Romantika
BERMULA DARI ANTOLOGI ROMANTIKA KUMENGENALI ALAF21!
Saya merupakan salah seorang dari ribuan peminat setia novel Alaf 21. Saya mula mengenali novel Alaf 21 semenjak dari zaman bangku sekolah lagi. Ianya bermula semenjak saya membaca majalah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf. Saya sememangnya menyukai ruangan cerpen. Apabila saya terbaca yang Alaf 21 ada menerbitkan novel antologi cerpen dari majalah Remaja, saya mula tertarik hati untuk memilikinya.
Romantika, antologi hasilan Richie Rachman. Selepas habis membaca antologi tersebut saya mula gian untuk membaca novel hasil terbitan Alaf 21 yang seterusnya. Pada pendapat saya setiap novel yang diterbitkan oleh Alaf 21 mempunyai kekuatan jalan ceritanya yang tersendiri. Boleh dikatakan sesuai untuk remaja ataupun yang sudah berusia. Saya berharap para penulis novel Alaf 21 sukses selalu dan teruskan lagi usaha anda semua di dalam menghasilkan novel di masa akan datang.
ZarisSyila,
Skudai, Johor.
ZarisSyila@evergreen-marine.com.my
* * * * *
Kenapa agaknya kandungan emel ini tersiar di sini ya? Pengirimnya tak DS kenali tapi ada sesuatu yang telah membuatkan hati DS kembang kuncup, bahagia dan sudah tentulah berbangga sekali! Hmm...
























4 comments:
Askum kak DS....
kak..apabila kita kenal barulah timbul perasaan cinta...tak kenal maka tak cinta..
apa2pun membaca novel memang best,sbb bila kita membaca, kita sendiri yang create bayangan kita terhadap watak dan lokasi yang ada di dalam novel itu.....
W'salam Ridby, Kak DS mmg kuat berangan n kadangkala, terkenang balik kisah-kisah masa zaman muda dahulu. Sayang pula jika tak ditulis di dalam sebuah fail. Setelah diadun dgn pelbagai bahan, maka terciptalah manuskrip. :)
Saya setuju pada pendapat Kak DS...bila dah jadi manuskrip insyahallah diterima....boleh kongsi pengalaman unik dari diri.....
Hmm.. bergantung juga kepada kehendak penerbit. Dewasa ini, mereka lebih cenderung mencari mss yg mengandungi kelainan dan bukan cinta 100%.. penulis perlu bersedia dgn research n ilmu yg boleh dicedok dr bahan pembacaan.
Post a Comment