My Lucky Day
Yeay! Yeay! Yippie!!! Sorak saya sendiri, senyum meleret-leret terbawa-bawa ke alam mimpi!
Pagi semalam, pertemuan kedua saya dan Mama Jambu di ruang legar ofis. Gembira sungguh kerana dapatlah saya serahkan bingkisan novel "Cincin Delima" ke tangannya. Mama pun nampak bersemangat sekali, err.. maklumlah sudah berbulan-bulan kami tidak bersua muka dan dia juga sudah jarang-jarang dapat online di internet disebabkan anaknya sibuk dengan tugasan ITnya.Terima kasih Mama di atas hadiah sepasang anak patung bear yang sungguh kiut-miut.. macam Mama jugak! Juga buah tangan.. yang sedap dan manis itu! Hai.. untungnya, dapat teman blogger seperti Mama ni!!! Hihihi..
Petangnya.. sebaik sahaja pulang dari kerja, Afifah menghulurkan sebuah bungkusan. Hoorey!!! Mak aii.. boleh tahan beratnya! Kalau tengok pada saiz kotak.. dah macam bentuk batu giling aje.. hiihii! Terima kasih, dik! Cik Aieza.. teman blogger dari T'ganu ini sedang berkhidmat di Sekretariat SUKMA XII. Selain cenderahati, turut diiringi bersama sepasang kain potong berwarna merah+hitam+batu-batu.. WoW, memang mengancam sungguh! Tak sabar nak pakai ketika Aidil Fitri nanti.. Hahaha!
Rupa-rupanya, keriangan saya tidak berakhir kerana di sebelah malamnya.. di majlis meraikan kemenangan kontigen sukan yang baru lepas, nama saya terpilih pula mendapat cabutan hadiah bertuah.. seronok berganda-ganda.. walaupun hadiah kecil namun.. jauh di sudut hati, tidak putus-putus ucapan syukur, Alhamdulillah!

.jpg)
.jpg)






















1 comment:
ok lah tu kak dewi.... lepas blur.... bertuah plak ;)
Post a Comment