya dan pendirian Nabil begitu terkesan sekali.
Cerita ini lebih mengupas kepada diri Nabil yang kecewa lantaran kecundang kepada cinta pertama lalu dia tidak berani hendak memberikan peluang kepada hatinya untuk menerima cinta baru.
Masing-masing tidak berani hendak menyuarakan isihati lantas menjadikan teman baik, Mawar sebagai pengantara mereka.
Dua watak utama ini mempunyai latar belakang dan impian hidup yang tak sama langsung tapi akhirnya beralah demi kehendak dan tuntutan agama yang satu.
p/s: sila dapatkan novel ini di toko berdekatan segera kerana ia adalah sebuah karya yang sungguh indah dan segar.. sesegar haruman bunga kemboja.























No comments:
Post a Comment