Terkini di sini..
Umum sudah tahu kemunculan 5 buah novel serentak di dalam bulan Jun ini. Semua maklumat dan borang pesanan boleh anda perolehi dengan melayari laman web syarikat penerbitan, Karnadya Solutions. 4 buah Novel Awal Remaja seperti gambar yang tertera di atas. Dua daripadanya adalah novel bersiri iaitu Pengembaraan Fantasi oleh dLyn aZmi dan Ninja Kunaharo oleh Oshun Muhammad.
Hanya tinggal 1 saja yang masih belum diketahui rupa paras novelnya iaitu 'KALUNG'. Novel genre remaja/demasa (Thriller) ini ditulis oleh Zahida Zarkasi @ Tanne. Saya tertarik dengan kata-kata yang bakal tercatit di muka belakang novel tersebut seperti berikut,
Kenapa aku dipulaukan hanya kerana aku menyebelahi dia?
Kenapa aku dihina hanya kerana aku mempercayai dia?
Kenapa aku dibenci hanya kerana aku mencintai dia?
Sampai bilakah semua dugaan ini akan berhenti?
Sehingga saat maut menjemputnyakah?
Sedangkan kebahagiaan itu hanya dia yang memilikinya...
Gila! Sakitnya hati dilabel sebagai perempuan gila.
Gilakah aku kerana sanggup mengorbankan segalanya demi dia?
Sampai bilakah kegilaan ini akan berhenti?
Sampai bilakah aku mampu bertahan dengan semua ini?
Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?
Sedangkan dia makin menjauh...
Tanpa sebarang berita...
Perginya pada hari yang sama saat aku kehilangan kalung...
Hadiah pemberiannya....



























No comments:
Post a Comment