Mersing
Assalamualaikum wr. wb. dan Salam Sejahtera!
Esok... bermulalah perjalanan dewi ke satu destinasi di sebelah pantai timur negeri Johor. Serangkap pantun dari filem Melayu klasik, Sri Mersing seringkali dikaitkan dengan daerah ini,
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu;
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu...
Perjalanan dari bandaraya Johor Bahru ke daerah ini akan merentasi daerah Kota Tinggi yang pernah terlibat di dalam bencana banjir besar hujung dan awal tahun yang lalu. Bagi sesiapa yang sudah membaca karya sulung dewi, 'Cincin Delima' terdapat sketsa yang dewi wacanakan di sekitar perkampungan di situ. Iaitu babak-babak pertemuan di antara Ahmad Zahim dan Siti Zulaikha.
Selama tiga hari dan dua malam dewi menghilangkan diri, janganlah ada pula yang merajuk dan berjauh hati. Dewi pergi berjuang membawa segenggam harapan agar balik nanti kemenangan bakal dijulang... ops! Bukan seperti Sultan Mahmud mangkat dijulang tu plak, hisy selisih! Amit2!
Buat teman-teman bloggers, maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap berbicara. Salam teramat sayang buat kalian semua... mmmwaaaahhh! Jumpa lagi, insya-Allah!























3 comments:
Salam Dewi... isy, risau OD baca apa yang DS tulis nih... Gi Mersing buat apa?
OD dia nak meraton... kekekek... sukan jangan tak sukan.... adiuhhh...sedihlah pulok ayatmu tu....
Salam kembali opah de kesayanganku,
Usah dibiarkan kerisauan bertamu di kalbumu;
Cucu berjuang di daerah yang satu,
Mengiringi Gusti Dewi Delimasari mencemar duli di situ!
Aduhai Syima sahabat akrabku,
Carilah penawar hatimu yang lara;
Jika kau rindu bacalah buku,
Mencari pelangi di senjakala.
Nota : layan aje.. keh keh keh keh keh!
Post a Comment