"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

11 November 2008

MC tebal giler!

Salam dan selamat sejahtera.


Semalam, ada seorang kawan DS, Gee bercerita tentang satu tragedi 'lucu'. Gee ni memang fanatik novel. Pantang ada novel baru, belum sempat novel tu panas kat kedai dia dah sapu dulu!


Pagi-pagi lagi dia dah buka cerita kat ofis ni, sebab perkara tersebut berlaku pada hari cuti. Beberapa hari lepas (sebelum cutilah) dia dah cakap dengan DS nak gi cari novel terbaru Ebriza bertajuk Mahakarya Cinta (MC). Awal-awal lagi dia dah bising, tebal giler novel tu... tentu penat nak pegang. DS senyum aje, dah maklum dengan perkara ini kerana menyedari harga novel MC mencecah RM29.90!


Seperti biasa, semasa membaca MC atau lain-lain novel, macam-macam teknik yang dia gunakan; duduk di sofa, bersila di tikar, di atas katil, berbaring mengiring, terlungkup, terlentang... dan, oleh kerana terlalu penat memegang novel MC... Fuh!


Tup-tup dia terlelap, MC tu sudah menghentam mukanya dan terkena tepat kat bibirnya sehingga tercedera parah (lebih-lebih pulak!) Kami semua cuma mampu tergelak besar, tak sangka tragedi ini boleh berlaku gara-gara sebuah novel MC yang TEBAL, kehkehkeh!


p/s: Harap my dear Abby tak kecil hati dengan cerita ini ya... ~_~ senyum sikit!

2 comments:

EBRIZA AMINNUDIN said...

kihkihkih ... siannya kat dia ... nak buat cemana kak ... sorry sangat sbb ketebalan MC. Bukan salah daku pun ... Abby buat cuma 550ms je tapi tak sangka bila dah jadi novel mencecah dua kali ganda msnya. harap akak tu ... enjoy membaca MC walaupun tebal gilerrr ....

dS said...

Itulah pasal! Apabila novel dah terlalu tebal dan berat, pastinya memberi masalah kpd pembaca utk memegangnya. Apa nak buat, kan? Dah tentu Abby ada banyak idea, sayang pulak jika tak dikeluarkan semuanya... ~_~ hmm?

p/s: DS selalu gunakan kusyen/bantal sebagai alas, kihkihkih!