"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

23 June 2008

Peristiwa Hujung Minggu

Salam sayang kepada semua pelayar blog di seluruh dunia!

Jumaat lalu, ds menyambut cabaran tanne untuk pergi ke KL, menyertai bengkel penulisan anjuran KD biarpun, hati rasa berat semacam. Hai... entahlah! Mungkin, kesiankan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan. Terutama Aiman dan Afifah, mereka berdua sampai tak dapat pergi ke kelas tuisyen di malam Sabtu dan malam Ahad.

Ayah mereka, siang-siang lagi sudah mengatur rancangan hendak ke laut. Apa lagi? Memancinglah bersama rakan-rakannya! Kali ini, dia ke Pulau Rawa. Tiada coverage jadi, hati DS memang tak sedap selagi tak dengar suara dia! Petang semalam barulah dia pulang. Menurutnya, pada hari Sabtu itu, laut bergelora dengan ribut dan angin kencang. Hasil tangkapan juga tak selumayan yang lepas...

Ahh... kita tinggalkan sahaja cerita itu! DS nak sambung balik cerita mengenai bengkel penulisan pada Sabtu lalu.

DS singgah bermalam di Seremban (rumah kakak ipar). Seawal pagi, DS menaiki komuter untuk menuju ke Stesyen KL. Entah macam mana, DS boleh turun di Sentral pulak! Melilau-lilau cari Tanne, di aras bawah, di aras atas, di sebelah kiri, di sebelah kanan namun, dia tetap tak kelihatan. Setelah berjaya menelefon, dia suruh tunggu. Memula terasa pelik, kenapa macam berbeza seperti gambaran yang diberikan oleh Tanne... akhirnya, sahlah DS dah tersalah tempat! Nasib baiklah tiket komuter hanya diletakkan di atas kerusi jadi, DS pergi mencari tiket itu semula untuk menyambung perjalanan ke Stesyen KL. Dekat situ sahaja, DS dah buang masa selama 15 minit!

Fuh, lega rasanya setelah bersua Tanne di stesyen yang betul! Kami pun meredah sahaja lorong di belakang bangunan Dayabumi itu sehingga akhirnya, masing-masing terpinga-pinga untuk menuju ke mana? Kemudian, DS ternampak bumbung Masjid Negara dan kami meneruskan perjalanan ke arah kanan. Tak jauh selepas itu, barulah kami ternampak Dataran Merdeka dan kelibat papan tanda, 'Perpustakaan Kuala Lumpur'.

Bengkel kali ini, DS bertemu Norli, Fheng, Uncle, Kak Aina dan familinya, Pu3 Imaneisya, Bikash dan gengnya, Pokcik Mersik, Ainin Naufal, Nora Isa, JuliaEsqa dan ramai lagi! Kiranya, DS berasa bertuah kerana dapat berkenalan dengan teman-teman baru dan juga pembaca karya DS. Ada juga yang meminta t/tangan dan kata-kata sehingga DS sendiri tak bersedia, minta maaf banyak-banyak kalau layanan DS tak memuaskan ya, jangan serik tau!

Balik dari bengkel, DS dan Tanne bertemu Ainin di Masjid Jamek. Seusai solat, kami menikmati juadah di Burger King sebelum berpisah dan menghala ke destinasi kami seterusnya. Alhamdulillah, DS selamat tiba di JB kira-kira pukul 9.30 pm dengan menggunakan perkhidmatan bas Maraliner di Puduraya (5.30 pm).

Agenda hujung minggu belum habis jadi DS tak sempat nak mengupdate blog ataupun melayari internet seperti selalu. Semalam, DS bersama abah, adik dan isterinya pergi ke Pasir Gudang dengan membawa sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda ikatan di antara dua insan iaitu adik bongsu dan bakal tunangnya.

Hemm... syukurlah, majlis tersebut berlangsung dengan aman dan jaya. Semoga ikatan mereka berdua berkekalan sehingga ke jinjang pelamin... Amin!
.
Nota: Gambar kecil itu telah dicilok dari blog PU3 hehehe!

No comments: