Pesta Buku Antarabangsa KL 2008
Salam, sebetul-betulnya hari ini, ds tak berdaya nak kemaskini blog. Namun, berdasarkan statistik yang baru dipasang, tak putus-putus pengunjung datang berkunjung di blog ini. Sudah pasti mereka mahukan sesuatu cerita yang dibawa dari sana.
.
KAGUM tapi PENAT!
.
Itulah ringkasan perasaan ds sepanjang berada di pesta tersebut. Apatah lagi dengan penampilan booth KarnaDya yang 'lain dari yang lain' itu sungguh menarik dan unik! Malah KD telah dianugerahkan sebuah trofi sebagai Booth Tercantik tempat ke-2.
.
Diri ini terasa kerdil apabila disambut dengan pelukan hangat dan kasih mesra oleh pihak pengurusan & semua staf KD. Seperti tidak layak pula untuk duduk-duduk di bangku penulis yang telah disediakan. Suasana pesta itu semakin hingar bingar dengan kehadiran peminat buku-buku KD terutama hasil tulisan Aina Emir dan Mimie Afinie.
.
Syukur.. Alhamdulillah! Tahun ini, ada 3 hasil karya ds yang telah diterbitkan dan kesemuanya telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Hanya ucapan 'Terima Kasih' yang dapat ds hulurkan kepada semua pembaca dan peminat. Semoga semua pembaca mendapat manfaat daripadanya. Kemaafan ds pohon jika terdapat kesilapan editing yang tak disengajakan dan ds berjanji akan menghasilkan karya yang lebih bermutu pada masa-masa akan datang, insya-Allah!
.
Selain Kak Aina dan Kak Mimie, kali ini ds dapat bertemu mata dengan rakan-rakan penulis iaitu Vidara Nieta, Tanne, Mersik, Hana Shahab, Alif Redzuan @ Tariq, Ainin Naufal, Alias Derais, Ustaz Shahrul Azmi, Amaleen Hanis, Nora Isa, Aqmaer Halim, Nabil, Kak Noor Suraya, Kak Maria, Eka Fahara, Shanika, Bikash, Pu3, Anis Ayuni, Aisya Sofea, Damya Hanna, Nazurah dan John Norafizan. Sayang sekali, ds tak berpeluang menemui Kak Norzailina kerana maklumlah kami sibuk di booth masing-masing.
.
Gambar-gambar menarik sekitar pesta buku akan ditampal kemudian. Tuuunggguuu!























4 comments:
salam akak...
t'utama skali tahniah utk buku anakonda tu...iza dlm proses baca cite tu...hehehe...tak s'ka siap ada autograf lg..sygnya nama iza silap tulis...tp xpe...tak sbr nk bca s'pai hbs...
za>> salam.. heheh.. terima kasih! err.. mesti za kirim dgn kwn, kan? laa.. camner bley tersilap nama ni.. Hrp za terhibur membaca secebis pengalaman hidup kak ds, ya!
Pesta Buku 2009 kita target kurang2 5 novel kita dijual di booth kd ek!
tanne>> Cita-cita memang ada! Tahun 2009 bakal menyaksikan novel-novel dewasa kita berada di pasaran walaupun berlainan penerbit, insya-Allah!
Post a Comment