Suara Hati ESQ 165
Salam.
.Hari ni dan esok DS bertugas semula sebelum mengambil cuti panjang. Oleh itu, DS nak kongsi sedikit ilmu di sini mengenai training yang baru sahaja diikuti, ESQ. E = Emosional manakala, S = Spritual.
. Subhanallah... walhamdulillah... walailahaillah... wallahuakbar... astaghfirullahalazim... walahaulawalaquwataillahbillahilaliyilazim...
.1 Ihsan, 6 (Rukun Iman) dan 5 (Rukun Islam) yang dijadikan sebagai asas di sepanjang kursus ini telah berjaya memberi satu bentuk kesedaran dan keinsafan lalu menyentuh emosi seterusnya menggetar suara hati (sukma).
.Tanpa disedari... udara yang memberi kehidupan, matahari yang memberi cahaya, bulan yang memberi sinar kelembutan, bintang yang memberi petunjuk, bumi yang menampung segala makhluk ini adalah wakil Allah SWT juga memiliki sifat-Nya (Al Asma ul Husna).
.Tanpa disedari... bumi sedang bergerak, bulan sedang bergerak, matahari sedang bergerak, semua bintang yang nampak berselerak di angkasa lepas juga sedang bergerak malah DNA dalam jasad manusia juga sedang bergerak dalam satu arah yang sama. Semuanya teratur dan sedang bertasbih kepada Pencipta.
.
Begitu juga dengan diri kita, setiap aturan yang telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran tak boleh disangkal lagi dan sepatutnya, kita berterima kasih kepada Rasulullah SAW. Kita hanyalah hamba Allah SWT dan niat kita hidup di dunia ini sebenarnya untuk Allah SWT. Berdoa dan berzikirlah kepada Allah SWT, mudah-mudahan kita tak terus leka sehingga tergelincir dari orbit-Nya!
.Wallahualam bi sawab.
























No comments:
Post a Comment