Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
Salam,
Ngantuk!!!
Dalam bulan Ramadhan ni, memang tak dapat nak tidur dengan selena-lenanya. Disebabkan itu, ada yang sampai tertidur di pejabat. Siap berdengkur lagi!
Dipendekkan cerita, DS buka utusan online. Macam-macam cerita ada... tengok tajuk besar pun dah nak tergelak, 'Tudung bawal seludup bernilai RM131,750 dirampas'.
Hisy, tudung pun dah jadi bahan seludup jugak? err... macam mercun pulak ek? Ada-ada aje! Hehehe...
p/s: kesian kat sedara yang mengorder tudung tersebut, tentu tidak berkesempatan memakai tudung baru di hari lebaran nanti!
No comments:
Post a Comment