Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
Lagu Hikmah akan ditiadakan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada sebuah lagu lain iaitu... Pelangi Petang yang disampaikan oleh arwah Sudirman, sesuai dengan nopen dewi yang bakal diterbitkan tidak lama lagi bertajuk Pelangi Senja.

Sebuah kisah benar di antara kisah benar yang telah dewi adun semula. Ia berlaku di dalam kehidupan realiti dan ia adalah satu kisah sedih yang pernah dewi alami sendiri!
No comments:
Post a Comment