"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

19 December 2007

Spaghetti Bolognese

SELAMAT HARI RAYA QURBAN!

Lazimnya, saya tak menyambut hari raya qurban ini secara besar-besaran spt hari raya puasa. Malah, ketupat dan rendang juga tiada. Adakalanya, menu utama hanyalah laksa penang atau nasi minyak saja.

Kali ini, saya nak memasak sejenis masakan Itali pula hehe.. Spaghetti Bolognese. Caranya mudah saja, sediakan daging kisar, lada kisar, bawang besar, bawang putih, mix veggie, tomato puri, cendawan butang (dlm tin), sos dan rempah, Maggi 'Spaghetti Bolognese'.

Mula-mula, daging kisar digoreng garing. Campur bawang yang telah dipotong dadu. Gaul sehingga naik baunya. Masukkan lada kisar pula. Tunggu sehingga pecah minyak, bermakna kuah itu sudah masak. Tuang sos + tomato puri. Hmm.. ketika ini, aromanya sudah menusuk-nusuk ke lubang hidung.

Masukkan tiga empat mangkuk air (ikut suka). Jangan lupa, hiris cendawan butang dan campur ke dalam kuah. Lagi satu, jgn lupa sesudu teh garam sbg bahan perasa. Selepas itu, kecilkan api dan biarkan kuah merenih dan mendidih. Tutup api dan sediakan spaghetti pula.

Rebus spaghetti bersama sedikit minyak dan garam. Setelah ia kembang dan lembut, tos dan hidangkan bersama kuah tadi.

Selamat mencuba!

p/s: Diakui enak, tak percaya? Tanyalah cik abang dan anak2 dewi, hihihi!

No comments: