Komunikasi & Interpersonal
Salam,
Semenjak balik dari berkursus, jari ni dah tak sabar-sabar nak mencoret sesuatu di blog ini berkenaan intipati kursus yang telah ds hadiri selama 2 hari. Secara ringkasnya, input yang telah ds simpan dalam kekotak memori adalah sepertimana berikut :-
Komunikasi terbahagi kepada tiga; Komunikasi Sehala, Komunikasi Dua hala dan Komunikasi Tak Tentu Hala.
Untuk mencapai kepuasan dan keberkesanan, jangan sesekali mengamalkan komunikasi tak tentu hala kerana segala maklumat yang ingin disampaikan sudah tentulah akan menjadi sia-sia belaka. Sebaliknya, kita diam dan dengar, apa yang ingin disampaikan kepada kita.
Manakala, interpersonal pula berkaitan dengan sifat-sifat dalaman diri seseorang seperti TRUST iaitu kejujuran, bakat atau kebolehan, bahasa badan dan banyak lagi!
Ada beberapa aktiviti games secara berkumpulan yang amat menghiburkan terutama buat kami yang dah bergelar emak dan bapak ni. Nama kumpulan ds ialah Sukses. Nama fasilitator pula ialah En. Muzaffar dan Cik Liana.
Mereka berdua sungguh baik hati dan berjaya menarik perhatian semua peserta dengan gaya lawak jenaka, spontan dan juga menghiburkan sehingga kami terlupa tekanan di ofis serta kerja-kerja tertangguh yang sedang setia menanti!
Petikan ini ds cedok dari laman web penganjur BMR EDU...
"Making good and wise decisions in all matters pertaining to people management is critical in building harmonious and workable industrial relations. This calls for a high degree of skills in the management of employee relations."























No comments:
Post a Comment