Cast Away
Ada sesiapa yang pernah menonton filem oleh Robert Zemeckis ini? Percaya tak, saya dah 4 kali menontonnya malah anak saya, Afifah juga minat. Baru2 ini saya berpeluang menontonnya sekali lagi di TV5, S'pore dan ternyata.. saya tak jemu langsung!

Cerita lakonan Tom Hanks ini memang hebat sepertimana filem sebelum ini, Forest Gump. Tom memegang watak Chuck Noland, sudah bertunang dengan Kelly (Helen Hunt). Dia berkerja sebagai Eksekutif di syarikat penghantaran, Federal Ekspress. Ketika di dalam penerbangan, kapal terbang FedEx tiba2 mengalami masalah akibat cuaca buruk lalu jatuh terjunam ke dalam laut. Kemudian, dia terdampar seorang diri di sebuah pulau.
Gelihati melihat aksinya yang ketakutan dan marah2 kerana sering diganggu oleh satu bunyi. Namun, dia sedar bunyi itu hanyalah terhasil dari buah kelapa yang jatuh dari pokoknya. Sejak hari itu, dia hanya meminum air dan memakan isi kelapa!
Satu-persatu kotak bungkusan yang hanyut ke pulau itu dibuka termasuklah sebiji bola tampar Wilson. Bola itu dibentuk2nya seperti kepala orang. Chuck jadikan Wilson sebagai rakan baik dan tempat untuk dia meluahkan perasaan.
Selepas lebih 1000 hari terdampar, tiba2 dia mendapat satu idea dari gambar sekotak bungkusan yang tidak dibukanya iaitu merupakan gambar 'Angel Wings' (sayap dewi!). Dengan bersusah-payah, dia membawa rakitnya yang dibina dari kepingan pintu tandas kapal terbang, menongkah ombak yang ganas sehingga akhirnya, dia kehilangan Wilson yang hanyut tanpa disedari. Dalam keletihan, sebuah kapal besar melintasi rakit itu dan beberapa orang kelasi telah ternampak lantas menyelamatkannya.
Sekembalinya, Kelly telahpun berkahwin dengan lelaki lain dan mempunyai anak. Dia sungguh kecewa namun pasrah bahawa keadaan telah berubah. Dia bertekad untuk memulakan kehidupan baru.
Saya paling suka plot akhir kerana Chuck bersungguh-sungguh mencari rumah si pemilik bungkusan, Bettina Peterson semata-mata nak tunaikan tanggungjawab syarikat FedEx dan juga dia mahu menyampaikan penghargaan kerana gambar di bungkusan itu yang telah mencetuskan idea, seterusnya menyelamatkan dia dari terperangkap di sebuah pulau untuk selama-lamanya.
--------------------------------------------------------------------------------
[last lines]
Bettina Peterson: You look lost.
Chuck Noland: I do?
Bettina Peterson: Where're you headed?
Chuck Noland: Well, I was just about to figure that out.
Bettina Peterson: Well, that's 83 South. And this road here will hook you up with I-40 East. If you turn right, that'll take you to Amarillo, Flagstaff, California. And if you head back that direction, you'll find a whole lot of nothing all the way to Canada.
Chuck Noland: I got it.
Bettina Peterson: All right, then. Good luck, cowboy.
Chuck Noland: Thank You.

No comments:
Post a Comment