Korban
Salam semua.
Negara kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh, banglo ranap diiringi fenomena banjir. Lepas satu, satu. Semoga mereka yang terlibat; mangsa dan pihak berwajib mengambil iktibar daripada semua musibah yang melanda. Kekuasaan Allah tak boleh kita tandingi, binalah setinggi manapun, satu hari ia ke bawah jua!
Alhamdulillah, hari raya korban tahun ini DS dapat menyertai ibadat korban walaupun untuk 1 bahagian sahaja. Hujan yang turun tak berhenti-henti menghalang DS mengikuti upacara penyembelihan tersebut secara langsung malah ia terpaksa ditangguhkan pada waktu petang.
Nampaknya selama sebulan ni, asyik berlauk daging aje. Dalam pada itu, DS selalu terfikir bagaimana besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS seketika dahulu. Anaknya yang dikasihi terpaksa disembelih untuk menuruti kehendak Yang Maha Esa sedangkan Dia hanya ingin menguji tahap keimanan Nabi Ibrahim AS.
Wallahualam bisawab!























No comments:
Post a Comment