Antologi Cerpen 1996 ~ Dewi Sukma
Semasa pertengahan tahun 90an, DS pernah menulis beberapa buah cerpen untuk Majalah Remaja. Kemudian, 2 buah cerpen bertajuk 'Kalau Dah Jodoh' dan 'Sandiwara' diterbitkan pula di dalam sebuah novel koleksi cerpen-cerpen terpilih bertajuk 'Romantika' oleh Encik Richie Rachman.
Ketika itu, DS sendiri benar-benar meminati ruangan cerpen di majalah Remaja. Lebih-lebih lagi, jika ditulis oleh beberapa nama yang kini sudah pun dikenali ramai seperti Sri Diah. Kadangkala, boleh tersenyum-senyum seorang diri jika ceritanya lucu dan santai. Juga, boleh menitis airmata jika ceritanya sedih dan menghiris hati.
Jutaan terima kasih diucapkan buat Karangkraf Sdn Bhd kerana telah memberi peluang kepada DS kerana selepas itu, bermulalah dunia penulisan DS secara lebih serius. Sungguhpun, masih kurang yakin dengan hasil karya sendiri... hihihi!
gambar cover
sinopsisKalau Dah Jodoh
Nur Hanani menjeling manja dan menyembunyikan wajah merahnya di sebalik helaian suratkhabar.
"Macam mana sekarang? Masih berdendam lagi?"
"Emmm... dendam Hani dah lama hilang bersama kabus semalam dan... Hani sedar sekarang bahawa, tidak adil menghukum semua lelaki hanya kerana..."
"Cukup! Cukup! Tak perlu disebut lagi kenangan lama itu dan biarkan..."
Sandiwara
"Bagaimana pula jika sebagai seorang kekasih?" Faruk memberanikan diri. Dia perlu mengetahui jawapan itu kerana sejak akhir-akhir ini, di hatinya telah berputik kuntum-kuntum kasih yang mekar semerbak. Noreen tersentak, dia tidak menyangka Faruk akan berkata begitu.
"Faruk, kenapa cakap macam tu? Nor lebih suka kalau kita terus berkawan saja kerana Nor rasa, Nor tidak layak dibuat kekasih atau mempunyai seorang kekasih!"
"Tetapi... kenapa? Kenapa Nor...?"























1 comment:
Post a Comment