"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

09 April 2008

Cerita-Ceriti

Salam, hai, hello, olla!
.
Kalau ikutkan ds memang tak ada mood @ semangat nak mengemaskini entri namun, setelah didesak secara emosi oleh cik guru tanne, ds cuba memanggil kembali mood @ semangat tu untuk masuk semula ke dalam jasad ini.
.
Isnin lepas ds bercuti, saja nak sambung sebab kebetulan negeri Johor bercuti pada hari Selasa bersempena Hari Keputeraan Sultan Johor yang dikasihi. Kak ipar suami ds minta ds jaga mak mertua yang masih tak mampu duduk apatah lagi bangun berdiri. Saban hari dia asyik terbaring sahaja.
.
Sesekali, kami (adik ipar, anak sedara n ds) melatih dia supaya menggerak-gerakkan jari-jemari tangan dan kaki. Nak tak nak, dia buatlah juga. Yang kelakarnya, dia didera agar menepuk tangan seperti baby diiringi lagu rakyat, 'Pok amai-amai, belalang kupu-kupu..'.
.
Alhamdulillah, dia kini dah boleh tersenyum ceria biarpun ada masanya, matanya bergenang juga dengan air mata. Mungkin dia terkenangkan kampung halaman yang telah ditinggalkannya selama lebih dua minggu.
.
Minggu lepas, suami ds, anak sedara n pak sedara membawa dia pergi berurut di Ayer Baloi, Pontian, rumah Hjh Zaleha. Tiga hari berturut-turut, suami ds bertolak dari rumah sekitar pukul 2.30 pagi dan mengambil emaknya di rumah abang. Mereka perlu sampai di rumah Hjh Zaleha itu secepat mungkin untuk mendapatkan nombor giliran yang paling awal.
.
Waktu berurut dimulakan pada pukul 7.30 pagi, setiap seorang mengambil masa kira-kira 1 jam. Sekiranya mendapat nombor 5, waktu berurutnya sekitar pukul 12.30 tengahari. Semalam kami pergi lagi untuk menyambung urutan sehingga 10 kali. Ds mengikut suami untuk mengambil nombor giliran yang awal. Manakala, kak ipar akan datang bersama emak dengan menaiki sebuah kereta yang lain.
.
Pagi itu, kami tiba sekitar pukul 4.30 dan mendapat nombor 3 kerana dah ada 2 kereta yang tiba lebih awal. Gelihati pun ada juga apabila memikirkan mereka yang datang ke situ bukannya dekat malah ada yang datang dari Negeri Sembilan, Melaka dan beberapa daerah yang agak jauh seperti Pengerang, Kota Tinggi.
.
Mereka sanggup datang seawal jam 2 pagi dan tidur sahaja di dalam kereta yang diparkir di halaman rumah Hjh Zaleha. Tidur tanpa tilam dan bantal empuk dan hanya berkelambukan bumbung kereta. Yang paling indah, tidur ditemani bintang-bintang bergemerlapan di ruang cakerawala.
.
Sebaik sahaja azan Subuh berkumandang, kami pun menapak ke masjid yang terletak bersebelahan dan solat jemaah bersama-sama penduduk tetap di kampung itu. Ketika jam hampir ke pukul 7, pintu rumah Hjh Zaleha pun dibuka dan semua tetamu segera menerpa masuk untuk mengambil nombor giliran masing-masing. Sementara menanti giliran, sempat jugalah kami pergi mencari kedai makan untuk mengisi perut yang berkeroncong.
.
Tadi, ds pergi ke Larkin Sentral mengambil tiket bas yang telah ditempah secara online. Tentu semua dah tahu, ds n syima akan bertolak ke KL pada Jumaat ini. Kami akan bermalam di Hotel SG yang terletak berhampiran Stesyen Bas Puduraya. Makanya, jika tidak penat, malam itu juga kami bergerak ke PWTC sekadar mencari kenalan ataupun melepak di booth yang sudi melayan kami.. hehehe!
.
Jadi, kawan-kawan semua, sudi-sudikanlah melapangkan masa untuk pergi ke PWTC Sabtu ini kerana ds dan syima dan tanne dijadualkan bertugas di booth KarnaDya. Marilah kita memeriahkan pesta buku yang diadakan hanya sekali sahaja ini. Untung tau beli buku! Selain mendapat ilmu, kita juga boleh menyimpan resit pembelian buku ini untuk mendapat rebat / pelepasan cukai pendapatan.
.
Okey, sehingga bertemu di sana.. insya-Allah!
.
Wasalam, tata, daa, bye, adios!

4 comments:

Kehidupan said...

hai akak....pinknya baju dia.kat mna tu???
bestnya klu dpt gi pesta buku..blh duk lepak2 dgn akak skali..hehehe

dS said...

aieza > hai! nak tahu tak? sepasang baju pink inilah yang akak kenakan semasa pesta buku tahun lepas! Hihihi.. gambar ini ditangkap di sekitar padang layang-layang, pasir gudang. Itulah, kalau free datang aje.. za join akak naik vespa.. nnt, akak pakai baju yg za bagi tu! sure gempaq n jadi cover majalah kump.karangkraf.. kekeke!

Kehidupan said...

hehehehe....blh jg tu...m'ti bestkan...hahahahaha..sure jd p'hatian org nanti....xpe..ada msa nanti kta jumpa.tp utk pesta buku akan dtg...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.