School Break aka Walimatul Urus
Pening juga kepala ni bila tiba cuti sekolah kerana kad jemputan yang datang bertubi-tubi, lepas satu-satu. Hehe.. dah macam artis plak! Glamer sekejap kotak empat segi merah kat depan rumah tu..
Err.. tengok kad aje dah tak larat, inikan pula hendak pergi ke majlis itu nanti! Maklumlah, tak muat kantong jika hendak diisi dengan juadah-juadah seperti nasi minyak, ayam masak merah, korma, dalcar dan acar sekaligus! Ini belum dicampur dengan minuman yang biasanya berasaskan air batu.. haa.. mahu pancit!
Hmm.. bila dah macam ni ada kemungkinan, kita setakat menyapa dan bersalaman saja. Salam? Apa lagi kalau bukan 'salam kaut'.. Alamak, bukan setakat kantong di dalam, kantong di luar pun pancit sama! Manakan tidak, jika sebuah rumah kita memberi sumbagan sebanyak RM 5, jika lima buah sudah jadi RM 25. Jika bawa pasangan, dah berganda kepada RM 50!
Pelik ya, siapakah yang bertanggungjawab memulakan adat 'salam kaut' ini?
Yang kelakar, tidak semestinya 'salam kaut' itu mengandungi wang sumbangan.. faham-faham sajalah kerana tidak semua dari kita mempunyai wang lebih, ada juga yang hidupnya ibarat ayam; kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Apa pula kata jiran-tetangga jika tidak hadir ke majlis itu, hendak tak hendak, ada wang atau tiada, janji datang. Sebenarnya, hukum menghadiri majlis walimatulurus itu adalah wajib! (Melainkan jika ada keuzuran dan sebab-sebab yang munasabah)
Justeru, soal 'salam kaut' tidaklah menjadi satu hal yang besar. Yang penting, ikhlas dan niat kita untuk meraikan pasangan yang baru mendirikan 'masjid'! Ya, tak?























No comments:
Post a Comment