Pilihanraya Umum
Dua tiga hari ni.. lagu-lagu pilihanraya menjadi santapan halwa telinga. Lama-lama, macam seronok pulak.. bukannya selalu dapat mendengarnya.. lebih kurang 4 tahun sekali aje!
Sana sini perang poster dah bermula. Di mana-mana sahaja, di tiang lampu, di papan tanda, di batang pokok malah di sepanjang jalan! Sampai naik pening melihat pelbagai corak dan warna bendera tersebut. Penat juga nak menyediakan jawapan terbaik kepada anak-anak DS yang suka bertanya dan pelik melihat kibaran bendera baru di keseluruhan tempat. Almaklumlah, baru kali ini mereka berpeluang merasai suasana sedemikian.
Semasa DS kecil-kecil dahulu, abah merupakan orang kuat sebuah parti politik. Kalau tiba musim pilihanraya, maka bersusun-susunlah kertas poster berada di rumah. Terlalu banyak, last-last kami jadikan sebagai barang permainan. Lipat, potong lebih kurang sehingga jadi bentuk empat segi sama kemudian, tampal lidi dengan gam kanji, pasang sekeping lagi kertas yang lebih panjang dan jadilah layang-layang! Selebihnya, kami buat kertas conteng dan pembungkus nasi lemak.. keh keh keh!
Gitu gini tinggal 1 hari saja lagi kita bakal mengetahui keputusan undian. Siapakah yang akan menjuarai 'Malaysian Idol' sebenar? Tunggu dan lihat! Yang penting, tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia perlulah dilaksanakan ~ ingat, 1 undi adalah penentuan kepada kemenangan dan kekalahan... insya-Allah!























4 comments:
Salam.
Memangkah eh! silap... Mengundi di mana? Undi adalah rahsia. hehehe!
Salam wak bp @ jp! Dah tentu memangkah di kertas undi, takkan nak memangkah di muka calon plak! kekeke..
salam mengundi.....kak DS...
WALAUPUN TAHUN NI BELUM CUKUP TARGET(KENA TUNGGU PENGGAL DEPAN) NAK NGUNDI TAPI SEMANGAT TU TETAP ADA.. : )
SIAPA YANG KENA....JOM KITA TENGOK SAMA2....
Salam pilihanraya! Wah.. bersemangat sekali, tak kiralah apa saja yang berlaku di tanahair, undi tetap milik hakiki setiap rakyat Malaysia yang berkelayakkan. So.. ridby, slps ni dh bley daftar di SPR. Jangan tidak-tidak tau! Peace!!!
Post a Comment