Kalam Hikmah ~
" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.
Salam.
Saja nak tulis kat sini, semalam gi tengok cerita ni kat GSC. Pada asalnya, DS berhasrat nak tengok cerita Keanu yg sedang ditayangkan tapi menurut pokcik, tak sedap. Kawan-kawan dia dah tengok dan mereka komen, jalan cerita agak mendatar.
Hmm... cerita Aflin ni banyak kelakar. Barisan pelakon juga tak kurang hebatnya malah ada Stephen (PGL) tu, macho habis! Cuma gayanya dalam filem komedi ni tak berapa berkesanlah. Nampak kaku sket... hehehe!
Secara keseluruhannya, okeylah cerita Aflin ni. Siap ada helikopter lagi, menunjukkan filem orang kita sudah ada kemajuan. Apatah lagi, bila heronya tu si Adlin... dengan gaya detektif CSI, selamba jek!
Okey, chow dulu!
No comments:
Post a Comment