Ilham.. oh ilham?
.jpg)
Orang dah kenal kita penulis tapi malang sekali, kadang-kadang kita tak tahulah nak tulis apa? Buntu.. langsung tak ada idea! Puas termenung dan merenung ke dalam diri sendiri.. cuba mengingati kembali apa saja yang pernah terlintas di fikiran.
Begitulah, penulis pun ada penyakit iaitu dikenali sebagai 'writer's block'. Virus ini akan menyerang tidak kira masa dan tempat. Ada masanya, apabila kita dah siap-siap duduk di depan skrin, tiba-tiba.. zap! Blank terus.. pandang kanan, salah! pandang kiri, salah! Apatah lagi, pandang belakang.. langsung tak boleh pakai!
Memanglah menjadi satu kerugian yang besar sekiranya si penulis itu diurung virus ini berhari-hari lamanya.. Lebih tragis kerana tidak ada doktor atau pakar yang boleh dirujuk melainkan kepada dirinya sendiri atau.. kepada Yang Di Atas Sana..
Mujurlah, kita cepat sembuh. Sebab itulah, setiap masa kita akan selalu pastikan kertas, pensil atau pen akan sentiasa berada di sisi supaya apa saja idea atau ilham yang datang akan kita coret segera.
Kadang-kadang kita suka juga melukis illustrasi walaupun tak cantik, kita rasa setiap hasil karya itu adalah seni dan mempunyai nilainya yang tersendiri!
Hari itu, kira-kira awal tahun ini, kita dah siapkan satu manuskrip bertema 'Novel Awal Remaja'. Sebenarnya ini adalah percubaan kita untuk menceburkan diri di dalam bidang penulisan dengan lebih proaktif walaupun secara sambilan. Juga di atas dorongan sahabat-sahabat dan KarnaDya Solutions.
Setakat ini kita sudah mengikuti dua bengkel penulisan kreatif anjuran syarikat penerbitan milik Kak Aina Emir itu. Kali pertama, kita mempelajari tentang Tatabahasa. Kali kedua pula mengenai tema penulisan: Novel Serius atau Novel Popular. Kedua-dua segmen ini disampaikan oleh panel jemputan dari UKM.
Rasanya, bukan duit royalti yang kita impikan kerana modal yang sudah didahulukan juga tidak ternilai banyaknya! Salah satunya adalah MASA.. namun begitu, kita bersyukur kerana dianugerahkan Illahi dengan bakat dan Insya-Allah, kita tidak akan mempersia-siakannya dan berharap karya-karya kita itu boleh mendidik dan menghiburkan semua pembaca.. Amin!























3 comments:
Kak Dewi, sekarang saya pun sering diserang virus itu. Lebih parah bin kronik lagi bila ada parasit lain yang mengganas, iaitu parasit kemalasan. Huuuuuuuu.... berperang dengan makhluk2 tu... eyaaah!
Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, marilah kita bersama-sama melawan makhluk perosak dari diri kita, wuisyho! (bunyi tendangan Bruce Lee)
Singkirkan sindrom 'M' itu ke dalam longkang agar ia hanyut dibawa hujan bersama segala sisa kekotorannya.
Semangat! Semangat! Ainin Naufal boleh! Kak Dewi pun mesti boleh!
Hii cik dewi.. baru tulih satu dah de writers block?
hik hik cobaan..
Post a Comment