Detik Pertemuan
Salam,
Khamis lepas, Iezza yang bertugas di SUKMA T'ganu memaklumkan tentang pemergiannya bersama staf yang lain ke Pulau Batam. Menurutnya, mereka akan berlepas ke sana dengan menaiki feri di Terminal Stulang, JB.

Dalam hati, DS dah rasa seronok sebab, jika mengikut perkiraan, mereka akan balik dari Batam pada petang Ahad. Tentu sahaja DS berpeluang pergi ke situ untuk bersua muka dengannya setelah lama, menanti-nantikan detik pertemuan itu.
Sebagaimana yang telah dirancang, akhirnya, kami pun bersua buat pertama kalinya. Masing-masing bagaikan kehilangan kata-kata biarpun, boleh dikatakan setiap hari kami ber'YM' dan ber'SMS'.
Dengan takdirNya, semalam telah mencoretkan kenangan yang paling terindah buat kami berdua. Semoga Allah swt memberi rahmatNya dalam persahabatan yang terjalin ini... insya'Allah!























2 comments:
Ooo.. ini rupanya yg bernama iezza.. hik hik.
Kalau pokcik yg jumpa ni.. tentu terkelu keles ( clueless ) gitu.. silap2 leh koma kekekek
Alahaii...
Alahai.. memang sah tak boleh percaya kat pokcik sorg ni.. ntah-ntah, pantang jumpa anak dara berdahi licin, habis!!! silap-silap haribulan, terus jumpa Tok Qadi.. kekeke!
Post a Comment