"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

09 November 2007

Salam perpisahan, Ona!

Mustapha reda pemergian anak
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

SELEPAS 18 hari terlantar sakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, anak kepada pelakon popular Mustapha Kamal, Ayuna akhirnya kembali ke Rahmatullah jam 10.30 malam kelmarin.

Ayuna, 15, dimasukkan ke hospital itu dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU), Tingkat 2, Menara Utama PPUM, akibat kecederaan teruk dipercayai terjatuh dari tingkat 13, kediamannya di Taman Desa, pada 21 Oktober lalu.

*Benarkah dia terjatuh? Apakah yang berlaku sebenarnya? Hmm..?!

No comments: