"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

10 December 2007

Sibuk

Sebagai seorg isteri dan ibu yang berkerjaya, dari pagi lagi saya dah sibuk. Slps bersiap2, gitu gini, terus gi start enjin, turn on radio n air-con. Then, bergegas masuk ke dlm rumah, tutup semua suis elektrik dan lastly, angkat Insyirah yg msih nyenyak, menuju ke arah kereta semula. Mak datok! Semakin hari tubuhnya semakin berisi... lenguh juga tangan ni tapi dah nak buat camne... begitulah rutin dari usianya 2 bulan lagi, dia dah membesar di dlm kereta! Jika dulu kakaknya, Afifah, kini gilirannya pula...

Afifah dah tak cerewet sangat mcm dulu. Slps digerak, dia terus sedar lalu bangun dari tidur dan mengerti masa untuk mamanya ke ofis tlh tiba. Mereka berdua ni saya hantar ke rumah saudara (penjaga) yg terletak berhampiran dgn ofis. Sebelum ini, mereka prnh tinggal di Taska ofis namun disebabkan bbr masalah yg timbul spt sakit demam/selesema yg berpanjangan, saya mengambil keputusan utk memberhentikannya.

Saya sendiri akui bahawa penjagaan kanak-kanak kecil ini amat rumit dan menuntut kesabaran yg tak berbelah bagi. Justeru, saya akur kpd masalah di Taska lebih2 lagi jika satu2 masa... mrk tak cukup staf, sehingga tak terlayan perangai kanak-kanak yg semakin membesar.

Budak2 ni jika dah berkumpul dgn kwn2, mmg sah tak ingat dunia! Berlari2 dan membuat bising di dlm kawasan Taska. Ada yang cuba berlagak hero dgn memanjat pintu gril! Setelah berjaya, mereka terus keluar ke arah jalanraya pula. Hisy, nakalnya luar biasa! Malahan Insyirah prnh bbr kali digigit oleh bdk2 lelaki, tengok2 dh berbekas di jarinya yang halus itu... grr... sabar sajalah!

Sepanjang bercuti sekolah, Aiman lbh suka tinggal di rumah saja... janji makanan utknya sdh tersedia. Perangainya mmg dh agak matang apatah lagi slps berkhatan tempohari. Susah betul nak ajak dia duduk di rmh penjaga... ada-ada saja aktivitinya; bermain basikal atau bola sepak di padang. Di rmh pula, dia bermain PS2 atau menonton rancangan TV kegemarannya esp kartun Spongebob, Blues Clues, Go Diego dll.

Di ofis, selain membereskan kerja dan chk emel, sempat juga saya menjengok dari blog ke blog. Saya suka mencari maklumat tentang apa saja... atau sst yg berilmiah spt berita online, peta sst kawasan, web sekolah atau sst yg santai spt lokasi2 percutian yg menarik di seluruh dunia. Saya boleh spend sehari suntuk duduk di dpn pc tanpa jemu langsung!

Dalam masa yang sama, saya selalu teringatkan hal anak2... Aiman, Afifah dan Insyirah. Tak terkecuali hal ayah mereka juga... hahaha! Yg sentiasa sibuk siang malam dan punya komitmen di ofisnya... entah apa cerita? Semuanya saya serahkan kepada ALLAH swt, kerana saya sendiri tak mampu nak kawal mrk secara intensif.

Sekembalinya dr ofis, saya terus pergi mengambil Afifah dan Insyirah. Azan Maghrib sdh sayup2 berkumandang dr surau berdekatan. Kami tiba di rumah dlm pukul 7 lebih. Sang mentari pun dah segan2 nk bertentang mata, hihihi...

Kdg2 saya terfikir... alangkah seronoknya jika tak berkerja? Saya bakal bebas dr segala kesibukkan warga Bandaraya namun saya juga percaya, seandainya saya tak berkerja... belum tentu saya mampu menjadi isteri atau ibu Mithali... hmm?!


p/s: Dewi, esok kerja... alamaks!!!

No comments: