Maal Hijrah 1430
Salam.
Tiba-tiba di penghujung tahun ni, DS jadi blank pulak! (bukan blur tau) Dah puas perah otak ni agar keluar saki-baki ilham yang ada. Susahnya...
Hmm... ada orang tanya, senang ke jadi penulis ni? Pada pendapat DS, nak kata senang tak, susah pun tak! Senang jika ada ilham tapi susah jika ada ilham tapi tiada masa. Alamatnya, ilham yang ada itu akan pergi begitu aje. Kadang-kadang, dah displinkan diri agar catat terus apa yang terlintas di minda namun, sebaik sahaja pena berada di jari, ia dah pun hilang! Sekelip mata aje.
Okey, lupakan aje. Mari kita bicarakan tentang azam tahun baru pula.
Dalam rancangan yang berjajar panjangnya, DS nak siapkan mss remaja dewasa untuk dihantar ke KD. Buat masa ini, DS sekadar berjaya menulis karya awal remaja dan nopen aje. Rasa tercabar juga apabila melihat kejayaan rakan penulis yang lain tapi taklah sampai cemburu. (think positive!)
DS sedar, rezeki tu ada. Yang penting, kita teruskan usaha. Jika tak berjaya, kita selidik dan renungkan kembali kekurangan yang ada. Kalau boleh menulis pun, tak semestinya cerita yang kita tulis tu bagus, kan? Kita kena tengok juga kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penerbit.
Tahun 2008 & 2007, masing-masing punyai sejarah tersendiri dalam karier penulisan DS dan berharap sangat agar 2009 yang bakal tersingkap tirainya akan datang dengan berjuta-juta lemon (ooops!) kebahagiaan, kejayaan dan yang sewaktu dengannya... gegege!
Kepada penulis baru, teruskan semangat dan set di minda, di mata kepala justeru di dahi anda sekali pun untuk melihat karya anda dibukukan, OK? Mudah-mudahan, sukses Insya-Allah!
~_~ yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.























2 comments:
Semoga berjaya menyiapkan novel remaja dewasa..khabarnya dah 70% siap ek..terus menulis. Semoga 2009 karya remaja dewasa pulak terbit..selain menyusulnya novel awal remaja dan dewasa. chayok! chayok!
Wokey geng, chayok!
Nak tahu tak? Setiap karya yang berjaya diterbitkan bagaikan pingat buat kak ds, jadi tahun ni akak berazam nak dapat pingat banyak-banyak.
Jom, geng!
Post a Comment