Hadirmu Bagaikan Pelangi
Innalillah! Terkejut DS, tak sangka dia yang DS kenali sbg Panaharjuna pergi secepat ini! Teringat DS kepada tulisannya di ruangan forum KD bertajuk, 'Memulakan Sebuah Penulisan Novel'. Spt biasa, DS gemar berbahas mengenai sikap pembaca skrg yg dah bijak menilai sesebuah penulisan dan boleh berfikir sendiri namun ternyata tunjuk ajar yang diberikan sungguh tak ternilai!
Sememangnya arwah seorang budiman n DS tak tahu nak komen apa.. mungkin janji Allah utknya lebih besar di sana, siapa tahu? Salam takziah utk keluarga n Al fatihah saja yg dpt DS sedekahkan.. insya-Allah!
Ada sedikit pesanan drp seorang rakan, AmienRev yg rasanya kita semua boleh mengambil bahagian;Saya mencadangkan agar sesiapa yang memiliki blog digalakkan membuat promosi buku-buku Allahyarham Ahmad Zafran. Allahyarham berhenti kerja untuk menjaga bondanya yang telah tua.
Semoga dengan cara ini:
1. Royalti beliau akan berterusan.
2. Bonda kepada Allahyarham dapat meneruskan kehidupan dengan hasil royalti Allahyarham.
3. Pahala Allahyarham berterusan kerana hasil karyanya terus membantu bonda Allahyarham.
Nota: DS cedok pesanan ini dr web KD
Secara peribadi, DS amat bersetuju atas cadangan AmienRev. Sbg rakan penulis, DS prnh bertemu arwah dan juga memiliki novel karyanya. Justeru, marilah kita bersama-sama mempromosikan dgn membeli novel arwah, agar royalitinya nanti dpt membantu meringankan beban bondanya. Mudah-mudahan dgn cara ini, kita bukan saja melakukan amal makruf malah mendapat manfaat dr ilmu yg tersarat dalam setiap karyanya.. Insya-Allah!

























1 comment:
Post a Comment