"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

16 June 2008

Selamat Hari Bapa




Salam,

Rasanya belum terlewat untuk memberikan ucapan ini kepada semua bapa-bapa di seluruh dunia terutama abah yang kuhormati dan suami yang kukasihi.
.
Dahulu, abah seorang yang sangat tegas. Pantang melihat anak-anaknya nakal atau buat perangai, tali pingganglah jawabnya! Kini, setelah dia mempunyai cucu, sikapnya terus berubah.
.
Cucu pertama ialah Aiman. Apa sahaja kemahuan Aiman, abah turuti. Sehingga kami, sebagai mama dan ayahnya sendiri, tak boleh nak kata apa! Bukan Aiman seorang malah, semua cucunya dia manjakan.
.
Dalam pada itu, apabila kita mengingati jasa seorang bapa, kita pasti terpanggil kembali kepada sejarah silam. Beliau yang dimaksudkan ialah Nabi Adam AS. Beliau merupakan utusanNya yang dipertanggungjawab untuk memimpin umat manusia ke arah kebenaran.
.
Dewasa ini, ada segelintir bapa yang bersikap mengabaikan rumahtangga disebabkan terlalu sibuk membina kerjaya. Justeru, dia membiarkan isteri dan anak-anaknya terkontang-kanting menjalani kehidupan tanpa belaian kasih sayang.
.
Cubalah kita selak akhbar harian, pasti ada sahaja berita tentang bapa yang bersikap seperti haruan makan anak. Malah, ada juga yang sanggup bergelumang dengan maksiat sehingga melahirkan anak di luar nikah!
.
Hai... selisih Nauzubillah! Dalam hati yang paling dalam, DS panjatkan doa kepada Illahi agar bapa-bapa yang berada di samping DS, dikuatkan Iman dan ditunjukkan jalan yang lurus... Insya-Allah!

No comments: