Tanggungjawab
Salam sayang buat semua,
Minggu ini, ds sibuk sekali di ofis justeru kehadiran makhluk-makhluk asing yang suka menghimpit walhal itu juga merupakan misi penting dalam menarik minat pihak-pihak berkepentingan untuk menyumbangkan modal. Laporan kewangan yang dipersembahkan hendaklah cantik lengkap dengan figura-figura yang mencecah bilion Ringgit Malaysia!
Hisy, entah apa yang ds merepek ni? Ah, lupakan saja!
Wiken lepas abuya gi mancing di laut sebelah Sedili bersama 7 orang rakannya yang lain, dia membawa pulang pelbagai jenis ikan; Tenggiri, Todak, Haruan Tasek, Cencaru, dan banyak lagi! Puas jugalah kami meratah, segar dan manis sekali isinya. Padahal sebelum dia pergi, ds dah tarik muka 14.. merajuklah konon! Manakan tak, dia sedap-sedap gi mancing, kita ditinggalkan bersama anak-anak dan tugas yang tak kurang beratnya iaitu menjaga emaknya.. huu huu!
Alhamdulillah, pengalaman menjaga (arwah) emak sendiri dahulu semasa dia sakit di wad GH, sedikit-sebanyak dapat dipraktikkan semula. Sebenarnya, senang aje nak menjaga emak mertua. Janji kita pandai layan dia. Jika dia bercerita, kita dengar dan angguk aje biarpun cerita itu sudah berulang-ulang kali diceritakan.. hehehe! Bila dia dah diam, ds ajukan pertanyaan,
"mak nak air ke?"
atau..
"mak nak mandi ke?"
atau..
"mak penat ke?"
ds tahu dia segan nak beritahu bahawa dia sebenarnya, dah ehem-ehem berdasarkan bau-bauan yang tiba-tiba menyengat deria.
OK, itu aje buat kali ini! Lain kali, ds akan kongsikan cerita yang lain pula ya.























1 comment:
Post a Comment