"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

25 September 2007

Susulan Tragedi Nurin Jazlin

Berita ini dipetik dr akhbar Utusan Online... mungkin cadangan dr PM ini bagus untuk saya yang punya anak2 bersekolah tetapi para guru, bagaimana? Mungkin satu cabaran buat mereka!
Abdullah cadang sekolah satu sesi

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan diwujudkan sekolah satu sesi yang tempohnya dipanjangkan sehingga pukul empat petang bagi mengatasi masalah anak-anak bersendirian tanpa pengawasan ibu bapa.
Perdana Menteri berkata, langkah itu sekiranya dilaksanakan akan memberi kelegaan kepada ibu bapa yang bekerja kerana mereka berpeluang menjemput sendiri anak-anak pulang dari sekolah.
“Idea ini baru terlintas dalam fikiran saya, Datuk Hisham (Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein). Ini satu kemungkinan, bukan arahan, supaya sekolah masuk pada waktu yang biasa pada sebelah pagi tetapi (sesi) tengah hari itu dipanjangkan sampai pukul 4 petang.
“Apabila pelajaran harian sudah habis, masa yang tinggal tiga atau empat jam lagi dapat digunakan untuk kegiatan kokurikulum dan lain-lain aktiviti.
“Kerja sekolah yang diberikan guru juga boleh dibuat di situ, tidak payah buat di rumah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) di sini hari ini.
Beliau berkata, cadangan itu diharap dapat membendung kejadian jenayah seperti yang menimpa Nurin Jazlin Jazimin, 8, daripada berulang kepada kanak-kanak lain yang tidak berdosa.
Selain itu, kata Abdullah, mesyuarat MT hari ini yang turut membincangkan kes Nurin Jazlin telah mencadangkan program Rukun Tetangga diaktifkan semula supaya kawasan perumahan sentiasa diawasi terutama jika ia dimasuki orang tidak dikenali.
Katanya, langkah itu selaras dengan pandangan MT bahawa kombinasi pelbagai cara perlu digunakan bagi mengatasi masalah jenayah dan ia harus melibatkan seluruh rakyat sehingga ke peringkat akar umbi.
“Ini bukan bermakna segala masalah akan selesai. Tetapi kalau kita mahu ia berkurangan, mungkin ke tahap tidak akan berlaku lagi, maka kita mesti melaksanakan tanggungjawab masing-masing supaya keadaan akan menjadi lebih baik lagi, insya-Allah.
Mengenai cadangan supaya tindakan mahkamah diambil terhadap ibu bapa yang hilang anak kerana cuai, Abdullah berkata, tindakan undang-undang seperti itu susah untuk dikuatkuasakan kerana kebanyakan ibu bapa bekerja.

1 comment:

Unknown said...

Salam DS...
Sebenarnya, apa yang PM nak buat ni OD rasa ideanya dia dapat dari Australia. Kat sini, bebudak pergi ke sekolah dari pukul sembilan pagi sampai empat petang. Jadi, emak bapak hantar sebelum dia orang pergi kerja dan ambil selepas dia orang balik kerja. Ada satu dua kes saja bebudak yang balik sendirian. OD rasa, bagus juga cadangan tu. Memang payah bagi guru tapi, kalau naik gaji OD rasa dia orang tak membantah punya. Cikgu di sini start gaji dari 36 ribu dollar setahun. Lepas tu, cam kawan OD, sekarang gaji dia dah 50 ribu dollar setahun, lepas lima enam tahun kerja. Kira berbaloi jugak dan anak-anak selamat.