"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

08 February 2008

Novel Terbaru KarnaDya

Benarkah kata pepatah "Air dicincang tak akan putus?" Benar, kata-kata ini tidak pernah salah.
Kebenarannya terserlah dalam kemesraan perhubungan Angah dan Along, dua beradik yang sudah kematian ayah.

Namun, kenapa Angah tiba-tiba berubah menjadi amat benci dan meluat dengan Along. Salahkah Along kalau kebaikannya disukai semua orang?

Apakah sebab sebenar Angah menjadi begitu? Adakah semata-mata kerana cemburu? Atau adakah disebabkan oeh seorang kawan lelaki sekampungnya. iaitu Matmi? Atau disebabkan apa...

Namun, segala-galanya berubah apabila terjadinya sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka oleh Angah. Berbaloikah harga sebuah keinsafan dengan apa yang telah berlaku itu?

SETAHUN! Jika diberi masa selama setahun bersama seseorang yang kita tidak suka, apakah yang patut kita lakukan?

Anis adalah jantung hatiku. Dialah racun dan dialah penawar. Aku tidak tahu apa yang akan terjadi jika dia tiada di sisiku.

Mama dan papa, terima kasih kerana memberiku kasih sayang. Tapi, sejauh manakah mama dan papa mengenali diriku ini?

Zikriel Adam, kenapa engkau mengganggu hidupku sehingga papa melebihkanmu daripada aku?

Pergilah kau jauh dari diari hidupku!



Pelajar-pelajar Kelas Enam Delima mengikuti perkhemahan sempena cuti pertengahan sekolah di Hutan Simpan Patis. Demi keseronokan, Adlan, Mira dan Deego telah merancang aktitivi yang luar biasa bagi rakan-rakan mereka.
Namun, perancangan itu menjerat diri apabila mereka terperangkap di dalam dunia permainan Lola yang penuh ilusi. Untuk melepaskan diri, mereka harus memahami maksud setiap cabaran yang ditempuh. Kegagalan bermakna mereka akan terperangkap di situ buat selama-lamanya.
Berjayakah ketiga-tiganya melepasi setiap halangan yang dicipta, dan apakah helah Lola yang sebenarnya?

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.