"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

11 July 2008

Tahniah IkmalShah! Kelahiran novel ini pasti mencetuskan tanda tanya, siapakah dia 'Pewaris Senja' itu? Kak DS berdoa, Remy Ikmal aka IkmalShah terus berjaya dalam bidang penulisan ini!



Sinopsis:


Manusia adalah khalifah di muka bumi ini. Tidak hairanlah jika ada makhluk lain yang menumpang di bumi ini akan mengganggu dan seterusnya menyesatkan manusia yang dianggap sebagai permainannya…
"Akan kutuntut sepuluh keturunan warismu… Itu janjiku dengan nenek moyangmu!”
Fuad terpaksa mengharungi hidupnya. Walaupun berdampingan dengan ‘pewaris’ keluarganya sejak turun-temurun, Fuad tetap cuba untuk menghapuskannya. Perkahwinannya dengan Raihana adalah langkah terbaik untuk menjaga Raihana daripada terus diganggu.
“...sehebat mana pun kuasa makhluk di dunia ini… tiada lagi kuasa yang hebat daripada-Nya…”
Fuad mengharapkan segala-galanya berakhir. Dia ingin hidup tenang dan bahagia bersama Raihana. Biarlah kisah terdahulu luput. Dia tetap laluinya. Sesungguhnya cubaan serta dugaan dapat menguji keimanan seseorang… Hanya keimanan menangkis segala kesesatan… mudah-mudahan… Amin…

No comments: