"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

04 January 2008

N3 Pertama 2008

Maaf banyak-banyak kerana dah beberapa hari tak dapat mencoret sesuatu di sini. Sejak masuk tahun baru, banyak benar komitmen yang perlu diberi perhatian terutama sekali mengenai hal ehwal persekolahan anak-anak.
Tahun ini, Afifah berpindah ke sekolah baru yang lebih dekat dengan rumah penjaganya. Hari pertama persekolahan, saya pergi ke sekolah bersama-sama Afifah untuk menunjukkan kepadanya lokasi-lokasi penting yang akan dia hadiri sepanjang sesi terutama kelas, tempat perhimpunan, padang, kantin dan tandas.
Nampaknya, dia begitu teruja kerana terdapat perbezaan yang ketara di antara sekolah lama dan baru. Di sini, suasana sekolah lebih nyaman dan selesa. Dilengkapi pula dengan beberapa infrastruktur/kemudahan untuk para pelajar.
Harapan saya, Afifah bakal menjadi pelajar cemerlang dan berjaya dalam apa jua kegiatan ko kurikulum yang bakal dia sertai nanti, insya-Allah!

5 comments:

dLyn aZmi said...

insya-Allah nanti Afifah jd mcm ibunye ;) hehehe

dS said...

Amin Ya Rabbal Alamin! Thx lin.. Afifah = DS jr, kuikuikui..

Unknown said...

Salam DS...
Kalau dia bahagia di sekolah, mudahlah dia terima pelajaran yang guru sampaikan, kan? Semoga dia sukses dalam hidup. Amin.

dS said...

Salam OD, itu dah semestinya! Yg paling risau jika dia dpt kwn yg rajin bersembang spt di sekolah lamanya.. sampaikan pelajaran terabai dan cikgu pun dah tak kuasa nak sound! Hari2 mcm tu gak.. DS pun tak nak salahkan cikgu 100% krn sedar kelemahan anak sendiri.. Afifah ni terlebih manja n susah nak terima jika ditegur! Kena ambik pendekatan yg berbeza utk menasihatinya n DS anggap masalah ini sbg 1 cabaran!

dS said...

Hello.. Barb! I'm really sorry, i'm not interested right now. Have a nice day!