Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

Salam hormat buat saudara dan saudari,
.
KarnaDya akan mengadakan promosi buku-buku terbitannya di Dataran Merdeka pada 30/11 sehingga 2/12. Ada pelbagai genre yang disediakan iaitu dewasa, remaja/dewasa dan awal remaja.
.
Marilah semua... orang bandar, orang kampung, orang felda, orang dusun, pendatang asing pun boleh... datanglah beramai-ramai, sapu habis semua buku!!!
* * * * * * * * * * * *
GERENTI BERBALOI!!!
2 comments:
Err.. tuan punya blog ni ada disitu sekali kaa? Kalau ada.. lagi la meriah ni..
Pokcik musti pergiiiiiiiii..
(stail iklan bank Rakyat )
Ada-ada aje pokcikz ni, tak padan tak de gigi! Hehe.. tentulah dia ada.. keke.. acah aje! Dewi dah hantar wakil, YM Gusti Dewi Delimasari.. harap-harap beliau dpt menawan pengunjung @ ulat2 buku semua!!!
(Sehati berjoget!)
Pergi jgn tak pergi.. oii!
Dtg jgn tak dtg.. oii!
Beli jgn tak beli.. oii!
Baca jgn tak baca.. oii!
Post a Comment