Selamat Hari Guru!

Girly Comments & Graphics
Guru-guruku...
Puisi ini khas untuk kamu
Yang telah mendidik dan mengajarku
Tanpa kenal penat dan jemu
Pun begitu, aku masih ingat lagi
Aku pernah diherdik, dimarah malah dipukul
Hanya disebabkan aku leka tika kau beri tunjuk ajar
Kadangkala fikiranku melayang
Aku cuma tahu main sahaja!
Guru-guruku...
Dengarlah rintihan yang lahir dari hati yang suci murni
Aku tak mungkin pandai tanpa usaha kamu
Aku tak mungkin berjaya tanpa lelah kamu
Dan aku tak mungkin berada di tempat ini tanpa ketegasan kamu!
Guru-guruku...
Kerjaya kamu bukan setakat makan gaji sahaja
Namun, satu tanggungjawab yang perlu digalas sampai bila-bila
Jadilah lilin yang rela membakar dirinya
Untuk menyuluh anak-anak bangsa
Memberi cahaya agar mereka tak sesat!
Akhirkata, aku ucapkan buat kamu,
Terima kasih dan...
Selamat Hari Guru!























No comments:
Post a Comment