S.O.S.

Semenjak beberapa hari ini, saya tidak sihat. Pada mulanya setakat selesema kemudian batuk-batuk dan kini fikiran terasa melayang-layang seperti berada di awang-awangan. Err.. macam tak biasa pulak!
Bukankah seringkali saya berangan-angan hendak menjadi seperti dewi kayangan. Bebas terbang ke sana ke mari laksana burung yang punya sepasang sayap. Aah! Jangan haraplah.. entah-entah mati berkecai ditembak peluru berpandu cap Israel! Hihihihi..
Hmm.. mungkin juga saya rindu.. rindu pada teman-teman yang sudah mula menyembunyikan diri. Di manakah mereka? Harap-harap mereka akan segera muncul dan aktif semula berblogging seperti biasa.
Ohh.. rupa-rupanya ada yang sengaja menghilangkan diri, sebabnya.. entahlah! Masih dibiarkan tergantung.. apa-apa pun saya berharap mereka sihat sejahtera walau di mana saja mereka berada.
Err.. entahlah! Saya tidak boleh berfikir dengan waras lagi.. dan jangan bimbang, N3 ini saya tulis di dalam keadaan yang benar-benar tidak stabil. Untuk Lyz, Mama Jambu dan Lara, terima kasih kerana tidak meninggalkan dewi bersendirian. Huuu.. huuu..
(Gambar di atas saya tampal untuk mengubat hati yang sakit rindu!)























No comments:
Post a Comment