"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

16 September 2008

Terkenang Sejenak

Salam,

Apa nak cerita kat sini ek? Kalau Tanne cerita pasal inai, DS teringatkan zaman kanak2 dahulu (9-10 tahun) ketika berpuasa di Kampung Juru. Waktu moreh yang paling seronok ditunggu kerana ada pelbagai juadah yang disedekah oleh penduduk kampung. Sampai sanggup dok tunggu pak bilal pi buka tudung periuk!


Selepas tu seperti biasa, kami bermain bunga api. Siap minta duit kat tok sebab nak pi beli barang tu kat kedai di simpang. Pernah juga tangan ni merasa bahananya namun, tetap tak serik-serik! Sungguh meriah suasana di sana... belum pun tiba malam 7 likor, kami dah mula pasang pelita tin susu dengan minyak gan (tanah).



Apabila dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, DS dah tak berpeluang hendak menikmati suasana di kampung lagi. :( Setiap kali tiba hujung Ramadhan kenalah aju soalan basi kat cik abang, kita nak beraya kat mana tahun ni? Ya, DS faham, ada masanya cik abang tu sibuk dengan tugas dan kami memang tak berpeluang bercuti panjang dan tinggal lama-lama di rumah keluarganya. Emak mertua pula dah uzur benar. Tak sampai hati nak beraya di rumah sendiri! Anak-anak pun dah sibuk nak berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka.



Seperkara yang paling DS ingat ketika baru-baru berumahtangga, arwah ayah mertua pernah berpesan kepada DS agar belajar memasak. Dalam erti kata lain, memasak mengikut cara orang Muar. Hai... memula memang susah sebab DS dah biasa memasak mengikut cara orang utara. DS tabik kat emak mertua DS... semasa dia sihat, dia siap menggiling lada kering! Masakannya ternyata lebih sedap jika nak dibandingkan dengan masakan menggunakan pengisar.



Kini, dalam sibuk-sibuk bekerja, DS cuba luangkan masa untuk memasak. Tak kisahlah guna pengisar sekalipun! Apatah lagi, tahun ini Afifah dah mula berpuasa cukup. Pulak tu, masing-masing dah ada citarasa sendiri terutama Aiman, dia tak suka makan makanan yang dah sejuk!


Esklusif dari dapur DS

No comments: