Majalah MPH 'Quill' edisi terbaru
"Kak Dewi tahu tak, muka kat dewi masuk MPH Quill?" tanya seseorang di dalam e-mel.
Jawab Kak Dewi di dalam nada bergurau, "Tadi.. member2 KD dh ckp kat blog (cbox) cuma Kak Dewi belum sempat gi kedai MPH.. cari majalah Quill. Err.. harap-harap muka Kak Dewi tak mencacatkan majalah tersebut.. kekeke!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Majalah MPH 'Quill' ini ada dijual di kedai buku MPH. Ogos lalu, saya menerima undangan ke sebuah majlis Hi-Tea di One Utama. Kehadiran saya bersama Kak Aina Emir dan Zahidah Zarkasi hanya sebagai pemerhati saja.
Saya langsung tidak berkutik apatah lagi mencampuri diskusi yang sedang hangat dibicarakan. Lebih-lebih lagi disebabkan bahasa pengantarnya, bahasa Inggeris. Mungkin saya faham namun agak segan pula hendak memandai-mandai.. almaklumlah diri saya masih hijau di dalam dunia penulisan kreatif ini.
Apa-apapun, ianya merupakan satu pengalaman yang sungguh berharga kerana saya dapat berjumpa dengan penulis yang disegani seperti Nisah Haron dan ramai lagi.























2 comments:
waaa.a... tahniah k dewi dah melangkah ke satu lagi alam glemer hihi
Uhuk! Uhuk! Tetiba saja rasa spt nak tersedak plak.. Glamer ke? Alahaiii.. k'dewi ni level ikan gelama aje kut?! Keras kejung tersidai di bawah terik sinar mentari sore.. gegege.. kekeke..
Apa-apapun.. TERIMA KASIH buat KARNADYA n semua geng KD esp Lyn yg jauh di mata namun tetap selalu dekat di hati! Take care..
Post a Comment