"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

26 October 2007

Misi ISS bermula!

Kelmarin Dr SMS pulang ke Bumi membawa beberapa bahan sampel ujikaji. Apakah hasilnya? Kita ternanti-nanti dan tidak sabar menunggu Dr SMS terbang ke Malaysia semula. Di dalam masa yang sama, pihak kerajaan sudah mula mengesyorkan subjek baru di dalam sistem pendidikan negara iaitu Sains Aeroangkasa.


Mulai sekarang, para ibu-bapa digalakkan agar dapat menerap semangat yang dimiliki oleh Angkasawan Negara kepada anak-anak dari seawal usia muda. Kita boleh jadikan beliau sebagai contoh atau ikon untuk menyemai impian seterusnya bakal merealisasikan Wawasan 2020 yang akan datang tidak berapa lagi kira-kira 12 tahun saja lagi! Malaysia ketika itu bakal dikenali sebagai sebuah negara maju dan dilengkapi pelbagai prasarana terbahagi kepada beberapa wilayah/koridor.


Yang pasti, angan-angan Dr SMS sewaktu kecil dahulu sudahpun menjadi kenyataan!



~Misi Dewi bermula.. 10.. 9.. 8.. 7.. 6.. 5.. 4.. 3.. 2.. 1.. Selamat tinggal! Hehe.. nantikan keberhasilannya, Amiiin!!!

No comments: